BEN ASHAARI

Tuesday, January 31, 2012

HEAVENLY CARROT CAKE.

rsz_dsc_5880
Salam malam, kali ni nak masukkan entri kek pulak. Mat buat saja nak habiskan stok lobak merah. Tu hari kat econsave ada jual lobak merah agak murah, jadi atas dasar ketamakkan terlampau itu budak mat, sudah kasi hangkut lebih sikit lah. Berbaki dalam 2 biji macam tu, tapi masih ok, tak kecut punggg. Mat sagat halus dan buat carrot cake. Resipi asal dari Kak Ida 1001 Resipi. Kek lobak ini sedap, dan menggunakan minyak jagung. Satu lagi ia bukan semata2 lobak merah, tapi ada campuran kelapa, cincangan kacang walnut dan juga cincangan nenas. Menggunakan sedikti serbuk kayu manis dan ia amat2 sesuai dari segi rasa bila digandingkan dengan lobak merah. Cuma resipi asal guna gula kastor, tapi mat ganti dengan gula perang atau soft brown sugar.

rsz_dsc_5906
Kek lobak merah ini digandingkan dengan cream cheese yang dilepa atasnya, tapi mat ubah sikit dengan swirl kan cream cheese tadi atas setiap potongan kek lobak merah dan kasi perhiasa atas dia dengan lobak merah yang mat terap bentuk chenta dan sekuntum bunga sakura dari gula. Nampak comey jugak kan...erkk terpuji sendiri pulak...haha. Dari segi rasa kek ni tak berapa manis, tapi lembap. Cuma anda perlu tunggu kek sejuk betul2 baru dipotong. Memandangkan ada cincangan walnut dan nenas, nak dapat potongan yang agak comey, sedikit sukar. kecuali kalau anda masukkan dalam peti sejuk, ia akan sedikit keras dan boleh dipotong sempurna, insya Allah. Sebab resipi sama macam mat pernah buat dulu, jadi dengan rajinnya mat copypaste jelah eks..alah bukan orang punya, sendiri punya tak pe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

CHAP CHAI....ATAU... SAYUR CAMPUR.

rsz_dsc_5769
Salam petang semua, sibuk ke? Petang baru dapat bersiaran di blog DTS..kalau ikut hati macam nak cuti je ni hari. Mat pun masak ala kadar saja. Untuk kali ni mat share resipi chap chai, hooo ini macam punya masakan pun nak letak ke?.. Heyyy, bukan semua budak2 muda tau dan lagi satu masakan ni cepat dan sesuai untuk mereka2 yang sibuk. Mat faham bagi yang bijak pandai memasak, mereka tak pandang resipi2 macam ni, takpe. Sebagai seorang blogger masakan kita perlu ada sikap profesional, apa2 sekali pun yang kita letak diblog, tiada paksaan untuk orang lain membuatnya dan jika mereka buat dan oter sedikit sebanyak, mat memang tak kesah. Kalau mereka teringin nak cuba, silakan, taknak pun takpe, anda masuk dan menjengah ke blog DTS ni pun sudah cukup bagus dan berterima kasih. Pasal BL (backlink) tu tak usah lah kita besar2kan isu ini, setakat BL pada tempat yang kita ambik resipi pun sudah memadai. Dan mat letak entri ini pun sebab ada seorang teman FB, Puan Fifiey suruh up kat DTS..jadi ini untuk anda... ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap satu
1/4 bahagian traffi light capsicum, didadu
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1 batang lobak merah saiz sederhana, hiris
10 kuntum cendawan butang, belah dua setiap satu
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, be;ah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 kiub ayam, dihancurkan (optional)
1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2-3 titik minyak bijan (optional)
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna minyak zaitun). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan ayam, kacau rata dan tuang air. Masak sekejap. Masukkan lobak merah dan leek (toskan) masak hingga lembut.
  2. Masukkan trafficlight capsicum, sweet pea dan cendawan, kacau rata. Akhir sekali masukkan kobis, perasakan dengan garam secukupnya, letak secubit gula dan minyak bijan. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

Monday, January 30, 2012

APA AKU NAK BUAT DENGAN DIA NI EKS?..

(Gambar Ehsan Google)

Salam semua, maaf jika entri ini mat gebu akan membahasakan dirinya dengan perkataan "AKU". Bosan, tu saja aku boleh kata. Bertahun2 aku berblog masak, isu2 curi hasil orang lain atau plagiat, tak habis2, dah macam penyakit berjangkit, mati yang ni, yang lain pulak mewarisinya. Aku bukan suka2 nak tulis entri macam ni dalam blog DTS. tapi sebab ada bersangkut paut dengan blog DTS dan juga hasil kerja aku, terpaksalah aku membuang masa dan tenaga jari2 aku menaip entri...bukan nak traffic..serius aku tak hadap dah benda2 tu, kalau ada pun aku dah bagi2 pada mereka2 yang aku link kan blog mereka.

Petang tadi aku terima pesanan di inbox FB, dari sorang geng masak2, dia tanya mat ada bukak blog baru ke, sebab ada satu blog ni copypaste resipi dan gambar dari blog aku. Aku kata takde pulak, dan bila aku klik link yang diberi....hmmm, memang betul, mula2 aku ingat 2-3 resipi, oklah takpe, sebab dia pun tak crop buang watermark aku. Tapi bila aku klik lagi, makin banyak yang keluar, pendek kata dekat semua lah resipi dalam tu curi dari blog dts, mau berpuluh2 resipi dan gambar. wahh melampau nih, aku ingat dia ni blogger tak berapa nak ok lah, sebab ada 14 blog!!!(boleh tgk kat profile dia)...perghh Jutawan Fakir beb!!!...

Aku pun malas lah nak cerita banyak, pada dia tuan punya blog tu, alahh takkan nko tak masuk blog aku kan, kalau tak, macam mana resipi aku boleh tertonggok dalam blog nko. Sini abang nak kasi nasihat sikit. Kalau nak berblog ikut saluran betul, ni tak main ikut sedap napsu serakah jee. Satu lagi berblog ni pun kena belajar juga, walaupun bodoh ke, tetap kena belajar juga. Aku nak tanya nko lah, apa tujuan sebenarnya nko buat blog tu?...Sebab masa terluang terlampau banyak sampai takde keje lain nak buat?. Aku bukan nak hina sapa2, tapi style nko berblog tu memalukan, yelah bukan hasil sendiri, tapi curi punya barang, manyak suweyyy!!!. Manusia ni kalau berlajar setinggi langit pun kalau sikap diri sendiri tak senonoh....habis lah hancurrr..

CENDAWAN RANGUP KEEMASAN

rsz_dsc_5655
Assalammualaikum, salam semua, dah minum petang?. Mat dalam keadaan cukup2 tak berapa nak rajin. Tak pulak demam, rasa macam ok, tekak pun dah nak baik. Tapi malas sangat, apa nak jadi ntah. Tadi mat paksa diri buat sesuatu, bukan saja untuk blog tapi tapi untuk disantap juga. Mat guna sejenis cendawan yang digelar "Bunashimeji". Cendawan ni datang dalam 2 versi, satu putih melepak dan satu lagi jenis kecoklatan. Resipi ini senang, mat guna putih telur, tepung berperisa seri aji dan juga breadcrumb atau serbuk roti jenis warna oren. Tapi sebelum anda buat ni, seelok2nya panaskan minyak untuk goreng terendam dulu. Jadi bila semua cendawan dah siap salut terus goreng hingga keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Sedap hidangkan bersama sos kegemaran anda. Pstt....anda minat I Pads, I phone dan barang berkaitan IT dan ingin memilikinya?...kalau yea sila lihat di sini...Terima kasih.. Terima kasih..

Macam nilah rupa cendawan yang mat guna, sejambah tu kurang lebih 150 gram berat dia, mat kerat pangkalnya dan leraikan, lap2 sedikit dengan paper towel yang telah dibasahkan. Kemudian biar kering. Sedap dimakan panas, kalau sejuk pun masih rangup tapi takde lah serangup masa panas. Ok entri pilihan DTS ni hari ---> di sini.....taching pulak entri dia ni...hmm kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket cendawan "Bunashimeji" (seperti gambar diatas)
2 putih telur, dikacau sedikit
3 camca besar tepung berperisa "Seri Aji"
Serbuk roti secukupnya (mat guna yang warna oren)
Sos kegemaran sebagai pencicah
Sediki hirisan daun kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu cendawan tadi dilap sedikit dengan paper towel lembap. Kemudian kerat bahagian bawahnya dan leraikan satu persatu. Masukkan ke dalam bekas. Tuang 1/2 bahagian putih telur dan gaul rata.
  2. Masukkan tepung berperisa seri aji dan gaul lagi. Tuang baki putih telur, gaul rata dan golekkan cendawan tadi dengan serbuk roti hingga rata. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan,
  3. Angkat dan toskan. Taburkan hirisan daun kuchao sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran anda. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba..

Sunday, January 29, 2012

SEKADAR MINUM PETANG BIASA...

rsz_dsc_5616
Assalammualaikum, salam semua, maaf lah sebab tajuk entri minum petang tapi entri keluar dah malam. Kadang2 mat sendiri macam nak habis idea pasal berblog ni. Apa2 pun dengan rendah diri jutaan terima kasih mat ucapkan pada semua yang memberi sokongan pada DTS, walaupun mat tak update sehebat dulu, tapi anda masih sudi singgah tanpa jemu. Pada blogger2 masakan, terima kasih juga. Petang tadi mat minum petang dengan roti yang paling kerap mat buat untuk jamu tetamu, selalu guna tuna tapi hari ni tuna habis, dan sebagai alternatif mat guna sardine, eh sedap, boleh tahan. Kalau sebut minum petang ni, orang melayu kita kebiasaannya akan membuat kueh mueh atau paling biasa pun pisang goreng, cekodok atau karipap. Dan kalau di kampung, ada juga yang menghidangkan ubi rebus bersama sambal tumis atau kelapa parut + gula melaka dan juga ikan masin. Ini semua bergantung pada kebiasaan individu itu sendiri. Dan mat sarankan anda ambik lah gambar sebagai tanda kenangan perihal makanan tradisi kita, haa bercakap pasal gambar, yang mana berbakat tu boleh klik sini, dan anda akan tau nanti...

rsz_dsc_5595
Untuk entri malam ni mat rasa tak perlulah mat letak resipi, sebab anda pun tau dah macam mana nak membuatnya. Selain roti ada juga mat buat kek, cuma kek biasa2. Roti dan kek ni mat buat untuk dibekalkan pada anak buah mat yang balik ke asrama setelah tamat cuti tahun baru cina. Kesian pulak tengok, jadi tu yang mat buat. Dan mat ambik 2 biji roti tu dan sedikit kek yang selebihnya, bagi kat dia. Hmm, rasa mat ini entri terakhir untuk malam ni, insya Allah lah, nanti kata terakhir, tengok2 keluar lagi, betul tak?. Oh yea sapa2 yang nak buat roti tu, boleh klik sini dan kek pulak di sini...Ok tu saja...jumpa lagi dalam entri lain.. Salam sayang dari DTS-MAT GEBU untuk semua.... ^__*

PARI MASAK SANTAN BERLADA.

rsz_dsc_5573
Salam, selamat siang semua. Dah siap masak?. Hari ni mat masak juga lah tapi masakan biasa. Entri hari ni sebenarnya, menu semalam, tapi letak hari ni. Pening juga nak fikir apa nak masak. Lagi2 kalau bahan mentah terhad. Dalam freezer ada ikan pari, hmm nak masak asam pedas macam bosan dah, fikir punya fikir, lepas tu teringat nak buat ikan santan berlada, ala2 masak lemak tapi kuah dia kemerahan. Kalau tengok kurang lebih asam pedas yang dicampur santan, tapi ada beza sikit dari segi rasa. Mat guna ikan pari, kalau anda guna ayam pun sedap, atau udang, nak brutal lagi guna ketam....perghh, melelehh. Resipi mudah seperti berikut tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terim kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
1 biji terung bulat, kupas sediki kulit dan didadu bersar2, rendam
1 biji tomato, belah 6
1 senduk nasi cili kisar
4 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 camca teh ketumbar biji
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan terung (toskan). Kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan tomato belah, masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Boleh juga gunakan ayam sebagai ganti ikan pari.

Saturday, January 28, 2012

PUYUH GORENG BEREMPAH GAYA MAT GEBU

rsz_dsc_5552
Assalammualaikum, salam malam semua, lepak ke?..Tu macam tak larat jee. Sekarang ni musim orang tak berapa nak sehat lah, ada yang demam, sakit tekak dan batuk. Mat pun masih ada sikit2 lagi rasa ketat kat tekak, tapi syukur alhamdulillah ia makin ok, pantang?...nope, pantang nampak semua masuk, cuma ais mat elakkan lah kejap, tapi curi2 juga minum..huhu. Kali ni mat nak letak entri pasal burung puyuh atau omputeh nyebutnya "Quail". Semalam mat beli satu paket burung puyuh yang siap diproses. Satu paket ada 10 ekor dan harga RM 21. Sebenarnya ia permintaan big boss, sejak beberapa hari dia sebut2 nak makan burung puyuh. Bila dah ada tu dia cuma suruh goreng kunyit, tapi mat rasa kalau goreng berempah lagi sedap. Dan mat pun buatlah tadi, kasi perap semua, tapi goreng lima ekor saja. Selalunya, makin lama kita perap, makin sedap rasanya....

(Gambar Ehsan Google)

Bagi anda yang tak pernah tengok rupa burung puyuh atau "quail", cer lihat gambar atas tu, itu leer ropa gayanya. Nampak tak burung puyuh ni seakan2 tongkeng dia jatuh ke bawah, tak menonggek macam burung2 biasa?.. Mengikut cerita orang tua2 dulu kata. Tongkeng burung puyuh ni jatuh ke bawah sebab ia terpijak dek kerbau, yelah awak tu comey kemetot, jadi mana leer kerbau nak nampak, maka terpijaklah, dan burung puyuh ni pulak bukan sebarangan, dia dengan pantas bangun dan menyondok mulut kerbau, dan tertanggal gigi bawah si kerbau tu..tapi mat tak pasti lah sampai sekarang ke kerbau gigi bawah dia ada yang tak cukup..kalau si puyuh tu memang nampak tongkeng dia jatuh...menarik gak kan..cerita orang2 tua nih...dengar boleh percaya jangan..begitu lah al-kesahnya..sekarang moh leer semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor burung puyuh yang siap dibersihkan
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
3 batang serai, hiris halus*
1 1/2 inci kunyit hidup*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 camca besar bawang goreng*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa
1/4 camca teh gula halus
3 camca besar tepung beras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Burung puyuh tadi cuci sekali lagi, toskan hingga kering. Masukkan dalam mangkuk besar. Tambah bahan kisar halus, perasakan dengan garam secukup rasa dan juga gula. Gaul rata dan perap dalam peti sejuk 1 - 2 jam.
  2. Ambil 5 ekor burung tadi bersama bahan2 pemerapnya, masukkan dalam bekas dan taburkan tepung beras, gaul rata. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng puyuh tadi sehingga kuning keemasan, gunakan api sederhana kuat. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos kegemaran anda.

CATATAN MAT GEBU :- Bahan2 untuk 10 ekor burung, tapi mat goreng 5 ekor sahaja. Bakinya anda boleh masukkan dalam plastik bersih atau bekas plastik dan dingin bekukan untuk kegunaan bila perlu. Kalau anda nak guna ayam pun boleh, tapi ayam tu kasi cucuk2 dulu dengan garfu sebelum gaul dengan bahan2 pemerap... Selamat mencuba..


MI REBUS CIK ANI...DARI BUKU CHEF WAN..

rsz_dsc_5516
Assalammualaikum, selamat petang. Apa bikin tu, rehat2 tgh hendostan ke?. yelah sejak2 ni ada jee cerita hendostan kat TV, malam pun ada..Mat?..Hmm tgk2 gitu jee lah, tak berapa nak layan sangat. Becerita pasal menu entri hari ni, sebenarnya mat masak semalam untuk menjamu Sis Linn bukit indah dan anak2. Sebab linn datang petang, takkan nak bagi makan nasi, baik kita ajak dia minum petang. Pada mat kan, resipi Chef Wan ni antara yang sedap ditekak mat. Satu lagi kuah dia secara lumrahnya memang kena sedikit manis, tapi bukan lah semanis pengat. Bila dan kena dengan mi dan bahan2 lain serta perahan jus limau kasturi...perghh...very very the sedap u, takcaya tanya Linn...haaa kan dia angguk pala tu, apa yang penting, kalau masak ni jangan lokek bahan2, kalau kata daging sekian banyak, letak ikut arahan. Resipi dibawah ni mat buat 1/2 dari resipi asal dalam buku chef wan...Sesuai untuk minum petang atau jamu pada tetamu, atau jamu pada mak/pak mertua. Ok entri pilihan DTS kali ini ---> di sini. Kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MEE REBUS :- Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
  2. PENYEDIAAN MEE REBUS :- Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera.

UBI REBUS CICAH SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...I LIKE!!

rsz_dsc_5247
Salam pagi Sabtu semua, apa khabar..Minta maaf sebab semalam mat tak sempat nak update blog, bukan takde bahan, bukan tak masak, tapi masa agak ketat. Faham2 sajalah si mat gebu tu, macam lah terlalu sibuk sangat, tapi sebenarnya memang sibuk. Dan kebetulan lepas Jumaat, Sis Linn datang bersama 2 orang anak beliau, terima kasih linn, macam tak cukup time je kan kita borak, macam isu, termasuk isu "anu"..i likee your new "anu"...sexy...pengsan >__<, haa tu mulalah geleng2 pala bila mat gebu sebut "anu", jangan terkejut, bila kami, mat gebu, ady budika, sis linn dan azman ahmad @ kasawari berbicara pasal "anu", ia merujuk pada kamera DSLR dan lens..ada faham adik maniss?. Ok, pagi ni nak share menu biasa orang kampung yang jauh dipendalaman macam mat gebu tu. Ubi rebus cicah sambal tumis memang all time favourite , nak2 lepas hujan..aduhh lagi terasa ke nostalgiaannya, hidang pulak dengan ayor kopi panas, letak pulak dalam set PML lama macam mat guna tu...nangess okeh!.. Mat tulis serba ringkas sahaja sebab menu macam ni tak payah resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya
Sambal tumis sebagai pencicah, resipi di sini...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi kayu dicuci, buang kulitnya dan kemudian kerat pendek2, jika saiz agak besar, belah dua setiap keratan, cuci sekali lagi dan toskan. Masukkan ke dalam periuk, isi air hingga ubi tenggelam. Letak garam (yang ni agak2 eks) dan rebus hingg ubi empuk. Jika ubi yang bagus, ia akan empuk dan berkanji.
  2. Bila empuk, toskan hingga kering. Jerang sekejap atas api bagi mengeringkan ubi, matikan api dan boleh hidangkan dengan sambal tumis. Kalau nak makan dengan kelapa parut + gula melaka pun boleh.

Thursday, January 26, 2012

BUBUR KACANG DURIAN....BIASA YANG LUAR BIASA.

rsz_dsc_5363
Malam semua, hmm jemu ke, siang entri mi megi, malam entri bubur kacang durian pulak. Biasa lah, mat gebu satu nama yang sinonim dengan banyak benda..antaranya, teko, typo, masak ulang tayang, terover ramah (sometimes lahh), dan..dan..dan...banyak lagi..ada masa biasa..dan ada kala luar biasa, jangan tatau. Hari ni mat betul2 masak paling senang. Tadi petang mat tumis air sayur bayam, lepas tu goreng sardine dan buat bubur kacang. Letak durian lagi. Durian tu kami simpan dalam freezer, masa beli, terus bukak dan isi dia kita terus masukkan dalam tupperware atau bungkus dalam plastik bersih, ikat dan bekukan dalam freezer. Insya Allah boleh tahan lama, dan bila nak guna cuma perlu keluarkan biar sekejap, masukkan dalam kuah. Senanggg...rasa dia pun tak lari, masih ada rasa derian, tu alternatif lah jika ada lambakkan buah durian di rumah anda.

rsz_dsc_5459
Biasa yang luar biasa tu, bukan lah apa sangat, cuma mat nak tanya lah terutama generasi2 muda, tau biskut "Osborne"?.. Cer tanya mak ayah anda atau orang lebih tua, insya Allah mereka tau. Biskut osborne ni satu biskut nostalgia orang zaman sedulu. Biskut ni sedap dimakan bersama bubur kacang durian. Biskut osborne ni rasa dia soo authentic, hmm, macam mana eks nak kata, rasa dia betul2 "biskut", rangup walaupun sedikit keras, dan seakan2 tidak berminyak. Sedap dicelop dalam air kopi hangat hingga sedikit lembut dan boleh dimakan. Rumah mat kan, semua orang suka biskut ni, mereka makan masa sarapan pagi, atau masa minum2 teh petang hari. Blog pilihan DTS malam ni ---. di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu
Biskut Osborne untuk dimakan bersama bubur (boleh juga dengan roti dan biskut krim kraker)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Sedap dimakan bersama bisku osborne, roti atau biskut krim kraker.

TAK MASAK....MAKAN MAGGI SUDAH LAH...

rsz_dsc_5188
Salam tak berapa nak tengah hari. Dah makan?..Mat hari tak masak, konon2 lah, tapi tak masak 1/2 hari siaaa, petang nanti masak lah, yang mudah2. Tapi pagi tadi guaa masak megi kari okeh, jadi terus makan untuk tengah hari punya sekali. Boleh caya ke si mat tu, tah2 dah melantak benda2 lain..hmm memang yea pun, dah makan macam2, sengkuang habis sebiji, karot sebatang, kopok ikan lagi, tu belum masuk dengan makan angin, mau kembong sat lagi. Ni ada masa sikit, mat cepat2 update blog, takpe lah kan entri megi pun, janji mat masak. Tapi seperti biasa mat masak ikut apa yang tekak aku rasa nak makan, kurang pedas, tambah cili, kurang asam perah limau kasturi, kurang rasa kari, aku tambah daun kari. Kurang hangat, letak pulak lada hitam....erk, ada yang pitam ke bila baca ni. Pstt..anda pasti terkejut dan tak sangka benda ni jadi kat KLIA, tak caya klik sini....kann.. Ok, jommm makan megi kari style Mat Gebu pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi kari, asingkan mi dan perencahnya
1 pokok kecik sawi bok choy, leraikan, cuci dan siang berasingan
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 cawan air
1 biji telur
2 biji cili padi, cincang halus
4 helai daun kari
5 ekor udang saiz besar
1/3 camca teh serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan cili hijau dan merah, untuk hiasan
1 biji limau kasturi, belah dua
Sedikit minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk (mat guna non-stick pan mungkum). Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan perencah kari, dan juga cili padi. Tumis lagi dan tuang air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan telur dan kecilkan api, biar telur mengeras tapi merahnya 1/2 masak. Masukkan sawi bok choy, serbuk lada hitam dan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan mi maggi, dan biar mi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas sesuai dan tabur dengan hirisan daun bawang, hirisan cili merah/hijau, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Hidangkan panas2...hmm.

Wednesday, January 25, 2012

SEKADAR ENTRI MALAM......JOMM MENGUNDI!!

rsz_dsc_5148
Salam malam semua, sebab tak larat (konon2lah..alasan kan, kata malas kan senang...erkk), jadi entri untuk malam pun ala2 tak larat...nasib baik tak demam, kalau demam, habis lahh, pancit terus. Hanya sekadar ikan bawal masak kicap lada hitam (Ady Budika awal2 tolak nih, sebab dia tak makan ikan bawal..erkk), tu saja untuk entri malam ni, nampak sangat tangkap muat kan, kira entri lepas lelah macam tu. Takpe, pada mat apa2 entri sekali pun biarlah ia datang dari hasil air tangan kita. Kami blogger masakan ni kalau nak upkan entri masak2, bukan boleh sambil lewa, sambil duduk berehat, boleh up entri...tidak.. Sebab menjadi blogger masakan perlu satu pengorbanan..yeaa..pengorbanan, anda yang bukan dalam bidang kami, tak kan tau, cuma kami blogger masak2 sahaja yang tau dan mengalaminya. Itu pasal bila berlaku kes2 kecurian hasil dari blog2 masakan, kami akan melenting dan "perang" habis-habisan, bukan nak tunjuk lagak, cuma nak bagi tau, u don't play-play with us cooking bloggers, macam kes lepas tu, tak pasal2 sorang blogger sudah kasi tutup blog..sebab apa?..sebab beliau mengambil tanpa izin dan seolah2 mengaku itu hak dia terutama gambar dari blog blogger2 masakan, jadi sebelum buat apa2 tu, gunakan lah akal yang Allah bagi, jangan tau nak sedap je.

Oh yea dalam kesempatan ini, mat memperlawa lah blogger2 semua (terutama blogger masakan) yang mana sudi, untuk mengundi blog Kak Ida 1001 Resipi dalam "world bloggers and media social awards untuk kategori "Best F&B Blog"...Bagaimana cara2 anda nak vote?.. Ok yang tu mat sarankan anda baca cara2nya di sini... Mat bukan apa, kalau bukan kita geng blog masak2, sapa lagi nak bagi sokongan, jika nama blog kak ida naik, secara tak langsung kita blogger masakan pun turut rasa bangga..betul tak, tak payah ada rasa iri hati dan sebagainya, tak elok, nanti cepat tuaa..serius nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal hitam, saiz sederhana
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
2 biji bawang besar saiz sederhana hiris bulat
3 biji cili merah belah dua tapi tak putus
3 biji cili hijau, belah dua tapi tak putus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris halus
2 camca besar sos lada hitam
1 camaca besar sos tiram
4 - 5 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap masin
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2/3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang dan dibersihkan. Kelar2 sedikit ikan tadi. Lumur dengan serbuk kunyit, secubit garam dan sediki serbuk lada hitam. Perap 15 minit. Keludiam goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos tiram dan sos lada hitam, kacau rata dan tuang air. Masak hingga pekat.
  3. Tambah kicap manis dan kicap masin, leek (toskan) dan juga ikan tadi. Masak hingga kuah pekat. Masukkan cili belah, kacau rata. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap juga dimakan bersama bubur nasi.

LEMAK KACANG PANJANG DENGAN IKAN MASIN KURAU

rsz_dsc_5133
Assalammualaikum, petang semua, takde apa2 yang istimewa mat nak share hari ni, sekadar masakan biasa orang2 kampung. Penat sebenarnya bila kita berada dalam keadaan kurang sihat ni kan. Mat hari ni pun kalau ikut kan hati malas nak masak, bila malas nak masak maka takde lah entri nanti. Tapi takut pulak ada mata2 liar memerhatikan gerak geri di FB dan Tweet, dan mula lah ada bunyi belakang kata nak buat entri tak larat, tapi buang masa di FB dan Tweet boleh pulak. Kadang2 bila kita menulis entri nie, walaupun atas permintaan orang lain atau pun sekadar ingin menyampaikan nasihat berguna, perlu juga mengambil kira pandangan sekitar...yelah sebab waktu kritikal kita untuk meletakkan diri pada tahap selesa telah berlalu dan blog kita pun sudah dikenali ramai, maka boleh kita memberi kata2 nasihat mengikut acuan kita. Tapi perlu ingat masing2 agak berbeza cara mereka berblog, mereka pun bukan tak berusaha, mungkin masa mereka belum sampai untuk duduk sebaris dengan anda. Takpe lah kita dah berusaha sebaik mungkin dan seterusnya berdoa, jika itu sudah ketentuan Ilahi, insya Allah, lambat laun anda akan nikmatinya juga..Ok blog pilihan DTS kali ini ---> di sini. Terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cekak kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih berdaging, rendam
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 tangkai cili merah
6- 7 biji cili padi
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus dalam periuk bersama tulang ikan masin kurau (toskan), serai dan juga santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang, asam gelugor dan tuang pati santan, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu.
  2. Tambah daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang bersama nasi dan lauk2 lain.

Tuesday, January 24, 2012

MI KARI BERSERAI..

rsz_dsc_5034
Salam semua....masih mood bercuti tahun baru cina yea. Ok takpe, penuhi cuti anda dengan sebaik mungkin. Yang penting jaga diri dan berhati2 di jalan raya. Mat dari tu hari nak makan mi kari, jadi petang tadi mat merajinkan diri buat juga mi kari, tapi yang jenis sempoi sangat, dan mat guna susu sebagai ganti santan. Tapi rasa dia kalau nak sedap memang lah kena guna santan baru lah genuine. Mat rasa mi kari yang ini takde lah lengkap sangat, cuma setakat guna apa bahan yang ada dalam stok. Kalau ada tauhu pok, lagi sedap. Tauhu pok sejenis tauhu yang siap bergoreng, ia berongga dan kalau tak silap mat teknik membuat tauhu pok ini sedikit berbeza dari taukwa. Ia memang sesuai kalau kita letak dalam kuah mi kari, kerana ruang berongga dalam tauhu tadi akan meresap kuah kari dan bila kita makan...hmmm terasa lah kenikmatannya..aduh meleleh air liur teman...

rsz_dsc_5023
Kalau perhatikan gambar atas ni, tu saja lah bahan2 pelengkapnya, oppss, terlupa bawang goreng nak boh sekali, tapi anda nampak dah kan mat tabur bawang goreng dalam gambar mi kari satu lagi tu. Hmm, kalau nak letal taugeh pun ok, kerang rebus ke, atau pun daging rebus. Tapi dalam kuah kari tu mat ada letak ayam sebagai penambah rasa. Oh yea, satu lagi mat tambah 2 batang serai, bukan dititik, tapi dikisar sekali dengan bahan2 rempah dia. Kalau ada fucuk atau tauhu kering pun anda boleh masukkan bagi kuah mi kari tadi nampak ber"isi". Ok sebelum mat tulis resipi, kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHAN KUAH MI KARI :-)
400 gram ayam, potong kecil, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
2 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
2 tangkai daun kari, dilurut*(*bahan tumis)
3/4 cawan susu sejat IDEAL (kalau anda nak guna santan pun ok, guna 1 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 tangkai cili merah
3 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
3/4 inci halia
2 batang serai, hiris halus
1 biji tomato

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap toskan
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan
Udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan celur, toskan
Telur rebus, dibelah 2
Hirisan cili merah dan hijau
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI KARI :- Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan rempah kari + bahan kisar halus tadi. Tumis dengan api perlahan hingga rempah garing. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut. Tuang air secukupnya (mat guna air untuk mencelur sayur dan udang tadi). Kacau dan biar mendidih. Tambah kiub ayam (jika guna). Bila ayam empuk, masukkan santan, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana, rasa dan jika ok boleh matikan api (kalau guna susu sejat, masukkan akhir dan didihkan sekejap sahaja dengan api kecil, ini mengelakkan susu dari berbintil2). Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK MI KARI BERSERAI :- Isi kuantiti secukupnya mi kuning dalam mangkuk sesuai, tuang kuah kari bersama isi ayam, kemudian hias dengan udang dan sawi celur, telur rebus, hirisan cili merah dan hijau, daun bawang, bawang goreng dan juga belahan limau kasturi sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas..

CATATAN MAT GEBU :- Jika guna tauhu pok, anda masukkan sekali dalam kuah kari. Mat tambah air yang digunakan untuk mencelur sayur dan udang, pastikan anda celur sayur dahulu, kemudian baru celur udang. Gunakan air tadi ke dalam kuah mi kari. Jika ingin lebih lemak, anda boleh lebihkan santan. Anggaran air yang mat guna kurang lebih 1500 liter termasuk dengan air rebusan. Selamat mencuba...


BUAT KEK MUDAH DAN CEPAT..

rsz_dsc_4958
Assalammualaikum, salam semua. Anda semua sehat?.. Mat ok sikit dah, cuma sakit tekak, tapi suara tetap ada, cuma masih ada rasa panas sikit dalam leher. Bila kurang sihat bukan saja mood berblog takde, nak masak pun malas, serius, bukan tu saja, lalu kat dapur pun macam nak tak nak saja. Tapi tu lah, dah itu tanggungjawab, suka tak suka kena buat...Bila kita membuat satu2 pekerjaan itu terlalu kerap, maka sampai satu masa dan ketika akan ada rasa jemu dan bosan tahap 100!!!. Lagi2 bila keadaan diri kurang mengizinkan. Pada Sunah, pcm minta maaf sangat2 yea pasal semalam.. bukan niat pcm nak menolak kehadiran Sunah dan rakan2...huhu....

rsz_dsc_4994
Hari ni mat nak share satu resipi kek mudah. Sejak2 ni mat selalu buat kek guna tepung Optima atau Spongemix.. Bukan apa kalau kita dalam keadaan yang memerlukan sesuatu yang cepat, mat sarankan anda simpan tepung instant macam ni kat rumah, jadi tak perlu ambik masak lama, tapi apa yang penting, anda mesti ada cake mixer, tak kesah lah handmixer atau standmixer, janji boleh memutar kek. Dan anda boleh pelbagaikan perisan ikut apa yang anda suka, nak buat kek gulung pun boleh dengan resipi ni. Walaupun resipi ini, anda boleh cari kat entri2 lepas, tapi mat rajin sangat hari ni, jadi tulis jugak...Jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A
50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh strawberry paste + 2-3 titik pewarna merah
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan acuan bund berlubang tengah, atau ikut acuan yang anda suka, lenser acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Jika guna acuan bulat atau 4 segi, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan..
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, kacau rata. Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit. Tuang mentega cair dan kaup dengan spatula hingga sebati.
  3. Bagi adunan pada 3 bahagian, satu letak perasa vanilla, satu lagi strawberry emuclo + pewarna merah dan satu lagi dengan pandan paste. Kacau rata. Tuang dalam tin kek secara berselang seli warnanya hingga habis. Lorekkan sedikit dan bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan. Boleh hias ikut kreativiti anda.. Selamat mencuba..

Sunday, January 22, 2012

GONG XI FA CAI...dan...SELAMAT HARI LAHIR BONDA..

rsz_dsc_4832
Sempena menyambut tahun baru cina, Mat mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada masyarakat berbangsa cina terutama, teman2 dari Persatuan Peranakan Cina Melaka, Gaven Elham, Catherine Looi dan geng blogger masak2 Gert, Lydia dan semua. Moga tahun naga membawa makna baik. Tahniah juga pada mereka2 yang dilahirkan pada tahun naga, ini kerana 12 tahun lagi baru kitaran naga berada dalam kedudukan nya kembali. Pada mereka2 yang pulang ke kampung halaman, berhati2 di jalan raya. Pastikan rumah anda berkunci dan ikut arahan dari pihak berkuasa supaya kediaman anda terselamat. Sekali lagi DTS-MAT GEBU ucapkan GONG XI FA CAI...

P1250157
Dan dalam kesempatan yang sama, mat ucapkan selamat hari lahir pada Bonda ku, Puan Jamaliah yang ke - 71. Moga dipanjangkan usia, diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Minta ampon dan maaf atas segala dosa2 yang telah ku lakukan, halal kan makan minum serta air susu ibu yang telah menjadi darah daging ku ini. Moga Allah swt memberkati hidup bonda hingga ke akhir hayat....ameennn....

JEMPUT MAKAN SEMUA.....MENU MUDAH SAHAJA.

rsz_dsc_4863
Salam semua, dah makan tengah hari?.. Mat baru lepas tadi, dan orang2 dalam rumah mat pi undangan majlis dirumah tok sedara kami. Mat sebenarnya rasa kurang sehat sikit, tekak sakit, ada kemungkinan sebab overdose makan tembikai semalam, huhu. Mat hari ni masak yang simple, ringkas dan jenis cempak2 sahaja. Satu lagi sebab nak habiskan stok2 sayur yang dah hampir..hampir uzur, tapi masih ok lagi dari segi fizikal. Memandangkan tekak sakit, mat masak lah sayur ala2 sup, dan juga sambal tumis ikan bilis...Hoo, sakit tekak makan pedas, huhu tulah si mat tu degil gilerrr..tapi sambal tumis tu kurang pedas dari sambal belacan, kira boleh lahh, insya Allah tak memudaratkan. Terima kasih juga pada mereka yang memberi petua, tapi serius air asam jawa mat memang tak boleh ngam, rasa macam lagi serius lepas tu..kalau aiskrim vanilla kee..macam sedap sikit kan...hehe....


Kalau nampak menu mat, memang sempoi dan ulang tayang punya jenis..oitt apa pasal adee munyi olang cina punya bahasa..haiyak!. Yang tu taugeh, mat goreng dengan ikan bilis, letak tauhu dan juga kuchai, senang dan mat suka style macam tu. Yang tak makan taugeh maaf ye, macam kekanda ku Kak Ct Delima tuu. And the other one..erkk henggeris pulak, haha, yang tu sambal tumis ikan bilis, tapi ni kali guaa kasi goreng itu ikan bilis dan bila sambal semua sudah siap, luu kasi masuk ikan bilis goreng dalam sambal, kasi kaco sama dia, lepas tu boleh makan ramei2...kus smangat, mak mertua luu lalu pun tak prasan punya, sebab masakan tak lokek bahan...kalo makan dengan nasi lemak pun memang ngam...

Dan terakhir sekali, mat masak sup petola dengan black fungus segar. Yang ni memang untuk mat, makan macam tu saja pun sedap. Kalau makan dengan nasi pun takde masalah, kena adakan ikan masin atau ikan goreng nak bagi dia lengkap. Menu2 ringkas ni sebenarnya sesuai untuk orang2 yang berkerja, yang duduk rumah lagi lah boleh mengurangkan kerja, jadi boleh lah buat kerja2 lain pulak. Ok mat tulis resipi mudah ni, takpelah walaupun 22222x ulang tayang pun ianya tetap berasap dari dapur DTS....

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS GORENG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (optional)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3.4 inci belacan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  2. Masukkan ikan bilisk dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...



TAUGEH GORENG IKAN BILIS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 keping tauhu keras, dadu dan goreng sekejap, toskan
1 cekak kuchai, diketat pendek
1 biji bawang besar hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 kiun ikan bilis, hancurkan
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, goreng garing, simpan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili hijau dan merah hingga harum, masukkan pati ikan bilis tadi bersama tauhu, kacau rata dan tuang air. Masak hingga pekat.
  2. Tambah taugeh dan kuchai, serta ikan bilis, gaul rata, rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam. Masak sekejap dengan api besar, boleh matikan api dan angkat. Makan selagi hangat...

SUP PETOLA MANIS DENGAN BLACK FUNGUS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
7 - 8 kuntum cendawan black fungus segar
1/4 cawan isi udang bersaiz kecil
1/2 cekok soo hoon, kerat pendek dan rendam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas petola, cuci dan belah dua, hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan. Cendawan black fungus jika besar, kerat dua, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang bertukar kaler. Tuang air secukupnya. Masukkan cendawan black fungus, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan petola bersama soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan juga serbuk lada hitam. Kacau rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

Saturday, January 21, 2012

KEK PISANG COKLAT URAI....SERIUS SEDAP!!

rsz_dsc_4599
Malam semua, seperti mat janjikan dalam entri petang tadi, kali ni nak share satu resipi kek pisang yang bukan saja sedap..tapi amat sedap..pada tekak ku ini. Resipi asal dari Kak Ummi Kuantan dan kalau nak tau dari mana Kak Ummi dapat, sila lah pi dan tengok sendiri yea. Tapi mat ambik resipi ini dari blog Puan Azlita...yang mempunyai sentuhan "ada kelas" dalam setiap gambar masakan beliau...eh betul, tau tak mat gebu nya resmi, aku suka yang lawa2 waima gambar sekali pun, bukan nak berpihak pada sapa2, mat secara jujur suka orang berkongsi idea dan ilmu, benda2 ni banyak faedahnya, mat sebagai sorang blogger masak agak lama lah juga, nak bagi kata nasihat untuk diri mat juga..Jangan selalu letak diri kita dalam posisi "NEGETIF", tak kira anda blogger baru ke, lama ke, jika sesorang itu punya kelebihan, dan sudi berkongsi tips dan idea dengan semua blogger, sepatutnya kita ucapkan terima kasih, dan bukan kata2 sindiran, lagi pun sebagai muslim, kita lebih arif duduk pekara hal2 macam tu...kannn...maaf mat tulis untuk mengingatkan diri sendiri....

rsz_dsc_4685
Kenapa mat kata kek pisang ni sedap..hmm, rasa dia sungguh menawan, harum dengan bau kekacang. Tapi mat ada oter sikit lah, tak banyak, cuma mat ubah mengikut gerak rasa yang mat rasa ianya perlu diubah. Erkk...bukan ubah banyak sangat, cuma tang gula kastor tu mat guna gula perang atau soft brown sugar dan jumlah dia pun mat kurangkan. Sebab apa?..Sebab pisang sendiri sudah manis, jadi mat rasa tak salah lah kan kurangkan sukatan gula selagi ia tak mengganggu rasa kek tadi. Bila anda lebih berpengalaman dalam dunia masakan, baking dan sebagainya. Anda akan lebih peka dan memahaminya. Ok kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/3 cawan pisang yang didadu besar
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....

YANG MUDAH DARI MAT GEBU..TERIMA KASIH SUE JOSHUA.

rsz_dsc_4717
Salam petang semua. Hari ni mat share masakan biasa yang mat hidang semalam masa Sue Joshua datang, seronok berborak, dari 1 jam melangkah ke 2 jam...kanSue, apa2 pun terima kasih hadiah tu yea. Aku sukaa dan teko tu, lawaaa banget, lah...mati2 aku ingat bulat, bila tengok shape dia bujur sikit dan berkeluk2...nicee gilerr!!. Pada Sue dan Mr Joshua, minta maaf jika terkurang layan dan lebih kurang halal yea. Seperti anda nampak, mat memang masak yang mudah dan sempoi gileerrr. Selain tuna roll yang entri pagi tadi, mat ada bake satu kek, yang tu nanti mat letak. Masakkan mudah ini senang kita masak dan tak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Tapi ini bergantung pada bagaimana anda merancangnya. Memasak pun perlu ada perancangan, supaya ia lebih teratur dan sistimetik.....Tapi kalau masak lauk2 sempoi macam mat buat ni, anda lagi pakar dah...


Ok, masakan pertama mat masak, asam pedas ikan pari, kebetulan memang mat ada beli ikan pari, jadi masakan asam pedas, yang ni terlalu banyak kali letak kat DTS, kalau mat tak tulis resipi pun ada pasti tau buat. Yang sebelah tu, lagi senang gilerr, tumis air sawi putih dengan udang, yang ni memang sedap dihirup2, kena pulak cuaca panas. Selain sawi putih, kalau guna bayam hijau atau bok choy pun sedap..dann seterusnya pulak..


Waaaa....amacam, simple2 kan masakan si mat. Yang tu kacang buncis goreng bersama ikan bilis, biasa2 saja cuma mat tabur ikan bilis goreng atas dia sebelum dihidangkan. Kacang buncis rasa dia lebih sedap dari kacang panjang dan perlu digoreng sekejap. Ini akan mengekalkan rasa manis dan kerangupannya. Satu lagi dan yang last, mat masak kari ayam hilang...Hoo, ayam hilang, grrr, sebenarnya mat terlupa letak ayam tu kat mana, cari dalam freezer punya lah jenuh, akhirnya jumpa dalam freezer laen..erkk..hmm takpelah, jadi kari dah pun... Oh yea ada juga sambal belacan buah kuini sebagai penyeri..tu saja..

ASAM PEDAS IKAN PARI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ikan pari
15 batang bendi jenis kontot
1 biji tomato belah 6
3/4 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 batang serai, dititik
2 kuntum bung kantan, belah 2 setiap satu
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bwang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong ikut saiz yang anda suka, cuci dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit gram selama 15 minit, cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan toskan, buang sedikit pangkalnya.
  2. Panaskn minyak dalm periuk, tumis serai titik dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan pari, masak sekejap dan tambah jus asam jawa. Kacau, masukkan bendi, bunga kantan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap dan akhir sekali masukkan tomato. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

TUMIS AIR SAWI PUTIH DENGAN UDANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok sawi putih
10 - 15 ekor udang bersaiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang puith, hiris
1 biji cili merah, hiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi diasingkan dan cuci, kemudian siang berasingan antara daun dan batangnya, toskan. Udang dikerat hujung hujungnya dan cuci bersih, toskn.
  2. Panaskan sedikit mnyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar dan ptuih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan batang sawi dan masak hingga lembut, tambah daunnya pula, masukkan cili merah, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

KACANG BUNCIS GORENG IKAN BILIS....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang buncis, hiris serong, cuci dan toskan
1 genggam ikan bilis, belah dua, cuci dan goreng garing, toskan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 kiub ikan bilis
Secubit garam
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga haru, masukkan cili hijau dan merah, bila layu tambah kiub ikan bilis (hancurkan), kacau rata dan masikkan kacang buncis tadi. Gaul rata dan masukkan sedikit air.
  2. Tambah garam secukup rasa, masukkan 1/2 bahagian ikan bilis, kacau dan rata dan angkat. Tabur baki ikan bilis goreng sebelum dihidangkan...

KARI AYAM MUDAH....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong pada saiz sederhana
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
1 biji tomato belah 6
1 keping asam gelugor
1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar penuh serbuk kari daging (mat guna jenama Baba's)
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 pelepah daun kari, lurutkan
3 biji bawang merah hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyti hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci dan perap dengam sedikit tepung, jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih, toskan. Kentang dikupas, kemudian belah 4 setiap biji, rendam. Rempah kari dicampur bersama bahan kisar halus dan kacau rata2. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan rempah kari + bahan kisar tadi dan tumis hingga rempat terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang satan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk. Masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomati, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan.

JOMMM SARAPAN....TUNA CHEESE ROLL..

rsz_dsc_4702
Pagi Sabtu semua, apa plan hari ni?. Mana2 yang ingin pulang ke kampung tu, berhati2 di jalan raya, jangan lupa periksa kenderaan anda sebelum melakukan perjalanan jauh. Entri pagi ni mat letak resipi yang kerap dah mat buat. Semalam mat menerima kehadiran Sue Joshua, suami dan anak beliau dan mat buat lah serba sikit benda2 makan. Lumrah lah kan sebagai blogger masak2. Sebenarnya takdelah heran mana, sebab mat dah banyak kali juga buat, masa Kak Ina Kl datang dulu pun mat ada buat. Meroti ni ada kala sungguh menyeronokkan, lagi2 bila kita lihat hasilnya yang jadi elok disamping rasanya yang enak dan lembut. Tapi mat memang guna Breadmaker untuk proses menguli dan memerap. Bagi mereka yang gemar meroti, mat cadangkan beli satu breadmaker, insya Allah ia akan memberi manfaat nanti. Bila ada benda2 baru, atau gadget, anda perlu mentelaah dan belajar selok beloknya dulu. BM yang mat ada ni pun banyak fungsi dia yang belum mat cuba....

rsz_dsc_4711
Untuk resipi kali ini, tuna masih mat kekalkan dan mayonnaise juga, cuma mat tabut parutan keji cheddar. Bawang besar pulak mat goreng sedikit dengan minyak zaitun hingga layu. Tujuan nak bagi rasa lebih manis. Resipi ini akan menghasikan 10 biji tuna roll yang tembam dan gebu. Kalau anda nak buat cinnamon roll pun boleh guna resipi ini. Inti dia tu anda ganti dengan gula perang yang kita gaul dengan serbuk kulit kayu manis, boleh tabur kismis jika suka dan gulung macam swissroll, kerat dan masukkan dalam cup macam kat atas tu, tekan sedikit biar leper. Mat guna bekas bersaiz 4 inci.

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

MISTERI "ADY BUDIKA"......

"Ady Budika"....dari mana datangnya, siapa dia dan macam mana aku mengenalinya..menjadi persoalan yang perlu aku jawab dulu. Aku walaupun berfikiran kuno, ortodok dan sedikit kolot, namun dalam pandangan halus ku, ady budika ibarat batu bersurat yang penuh tanda tanya, manusia boleh membaca tulisan luarannya, namun isi sebenar tak siapa tau. Tapi secara jujur dan ikhlas...aku suka bersahabat dengan nya, walaupun dia ada masa sukar untuk ditafsirkan, namun bagi aku itu lah kelebihan yang Allah beri kan. Dunia blog menemukan aku dengan ady budika, orangnya beperwatakan agak pendiam, walaupun begitu ada nada kelucuan disebaliknya. Berfikiran agak tajam, namun disembunyi kan dibalik raut wajah bersahaja...sungguh misteri kan.

Hari ini 21 Januari 2012 maka dengan izin Allah swt Ady Budika menyambut hari lahir beliau yang ke 28 (betul kan?). Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku....aku tau, aku bukan lah seorang yang boleh kau harapkan, tapi takpelah, sekurang2nya aku masih boleh masak lemak cili padi ayam, buat kek coklat dan juga fruit tart. Sebenarnya aku bila berada dalam lingkungan orang2 yang aku kurang biasa, aku akan rasa malu dan cuba menyesuaikan diri. Pada Ady, selamat hari lahir, moga diberi kesihatan tubuh badan, ketabahan rohani, ketenangan jiwa, kesabaran hati dan dimurahkan rezeki.....Terima kasih sekali lagi dari aku, Mat Gebu @ Adnan Bin Ibrahim Ramawikrama... Assalammualaikum...

Thursday, January 19, 2012

TELUR MATA LEMBU BERKICAP..

rsz_dsc_4525
Malam semua..sebelum tidur nak letak entri terakhir, tapi entri yang mudah2 saja. Kira sesuai untuk semua, nak buat senang, cepat dan anak2 pun suka menu macam ni. Telur mata lembu berkicap seakan2 telur masak kicap tapi lebih kering. Telur tu mat goreng dalam non-stick pan dan kuningnya dibiar 1/2 masak, tapi itu ikut selera masing2, nak kuning tu keras pun ok. Satu lagikan mat masak satu bahagian saja, tak terbalikkan. Kalau anda suka berkuah, takde masalah, tuang je air. Kebiasaannya, masak macam ni, kami akan letak sedikit soo hoon. Sedap dimakan bersama nasi putih panas yang dimasak sedikit lembut, atau bersama bubur nasi juga sesuai. Ok, habis dah idea nak tulis apa, jadi mat tulis resipi sekarang..Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili merah, hiris
1 batang leek. kerat pendek dan rendam
1/2 cekak suu hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata lembu sebiji demi sebiji dan pastikan merahnya 1/2 masak (atau masak sepenuhnya, terpulang pada anda). Susun dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga harum. Masukkan leek(toskan) dan sos tiram, kacau rata dan tambah air bersama kicap manis. Kacau rata
  3. Masukkan suu hoon dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok matikan api. Tuang atas telur mata lembu tadi dan tabur dengan hirisan daun bawang. Hidangkan panas2 bersama nasi putih atau bubur nasi.

CUACA PANAS...JOMM KAROT SUSU!!!

rsz_dsc_4436
Panas cuaca kat Johor ni, hari ni ada lah hujan sikit, langit memang mendung tapi hujan tak sampai. Tadi kan mat beli barang2 dapur, punya lah ramai manusia, yelah nak tahun baru cina kan, mat gebu kalau terselit di kalangan2 nyonya cina tu, orang tak perasan pun aku melayu sangat, yelah kita kan hybrid punya orengg, kira rojak lah. Sayur2 agak mahal sekarang ni, kacang buncis saja dekat RM 8 per kg!!..penggsan >__<. Yang murah lobak merah, jadi mat beli lah 4 biji. Balik tadi terus kisar 2 biji + susu rendah lemak, letak gula sikit, letak ais kiub dan..dan..dan...ohh heaven...melunsur lajunya carrot susu ke dalam tekak mat gebu yang kegerrsangann ini...syukur Alhamdulillah...legaa. nasib baik ingat nak tangkap gambar, kalau tak rugi dah satu entri. Walaupun ini biasa2 saja, namun ia tetap satu benda yang mat buat hari ini.. Ok bagi juga lah resipi...tapi serius senang sangat, janji rumah ada blender...Sebelum tengok resipi, ada entri bagus sebagai panduan blogger2 semua di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang lobak merah saiz sederhana
1 cawan air mineral
1 cawan susu rendah lemak (atau susu segar pun boleh)
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci lobak merah tadi, potong kecil dan masukkan ke dalam alat pengisar, tuang air dan kisar hingga hancur, tapis dan tekan2 sedikit supaya jusnya keluar. Buang hampasnya dan tuang jus lobak ke dalam bekas.
  2. Tuang susu rendah lemak, tambah gula secukup rasa (mat letal 2 camca besar). Kacau hingga gula larut, letak ais kiub dan boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk....ok, nak pi sambung minum lagi....daaaaa...

LEMAK TEMPOYAK IKAN PATIN BERPETAI....

rsz_dsc_4487
Salam petang, semua, ketat lah masa ni hari, waktu2 sekarang baru dapat menulis entri. Penat..tu je mat boleh kata. Jangan tanya kenapa, buat apa, atau sebab apa.. Hari ni mat masak lewat, yang tengah hari tu pandai2 lah makan apa yang ada. Sebab bonda berpuasa, jadi mat masak petang. Pagi tadi sarapan pisang tanduk goreng dan biskut krim kraker plus hot chocolate lagi. Pisang pun bukan mat yang goreng, tapi big boss goreng. Entri kali ni mat letak resipi "lemak tempoyak ikan patin berpetai"..hadoi panjang giler nama dia. Ikan ni agak besar, jadi mat masak 1/2 bahagian saja. Apa2 masakkan bersantan perlu dimasak dengan api perlahan bila kita tuang santan pekatnya dan pastikan dikacau perlahan. Satu lagi masakan macam ini penggunaan serai dan daun kunyit adalah penting. Entri pilihan DTS hari ini ---> di sini. Terima kasih. Kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan ikan patin
1 genggam isi petai
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyti, disiat
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/4 cawan cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi dicuci, lumur dengan tepung gandun, jus limau kasturi dan sedikit garam, perap 10 minit dan cuci bersih2. Isi petai dibelah dua setiap satu, cuci dan ketepikan.
  2. Tuang bahan kisar halus dalam periuk, masukkan serai titik, tempoyak dan santan cair dan kacau rata. Jerang atas api hingga mendidih, masukkan ikan dan biar masak sekejap. Masukkan asam gelugor dan isi petai tadi. Tuang pati santan, kacau perlahan.
  3. Masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kuyit dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar 2 - 3 jam untuk mendapar rasa yang lebih mesra.

Wednesday, January 18, 2012

QUICHE CENDAWAN PEDAS BERKEJU.

rsz_dsc_4372
Salam malam..haha tu je ayat aku...kalau up entri pagi, selamat pagi, tengah hari pulak selamat tengah hari...tu nasib baik up entri malam, kata selamat tengah malam. Takpe lah, setiap blogger ada gaya penulisan mereka dan secara tak langsung orang akan kenal, jika mat gebu, jalan cerita dia macam ni, kalau ben ashaari menulis pulak macam tu. Bila kita hendak melakukan perubahan, kena perlahan2, jika melakukannya secara mendadak, akan ada rasa janggal bagi pengunjung blog kita. Kita bercerita pulak pasal entri malam ni. Perasan tak, macam musim "quiche" pulak si mat ni kan...kalau dulu musim kueh talam, kejap2 kueh talam...Laa ni musim quiche..esok2 musim apa pun aku tatau lah...hanya masa akan menentukan....

rsz_dsc_4380
Kali ini mat buat quiche cendawan pedas berrrrrrrrrr"keju"..waaaa, dengar keju saja ada yang geleng2 pala, mengucap bagai, siap urut dada..heyy urut dada sendiri okeh, jangan urut dada orang lain...haha. Adehh pening leer si mat ni kadang2. Ok buat quiche ni senang, pastry tu anda boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk, bila nak guna dahh ada. Pasal inti pula boleh ikut suka apa nak guna, belen rendang boleh, kalau nak guna sosej pun ok, atau tuna. Nak letak sayur2an pun takde masalah...serius, boleh pelbagaikan ikut selera anda. Ok kita semak resipi pulak....Jomm..eh nantiii...sebelum tu lihat entri pilihan DTS kali ini---> di sini.. Terima kasih..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
150 gram cendawan"white bunashimeji", seperti gambar dibawah
1/5 bahagian traffic capsicum (merah, hijau, kuning) didadu kecil2
1 camca besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar, dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
1 camca teh serbuk cili atau serbuk paprika
6 pokok kucai, hiris halus dan asingkan sedikit
Secubit gula
1 camca besar air

BAHAN KASTARD :-)
1 biji telur + 1 kuning telur
2 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar susu sejat
Secubit garam

BAHAN LAIN :-)
1/3 bahagian pastry, resipi di sini
Sos kegemaran untuk dimakan bersama (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan serbuk cili dan kiub ayam, kacau rata. Tambah serbuk kari dan sedikit air. Masak sekejap. Masukkan trafficlight capsicum dan juga cendawan tadi. Masak dengan api kecil hingga cendawan layu. Tambah gula dan masak sekejap lagi. Matikan api, sejukkan inti tadi.
  2. UNTUK KULIT QUICHE :- Canai doh tadi diantara dua keping plastik bersih hingga mendapat ukuran lebih besar dari acuan (mat guna yang saiz 6 inci), buka plastik dan terbalikkan ke dalam acuan, kemaskan dasar dan bahagian tepinya. Potong lebihan pastry. Cucuk permukaan dasarnya dengan garfu. Kemudian alas dengan sekeping kertas minyak dan letak benda berat dalamnya, mat letak kacang soya seperti dalam gambar. Bakar kosong (blind-bake) pada suhu 190C selama 15 minit. Kemudian angkat kertas bersama kekacang tadi, dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluar dan ketepikan.
  3. UNTUK KASTARD :- Satukan telur, keju, susu sejat, serbuk lada hitam dan sedikit garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. UNTUK QUICHE CENDAWAN PEDAS BERKEJU :- Ambik inti tadi, isi dalam kulit quiche, ratakan. Berhati2 tuang kastard berkeju tadi atasnya, ratakan. Tabur hirisan daun kucai yang diasingkan tadi, rata. Sambung bakar lagi selama 20 - 25 minit hingga permukaan quiche perang keemasan. Sejukkan sebelum dipotong, dan hidangkan bersama sos kegemaran. Sesuai untuk minum petang..

GULAI SIPUT SEDUT...MESTI BISING PUNYA!!

rsz_dsc_4333
Salam petang semua, dah santap?..Hadoi ni hari rumah mat gebu bising woooo...tu belum Sis Lin join, kalau tak mau bergegar Bukit Indah kan linn, lagi2 round about yang bapak besar tuu, menelan minyak kete betull...hahaha. Siput sedut atau ada yang panggil belitong, satu makanan unik orang2 kita. Sedap dimasak lemak cili padi atau masak lemak dengan batang keladi, macam mat masak hari ini. Memasak siput sedut ni agak leceh, kerja dia banyak, hendek mencuci siput, kerat hujungnya lagi. Selalunya siput yang kita beli akan ditabur hampas kelapa dan disimpan semalaman, tujuannya ialah agar siput tadi mensucikan diri memasing, sebelum kita masak esoknya. Siput sedut ni selain dari laut, mat pernah nampak juga kat sungai air tawar, kat Sedenak ni dulu ada, mengikut cerita kan, arwah nenek kita orang, "Bidan Peah Bt Syawal" bawak benih siput sedut air tawar tu dari Rembau, lepas dia campak kat sungai..dan keturunan si siput tu membiak sampai sekarang...wallahhualam. Ok semak resipi pulak dan entri pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur (atau beli yang siap dising, ada jual di pasartani), bersihkan dan celur, tos
1 keping asam gelugor
1500 ml santan cair
300 ml santan pekat
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
6 biji cili padi
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sehari sebelum memasak siput, tabur siput tadi dengan hampas kelapa, gaul rata dan biarkan semalaman, pastikan permukaan bekas di tutup dengan tapis dan hempab dengan benda2 berat atasnya, kalau tak esok semua siput hilang. Keesokkannya, cuci siput bersih dan kerat hujungnya, anggaran 3 senggan dari hujung muncung siput, buat hingga siap, cuci kembali, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, asam gelugor dan bahan kisar halus. Masak hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau rata dan bila mendidih, masukkan batang keladi. Masak sekejap dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.