RENDANG KERANG LIMAU PURUT...

rsz_rendang_kerang
Pernah makan rendang kerang?. Mesti pernah kan. Yang ni mat buat semalam. Kerang mat beli dalam 4 kilo, cuci bersih dan rebus, tapi bukan rebus macam tu, mat hiriskan sedikit bawang merah dan bawang putih. Tumis dalam kuali, gunakan minyak dalam 2 camca besar. Bila bawang harum dan sedikit perang, masukkan kerang, kacau rata2 dan tuang air anggaran 1/2 cawan. Tutup permukaan kuali. Dan biar sampai kulit kerang terbuka. Biar seju dan boleh asingkan isi dari kulit. Isi kerang tadi anda boleh bekukan dalam freezer untuk kegunaan kemudian. Untuk rendang kerang, mat guna kurang lebih 300 gram isi kerang yang telah siap direbus. Kalau buat char kue teow, wajib ada kerang, baru nampak mengancam.Mi kari pun ada juga yang meletakkan isi kerang sebagai bahan sampingan. Kerang boleh dikatakan versatile lah senang cerita. Ok resipi ni mudah dan mat guna rempah rendang Baba's, tapi kalau takde anda boleh guna rempah kari biasa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram isi kerang yang telah direbus
1 1/2 camca besar cili kisar
1 cawan santan
1 keping asam gelugor
2 helai daun limau purut
2 camca besar rempah rendang Baba's atau boleh ganti dengan rempah kari daging/ikan
2 helai daun kunyir, hiris halus
2 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris
3/4 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah rendang, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah hiris dan bawang putih hiris hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Tambah bahan kisar halus + rempah rendang tadi. Kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan santan dan kacau rata. Tambah kerisik, asam gelugor , daun limau purut dan kerang. Kacau rata
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan masak sekejap, rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain...

Post a Comment

9 Comments

  1. yg ni best mat ...bleh makan ngan nasi , lempeng yg mat cakap tu roti ,roti kirai ,ketupat dan lemang kegemaran akak nii

    ReplyDelete
  2. Aku benci dapur tanpa sempadan kerana sering membuat aku terliur dan terasa lapar.... Hahaha... Nice post bro... (p/s Perut dah bergendangan)

    ReplyDelete
  3. fuhhh..lama x makan kerang ..terliurnya

    ReplyDelete
  4. lapar...nak rendang kerang satu...

    ReplyDelete
  5. Kat Perlis ada jual kerang siap kopek sekilo Rm8. Kerangnya cantik macam kita kopek sendiri tapi bagi Aina rasanya sedikit liat. Kalau dah malas jalannnn jerkkk...ekheheee...

    ReplyDelete
  6. best rendang kerang.. 1st time makan masa g majlis kenduri kawan bulan lepas...

    ReplyDelete
  7. Mak selalu buat dulu-dulu. Skrg idak dah. Jaga mkn kata mak.

    ReplyDelete
  8. kalau lauk kerang mcm ni, maunya bertambah2 nasi dan lauk akak makan..perghhhh sedap betullah..

    ReplyDelete
  9. Rendang kerang makan dengan nasik lemak juga sedap :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.