BEN ASHAARI

Sunday, November 25, 2012

URAP PEGAGA IKAN KEMBONG..

rsz_urap_pegaga
Salam Ahad, assalammualaikum, anda dah makan?. Hari ni mat masak yang....errr, kalau mat kata mudah, tapi ada yang kata tak berapa nak mudah.huhu. Resipi urap pegaga dah biasa juga mat buat dan letak diblog. Pegaga sejenis tumbuhan herba yang banyak khasiatnya, terutama untuk awet muda..Amboi laju jee akak tu baca, bila dengar awet muda. Tapi memang itu lah kebenarannya. Kebiasaan orang2 kita selain dibuat ulam, jus dan masak lemak dengan keledek, pegaga juga sedap dibuat urap. Ada orang tanya, urap dengan kerabu tu tak sama ke? Pada mat mereka bersaudara, kalau kita lihat urap mengandungi kelapa parut putih mentah yang digaul dengan bahan2 rencah. Kalau kerabu ada yang tidak menggunakan kelapa, dan ada yang menggunakan kelapa tapi kelapa digoreng dan ditumbuk halus. Apa2 sekali pun ia tetap hidangan tradisi yang biasa dihidangkan dirumah2 orang melayu dan peranakan. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pegaga, dibersihkan, cuci, tos dan potong kecil
2 ekor ikan kembong, dibakar dan ambil isinya, leraikan
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci ubi cekur
1 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul kelapa parut putih, pes asam jawa dan bahan2 tumbuk halus hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan pegaga yang telah dipotong, gaul hingga mesra.
  2. Panaskan kuali, masukkan no.1 tadi dan sangai sekejap (digoreng tanpa minyak). Tambah isi ikan kembong dan gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

10 comments:

Cik Sara said...

Macam kerabu jugalah ye cik mat? (hehehe..degil juga nak kata kerabu)
Dishes yg guna daun ulam-ulaman ni memang favourite abislah..sedap! Dan menyihatkan..ngee

Mat Gebu said...

@ cik sara - boleh dikatakan macam tu juga lah..alaa tak kesah, akhirnya kita juga yang makan ...hehe

AyaZuki Is Cullen said...

sedapnyaa..tambah2 tengah lapar ni.huu

krole said...

owhhh kre sme jgk r mat~em..dapnye~

adda syuhada said...

sedapnya..tgk gmbr pun bikin lapar jer..kalau dpt ratah urap ni mesti best..

akuanakpahang said...

Urab dan kerabu mmg berbeaza kan... dua-dua pun best :)http://akuanakpahang.blogspot.com/

AFIFA said...

lamanya tak mkn mskan cam ni...best nya kalau mat hantar kt hostel..he2..asyik mkn megi je.urrrmmm

mommynana said...

Bagus utk diet. Awet muda mmg terbeliak nak baca. Haha! :D

MamaFaMi said...

Mama suka makan pegaga gitu je, tak de campur yang lain. Ulam pure! Pergh, leh awet muda eh Mat? Agak kalau makan ulam gitu je, mesti sweet 17 selalulah kan... ahahahaha...

Zaleha Mohd Ibrahim said...

Cmg ni mmg la!..ari tu otw balik jb singgah kilang claytan nampak satu mangkuk oval..terberkenan .dlm hati beli ke tak. ..tp tak beli...tapi bila tgk mat pun ada dan post gambar guna mangkuk tu..minggu lepas singgah balik beli juga...hmmmm