BEN ASHAARI

Wednesday, November 28, 2012

TERUNG SAMBAL vs TERUNG KICAP..

rsz_terung_berlado
Entri kali ini mat akan sekalikan 2 resipi terung. Jiran mat bagi terung2 ni, ada 2 jenis, satu jenis terung biru yang panjang tu. Satu lagi jenis terung kari. Terfikir juga nak masak apa dengan terung2 ni. Mula2 mat nak sekali jalankan saja dua jenis terung tu, tapi macam banyak sangat pulak. Nak dimasak kari, rasa macam tak boleh jalan kat tekak. Takpe kita jadikan dia satu menu yang boleh jalan. Maka dengan itu terung kari mat jadikan terung sambal. Ia resipi yang amat mudah, dan tak jauh beza dari yang pernah mat buat dulu. Kalau gantikan terung dengan bendi yan dicelur juga sesuai, atau kacang panjang....

rsz_terung_kicap
Terung biru pula mat masak kicap, ini pun amat2 senang dan cepat dibuat. Ada macam2 gaya masak kicap. Yang ni amat mudah, terung tu mat goreng dengan sedikit minyak zaitun, lepas tu, masak sos dia, dan tuang atas terung tadi, tabur ikan bilis goreng dan bahan2 hiasan. Sebelum digoreng, rendam sekejap terung tadi dalam air bergaram. Saiz terung ni agak besar, jadi mat guna sebiji jee, tu pun sudah banyak. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut. Gandingkan dengan ikan goreng dan sambal belacan...hmmm, nak cerita pun malas...Resipi seperti berikut..

TERUNG SAMBAL....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung kari saiz sederhana
2 biji limau kasturi, perah jusnya
5 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ikan bilis*
2 biji buah keras, hiris*(*ditumbuk hingga lumat)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun kucai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buang sedikit kulit terung, kerat dua setiap sebiji kemudian belah 4 setiap keratan, rendam dalam air bergaram selama 10 minit. Kemudian toskan dan lap kering dengan kitchen paper towel. Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga layu, angkat dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah jus limau kasturi dan terung. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat..

TERUNG KICAP....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru saiz besar (kalau kecil guna 2 biji)
1 camca besar ikan bilis jenis halus, dibersihkan dan goreng garing
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1/2 kiub pati ikan bilis*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar kicap manis
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dihiris sederhana tebal dan rendam dalam air bergaram selama 10 minit, kemudian toskan dan lap dengan kitchen paper towel. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), goreng terung tadi hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah sedikit sos ikan atau secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Susun terung tadi dalam bekas sesuai. Curah sosnya (no. 2) atas terung dan ratakan. Tabur ikan bilis goreng, hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu. Hidangkan segera bersama nasi hangat...

14 comments:

Ezlin faizura farid said...

Terima kasih krn Kasi tip nak sediakan terung biru tu...terbaik:D

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

grrr... mau balik & buat!

Hasmah MZ said...

Terung sambal tu saya dah selalu masak tapi terung masak kicap tak pernah lagi....nak kena cuba ni...thanks for the recipe ya Mat....

ogyep yummy mellow said...

ya lah cmg... terung kicp tu pun baru pada ogyep.. nak gi cari terung jugalah lepas ni..

mommynana said...

Dedua sedap!

Mummy Akmar said...

ini resepi terung balado ke..yang ala-ala lauk dari padang tu..kena pakai cili hidop..nak cuba lah

Mummy Akmar said...

tapi nak menumbuk cili pakai lesung tu yang jenuh..blend sure tak jadi hasil seperti ini!

pakai gilinglah gitu..hehehe

ibh_sue said...

Asslmkum Cik Mat
Dua2 resepi terung tu sedap..(^_^)

Ummi said...

Assalam Maaatttt, dua2 terung memikat laaa..ni kalau dpt kan, nasi kena bagi 2 pinggan taaauu...1 pinggan makan dgn terung berlada tu, satu pinggan lg makan dgn terung kicap tu....iiisshhh *lap air liur..*

kakchik@ella said...

KC lebih berminat dgn Terung sambal tu, cik mat

Cik P.A. said...

adusss mmg terbaikkk nie...terung nie mmg my fevret...lg2 terung hsl tanaman ibuku tersyggg :)

Afasz said...

dua dua nampak sedap

gadisBunga™ said...

tempting nye CM.... nak nak kalau peminat terung macam saya ni mmg abis saya makan! nasi tak bertambah la tapi...hihihi~

Siti Zalina said...

nampak sedap..mintak izin share yea:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.