2012 PENUH KENANGAN, 2013 DENGAN HARAPAN..

Assalammualaikum, selamat tahun baru Masehi 2013 buat semua, syukur alhamdulilah diberi usia untuk menempuh tahun baru. Masa bergerak pantas, 2012 yang berlalu penuh dengan kenangan manis dan pahit...errr...yang pahit tu biarlah menjadi rahsia mat dan anggap yang pahit  sebagai ujian Allah swt untuk memperbetulkan salah khilaf yang pernah mat lakukan....

2012 - Tahun 2012 merupakan sejarah bagi mat, kerana sepanjang 2012, mat menerima paling banyak kunjungan blogger ke pondok mat gebu. Kebanyakkan teman2 blog yang biasa dan ada juga mereka2 yang pertama kali datang. Terima kasih. Pada 2012 juga berita yang amat gembira bila jiran mat, Ben Ashaari mendapat cahayamata pertama beliau, seorang putera di sini. Tak lupa mat ucapkan terima kasih pada mereka2 yang memandang hormat pada blog DTS yang amat2 biasa ini. Selain media, pihak produk makanan sedia hidang dingin beku, MyChef turut memberi penghormatan pada mat dan blog DTS, dan tak lupa pada Kak Ida 1001 Resipi, terima kasih atas jasa2 akak... Pada pengunjung2 setia, followers, silent readers, teman2 FB, mat ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda..Doakan kesihatan Che Mat....Ok..

2013 - Harapan mat tahun ini agar semua dimurahkan rezeki, moga ikatan persahabatan antara blogger2 makin kukuh, elakkan rasa iri hati dan hasad dengki. Kita berada dalam satu ruang yang sama, tiada beza, darjat dunia hanya ciptaan manusia. Satu lagi mat berharap sangat tahun 2013 ini, tiada lagi kes2 plagiat hasil blogger. Akhir kata mat ucapkan selamat tahun baru pada semua sahabat2ku. Moga anda semua diberkati Allah swt, dirahmati dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2013.....aminnnn...

Post a Comment

14 Comments

  1. amin :)

    yayah harap suatu hari nanti berkesempatanlah yayah nak mengunjungi mat gebu di johor nanti. saya pun orang johor juga tetapi duduk di batu pahat :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Mat. Selamat Tahun Baru dari Along. Semuga tahun baru ini akan memberi kejayaan yg lebih lagi buat Mat & DTS. Keep it up the great work!

    ReplyDelete
  3. tahniah cik mat..semoga tahun 2013 lebih kejayaan dicipta

    ReplyDelete
  4. Tahniah cik Mat....Selamat Tahun Baru 2013.

    ReplyDelete
  5. moga tahun 2013 nanti lagi banyak resepi2 lazat n menarik yang akan diupload dalam DTS.. hehe. ;D

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak tgok juadah di pagi new year cmg!hehe ..

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru 2013 untuk PCM

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru 2013 Bro Mat. Moga tahun 2013 dimurahkan rezeki dan dapat banyak lagi berkongsi resepi yang best2! =D

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut tahun baru 2013 Mat...dari kejauhan kkida juga ingin ucapkan terima kasih pada Mat kerana DTS juga banyak membantu blog 1001resepi dari segi trafik dan sebagainye...salam sayang dari kkida buat mat sekeluarga...salam buat semua...:)

    ReplyDelete
  10. Selamat Tahun Baru Mat Gebu..Semoga Blog Ini akan terus menyajikan masakan-masakan yang kreatif dan umphhh di tahun baru ini...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum che mat.. selamat tahun baru..selama ni sy hanya jadi silent reader blog che mat je hehe..baru sekarang nak post komen sikit..harap di approve la ye..sy banyak belajar memasak mskn kampung kat blog che mat..terima ats perkongsian anda..all the best utk tahun 2013..

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru 2013
    tinggalkan jejak

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.