BEN ASHAARI

Sunday, December 9, 2012

FETTUCCINE WITH SMOKED OYSTERS..

rsz_fettucine_wif_smoked_oyster

Pernah makan smoked oysters atau tiram salai?. Mat pun baru pertama kali makan, kalau yang fresh tu pernah lah juga. Tempoh hari di Tesco Kulai, mat nampak ada jual tiram salai dalam tin. Mat rembat lah satu, saja nak rasa. Terfikir juga nak buat apa lah dengan tiram salai tu, hmm apa kata kita masak dengan spaghetti. Ini percubaan pertama dan rasa dia memang ok sangat, tapi pada yang tak biasa mungkin ada sedikit keanehan, tiram tu ada rasa2 asap, yelah nama pun smoked oysters tak gitu. Dalam satu tin tu ada banyak juga isinya. Kira ini resipi R n D. Mat tak boleh nak kata sedap, cuma pada mat sedap lah sebab aku yang masak. Mungkin orang lain tak berapa suka. Maklumlah ada yang tak biasa dan tekak mereka lebih terikat dengan masakan gaya tradisonal. Itu hak masing2 samada nak mencuba atau tidak. Resipi ini untuk hidangan 2 orang...Rasanya nanti resipi dengan gambar ini ada lah kat blog Resipi Dapur, maklumlah pemilik blog tu jenis muka tatau malu. suka rembat hak orang..

rsz_smoked_oysters
Ok, ni contoh smoked oysters yang mat guna, kalau takde, boleh ganti dengan udang, sotong atau ayam (yang segar), tapi nama kasi tukar lah. Tu saja untuk kali ini...kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta fettuccine, rebus hingga lembut, toskan
2 biji tomato merah, cincang halus
2 camca besar sos tomato
1 camca teh chili flakes
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu kecil
1 tin 'smoked oysters' (seperti dalam gambar) ditoskan
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar jeruk capers, cincang halus (contoh di sini)
1 ekor 'anchovy" dalam botol, cincang halus (contoh di sini)
1/2 camca besar jus lemon
Sedikit air
Sedikit lada hitam yang baru dikisar
Garam (jika perlu) dan sedikit gula
Hirisan daun kucai untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih,   chili flakes, jeruk capers dan juga jeruk 'anchovy' tadi hingga harum, masukkan tomato cincang dan masak sekejap. Tambah tomato sos dan kacau rata, biar hingga terbit minyak. Masak guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tambah traffic light capsicum dan sedikit air. Kacau, bila mendidih, masukkan smoked oyster tadi, gaul perlahan2. Tambah garam (jika perlu), sedikit gula dan juga lada hitam. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letakkan secukupnya paste fettuccine dalam pinggan sesuai. Tuangkan sos atasnya dan tabur dengan hirisan daun kucai. Boleh hidangkan...

10 comments:

Yuyu Zulaikha said...

nak tryyyyyyyyyyyyyyyy! yaiyyy! pok cik mat! buat la resepi chicken chop dengan sos dia tu!

Mat Gebu said...

@ yuyu - Insya Allah...esok pcm curi ayam jiran...ok...hahaha

Ana said...

CMG-sy teringin nk buat spaghetti ngan sos carbonara, tp x reti la (takut x jadi sebenarnya...huhu). Apa kata CMG buat dulu, then saya follow jer resepi tu...boleh kan..kan.

fatin amalina husna said...

huyoo..sedapnyaaa..
tp husna x pernah mkn tiram..sedap ka??

yayahnasake said...

sedapnya ..... terliur ku

wawalofa said...

Wah cmg laser kan pemilik blog pencuri tu,ha hambek kau ...hahaha,

Rozuan Ismail said...

kena try fettucine plak. biasa asyik makan spaghetti je

THE LEKAT LEKIT STORY said...

i like spaghetti.. dengan sambal ikan bilis pun boleh hadap speghatti.. hahahahaha. kena try ni. Apa kata cik mat kat setiap gambar tu mention resepi dapur kalau tak malu amik ler.. hahaha

Kakzakie said...

Che Mat tahu tak. Anak-anak dara kakak sekarang kalau nak buat masakan dia masuk rumah CMG sebab tengok resepi.

Semalam kakak ziarah org sakit dia pun masak ikut resepi di sini.

fRaMe+LenSeS said...

Nmpk sdap pcm. Da mula mai da mood msk. Hijiji