SELAMAT PENGANTIN BARU 'BROFRAMESTONE'..

rsz_bro4
Salam semua, hari ini kami menghadiri majlis persandingan blogger Otai, 'Broframestone' dan pasangan beliau (isteri sudahh). Nak kata kami sampai awal pun tak juga, cuma mat tak perasan mana2 blogger, ke memang dah ada. Takpe yang utama Bro dan wife dia sudah ku temui, maka urusan dianggap selesai. Berjanji juga dengan Sis Linn tapi itu kakak Bukit Indah sedikit lewat atas sebab2 peribody. Ben Ashaari sekeluarga dan Blogger retis Lyssa juga tak sempat mat jumpa, takde jodoh. Alhamdulillah majlis meriah, makanan pun sedap, rempeyek sedap, air sedap (tapi serius manis, semanis mempelai berdua..hehe). Cuaca pun alhamdulillah panas, walaupun langit nampak berat. Sampai mat balik tadi semua masih ok, harap2 memang tak hujan lah kan..

rsz_bro2rsz_bro3
Nak cerita sikit, kami kan salute lah pada Bro, maklumlah blogger lama, lepas tu dah biasa bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, petah berbicara juga. Maka sesi membayar tol tak perlu banyak soal jawab atau berpantun bagai. Semua itu pengantin lelaki sendiri kasi settle dan kasi cakap...perghh.. jiwa kental beb!, Itu lah hikmahnya kerap berulang alik Perak - KL - Johor.  Tiga tol "panas" selamat dilalui, Touch n Go lagi... Mat sempat ambik beberapa gambar saja,  cuaca panas dan orang ramai, sebelum che mat banjir kilat, elok aku beransur pulang dulu....apa2 pun terima kasih  pada Bro dan Isteri atas undangan, meh sini Che Mat kasi pantun sikit.....

TERBANG BURUNG DI KALA SENJA,
PULANG KE SARANG DI POHON TUA,
IBARAT MANISAN DALAM SEROJA,
BEGITULAH DOA UNTUK MU BERDUA..

BAYU BERTIUP PENUH MISTERI,
ADA RAHSIA TAK PERLU SANGSI,
AGAR JODOH MU SENTIASA BERSERI,
SIMPULAN KASIH HINGGA FIRDAUSI

Post a Comment

11 Comments

  1. Assalamualaikum cik mat....yer la kami semua tadi ada dok cari2 tapi die org ckp cik mat dah balik awal...mmg x ada jodoh kan...;)

    ReplyDelete
  2. @ maszull - huhu, tu lah, sebab cm datang awal juga.

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru kepada 'Broframestone'..amboi2 pandai cmg berpantun..kelass gitu ;-)

    ReplyDelete
  4. semoga kekal hingga akhir hayat..
    wahhhh. cmg pi eik.
    pehhh..
    ayu ada mslh dgn pkerja di CR. so.m ayulah tokey, ayu tukang cuci, tukang siang ayam,ikan dan segala tok nenek cuci..


    sedih kan xpi..
    namun sentiasa mdoakan majlis bjalan dgn lancar...amin

    ReplyDelete
  5. Tahniahhh broframestone:)
    Slmt pengantin baru yer...smg berbahagia ke akhir hayat hendakNYA ~

    ReplyDelete
  6. alohai .. kenapa lah balik awal sgt . tak dpt nak jumpe .. sobsob ..

    ReplyDelete
  7. Thank mat sebab sudi dtg.. nak pic bro masa berarak leh.. emailkan kepada bro.

    Terkejut nampak mat dtg... (walau[un dh tahu awal2) nie terkejut tgk mat berpeluh2...

    ReplyDelete
  8. dkna sempat tengok cimat...siap suwiiitt2 pengantin nak amek gambar kan kan kan :p

    ReplyDelete
  9. che mat sampai awal sangat.. tak dapat kami nak berkenalan..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.