BEN ASHAARI

Wednesday, December 19, 2012

IKAN GERANG ASSAM 'FLORENCE TAN' OLEH 'MYCHEF'

rsz_gerang_assam3

Assalammualaikum, ok ini produk terakhir dari MyChef yang akan mat review. Keluaran baru MyChef nanti2 bila mat dah ada stok, baru mat review. Kali ini mat entrikan satu lagi masakan orang2 peranakan yang sungguh klasik. Kalau lihat nama dia, nampak macam biasa2 je kan. Ikan gerang assam ini kurang lebih macam asam pedas tapi berbeza sedikit. Satu yang mat perhatikan, produk MyChef ini amat praktikal selain cara pembungkusannya menarik, kemas dan bersih. Ia sesuai juga dibawa sebagai buah tangan untuk kenalan2 jika anda bertandang ke rumah mereka. Sebenarnya apa yang pihak MyChef buat. harus dipuji, selain berniaga produk makanan sedia hidang dingin beku, secara tak langsung mereka memperkenalkan makanan warisan orang2 kita. Contohnya macam masakan orang peranakan Baba Nyonya, berapa kerat sangat lah generasi muda yang tau. Jadi dengan adanya produk2 macam ni, sekurang2nya mereka nampak, bau dan rasa. Bukan hanya dengar nama dan melihat gambar semata2...

rsz_gerang_asam1

Mat sebenarnya cukup rasa bangga, terutama bila MyChef mengambil inisiatif memperkenalkan resipi2 orang Baba Nyonya dalam produk keluaran mereka. Ikan Gerang Assam, bila anda panaskan dalam microwave, bau dia saja cukup harum, dari segi rasa ia memang sesuai dengan nama, selain itu anda boleh kukus atau panaskan dalam kuali dengan api kecil. Asamnya terasa, bau haruman daun kesom dan bunga kantan sungguh memikat. Kuahnya rasa sedikit lemak sebab menggunakan buah keras. Ikan pulak dari jenis tenggiri batang dan sudah semestinya ikan segar. Rasa isi ikan sedap dan terpelihara. Produk ini dalam kategori yang sehat, jadi garamnya agak kurang, yang tu anda boleh tambah jika suka. Selain sedap dimakan bersama nasi panas, boleh juga dicicah roti atau pun lempeng. Kalau anda nak komen apa2 pasal produk MyChef  dan ingin mengetahui rangka promosi mereka, boleh ke PAGE mereka di sini dan klik LIKE....Untuk mengenali produk MyChef dengan lebih terperinci, anda boleh singgah di laman web rasmi mereka di sini.. Cuba dan nikmatinya dengan rasa yakin tanpa ragu2...Makanan pengerat kasih sayang...

6 comments:

Yuyu Zulaikha said...

sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D nak try la!

Yuyu Zulaikha said...

suka ikan. tapi macam takde resepi je T_T

Mat Gebu said...

@ yuyu zulaikha - yang ni sesuai dengan yuyu, kot2 lah ter tak berapa nak rajin masak atau bahasa murninya "malas", just beli dan panaskan dalam microware atau boleh dikukus atau dipanaskan dalam kuali...Produk ni dah siap masak dan dibekukan.

leenz85 said...

even org melaka..tp xpernah rasa gerang asam..mesti sedap kn!

follow me..

herdiaryoflife.blogspot.com

Delima Zamrud said...

Ikan gerang assam nie mmg sedap CMG D5 dah cuba, cukup semua rasa mmg sgt2 berbaloi ngan harga nyer :D

presa1200 said...

hmmmm asam pedas melaka paling best, mmg btol2 pedas, kaw2 n berempah. buh nenas pn sedap gak...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.