BEN ASHAARI

Monday, November 19, 2012

SIPUT SEDUT MASAK ASAM..

rsz_siput_sedut_masak_asam
Assalammualaikum, mula2 mat malas nak update blog, rasa kecewa pun yea juga, sebab isu semalam tu, tapi fikir2 balik, nanti kesian pada mereka yang singgah ke DTS. Mat faham walaupun entri blog ini hanya biasa2 dan bukan bagus sangat, tapi setiap apa yang mat jadikan entri waima resipi ulang tayang sekali pun, ia tetap ada makna. Hmm, biar jelah, fikir banyak2 buat naik darah je. Selalu kalau siput sedut mesti mat buat gulai, tapi hari ni kita oter sikit buat masak asam pedas. Cuma kelainan di sini mat gantikan bunga kantan dan daun kesom dengan bunga kunyit dan daun kunyit. Namun begitu, terpulang pada anda, nak letak daun kesom atau bunga kantan. Ia tetap sedap. Jadi kalau teringin nak mencuba siput sedut masak asam, mat tuliskan resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram siput sedut
1 biji terung biru
2/3 camca besar pes asam jawa
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kunyit, belah 2 dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut, dicuci hingga bersih, kemudian kerat hujung siput tadi, kira 3 ruas dari atas. Buat hingga siap, cuci kembali dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 4 dan kerat 2 setaip belahan. Rendam.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Masukkan pes asam jawa, kacau rata, tambah siput dan kacau, masak sekejap. 
  3. Tuang air secukupnya (hingga siput tenggelam), biar mendidih. Masukkan daun kunyit, bunga kunyit (toskan) dan terung (toskan). Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


11 comments:

Faz lina said...

Sedapnya.. selalu berani masak lomak cili api je
teringat maharaja lawak mega..
tunjuk ajarku siput seduttt..

anasolehah said...

Salam Mat,

Samalah selera kita hari ini, cuma idoklah jumpa versi siput sedut.

Nak tanya sikit, Mat tak pakai lengkuas ye? Belacan kalau tak taruk menjejaskan rasa tak?

Nak belajar dari mereka yg rajin mencuba :)

Rozita said...

anasolehah..org johor mcm CMG memang x sah kalau tak letak belacan..tapi org johor mcm saya kata x letak pun tak pe..tetap sedap...Lauk ni buat saya rasa nak balik johor jam ni gak...alahai cik mat ooooiii...

Hasanah Muslim Shop said...

Rozita, meh meh balik.

Bukan apa ahli rumah yang lain byk yang alahan dgn belacan. Jd masterchef kena hati2

anasolehah

Gee® said...

Cik mat ni memang pakar bab menginovasikan resepi... saya sgt suke!

faa.rosli said...

perghgh...mesti sedap ni...kalo sedut,sedut ngan kuah2 skali

saya gemuk saya comel..^^ said...

sipotttttttttttttt...nyumm..sodapnyo la

Musliza Mohamad said...

Siput sedut lg..Mus suka siput bulat. Bukan siput gondang, tau!!! Tp, susah dah nak dpt siput tu. Yg panjang tak suka sikit sbb bila dah lama sikit dia berlendir gitu.

Mohd Lokman Bin Ramli said...

suka cari siput ini dalam parit tapi x pernah makan siput sedut ini.. ^_^

Scarlett O'Hara said...

Rasanya ni masakan org Johor kan En Mat?Sedap ni.. :D

Nurul Syafiqa said...

alah abg mat.. jgn la kecewa pasal puaka tu.. sye akan tiap hr singgah walau resepi abg mat kata biase tp pada sye bgus sgt bg sye yg br nk kenal dapur ni... teruskan update resepi ye.. biarkan la puaka jht tu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.