BEN ASHAARI

Monday, December 3, 2012

MI BANDUNG 'CITARASA RINDUAN' YANG OHSEMM!.

rsz_mi_bandung_cr

Malam semua, err..macam tak de entri pulak untuk malam ni, tapi takpe, kita berkongsi rasa...eh macam mana nak kongsi rasa, kalau berkongsi cuci mata tu boleh lah kan. Mi bandung yang rasanya femes di Johor terutama belah2 Muar atau Muo. Cerita sikit pasal Muar yang sekarang telah dinaik taraf menjadi bandar di raja sempena sambutan ulang tahun Baginda Sultan Johor, tempoh hari. Mengikut sejarah, Hang Tuan culik Tun Teja yang cun melecun dari Pahang ke Melaka, melalui sungai Muar. Satu lagi anda perasan tak Daerah Muar dan Batu Pahat ini agak istimewa, contohnya dalam filem Ibu Mertua Ku lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai Kassim Selamat atau Osman Jailani (OJ) setelah dia buta. Masa OJ buat konsert round Malaya, selepas Melaka, dia tak terus ke Johor Baharu, tapi singgah di Muar dan Batu Pahat...kan nampak keistimewaannya...Eh ni nak cerita pasal mi bandung ke sejarah Muar?...errrr...all in one lah kan,  senang cerita, semua guaaa kasi gaul sekali..boleh macam tu?...

rsz_mi_bandung_cr1
Al kesahnya mi bandung yang anda nampak ni bukan mat buat, tapi Ayu Citarasa Rinduan yang buat. Ceritanya begini, Sabtu lepas kan ada gather2 blogger di pondok Che Mat. Maka Ayu bawak mi bandung dan asam pedas, dan baki kuah mi bandung tu mat bekukan dalam freezer, jadi tadi ku buat lah mi bandung (konon macam che mat buat lah, walhal idok punn), alaaa cuma celur mi, lepas tu panaskan kuah dalam microwave dan curah atas mi, hias serba sedikit dengan bawang goreng, hirisan daun sup, cili hijau dan belahan limau kasturi, dah boleh santap. Tapi, tahu kah anda Ayu citarasa rinduan juga ada menjual pes mi bandung, dan rasa dia, hmmm ohsem you, mat pernah guna pes mi bandung Ayu dalam entri ini. Jadi kalau ada yang teringin dan nak cuba dan nak membeli, boleh contact Ayu melalui no hp beliau 017-7914181 (Ayu Citarasa Rinduan). Ia bukan saja sedap, tapi memudahkan... Ok tu saja entri malam ni, esok kita sambung entri masak2 pulak.. Assalammualaikum...daaaa!!..

15 comments:

gadisBunga™ said...

mmg ohsem mee bandung kak ayu. saya dah makan berkali-kali!

citarasa rinduan said...

Assalamualaikum CMG

terharunya Ayu...
terima kasih ssgt ya cik Mat.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul-betul ohsem, yang dah pernah makan jer tahu keohsemannya....

akuanakpahang said...

Terbaik bila kita nak try... kalau dekat boleh juga mencuba :)
http://akuanakpahang.blogspot.com/

Rozuan Ismail said...

antara resepi yang tak boleh miss. kena try

Miz Elle said...

Masyallah.. lapar pulak rasanya dah nak dekat tgh malam ni! Mekacih share resepi!

faa.rosli said...

berbunyi teros perot bila tgk ni...hurmm

Isteri Encek Bard said...

lepas hajat IEB dulu masa ngandung nak makan mee bandung kak ayu, dan lepas gak hajat nak jumpa kakak manis ni.. memang osemmmm sangat mee bandung dia.. sedap tak hengat...

P.A. said...

adusss mmg best nmpk Mi Bandung nieee...slurppp

Salmi Khairil said...

terima kasih cik Mat sudi baca dan tinggal komen kat blog kita..huhu terharu rasa nak lompat2

sedap pulak tengok mee tu..walaupun dah kenyang boleh jadi lapor lagi... ;), suka bunga pinggan tu, klasik..kat umah ada sebiji jer pinggan makan bunga nie..

Don't Afraid to Try said...

lama tak makan mee bandung muo..teringinnya...

krole said...

pergh!!! nampak sdap tol la mee bandung tu~mat...mnta skit~

*SiRibenMerah said...

seb baik saya simpan ruang perut utk mkn mee bandung neh aritu.. kalo tak terkenang dlm mimpi le jawabnya...

Oh Oeya said...

Yesss!! Sangat ohsemmm!! Oeya pun masih teringat kesedapannya :))

Anggerik cahaya said...

GB kalau g makan situ nak join skali ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.