BEN ASHAARI

Tuesday, November 6, 2012

SARDINE GORENG TOMYAM PEDAS.

rsz_sardin_goreng_tomyam
I love sardine...huhu, tu je lah boleh kata. Nak buat sardine sendiri tak berapa nak rajin, jadi ku bedal sardine cap ayam sudah lah...Lagi pun mat gebu blogger cap ayam jeee. Tak nak goreng sardine togel, jadi mat goreng dengan sedikit pes tomyam. Cuma kuah sardine tu mat tak ambik banyak, cuma dalam 2 camca besar saja. Sardine satu benda penyelamat kalau kita berada dalam keadaan darurat. Boleh dipelbagaikan gaya masakkannya. Campur jelah apa2 sayur yang anda suka, macam mat, mat letak cendawan butang dan tomato ceri. Selalunya masakan macam ni perlu ada rasa masam2 dan pedas sedikit. Boleh guna jus limau nipis atau limau kasturi, jika tak nak boleh ganti  dengan sekeping asam gelugor....resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sedang sardine Cap Ayam, asingkan isi dan sosnya
1 batang serai, dititik
1 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, diketuk
5 biji cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 kuntum bunga kantan, belah 2
7 - 8 biji ceri tomato
8 biji cili padi merah thai, diketuk
1/2 camca besar pes tomyam
1 camca besar sos tiram
Sedikit gula
Sedikit sos ikan, jika perlu
2 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga harum. Masukkan sos tiram dan pes tomyam. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah daun limau purut dan 2-3 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau rata.
  2. Masukkan sedikit gula dan cendawan butang, masak sekejap. Tambah ikan sardine. Kacau rata masak hingga pekat. Akhir sekali tuang jus limau kasturi dan tomato, jika perlu masukkan sedikit sos ikan. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2 bersama nasi putih.

8 comments:

Bicara Kak Noor said...

sedap sardin dimasak macam ni,akak pun lama gak tk makan sardin boleh try ni masam2 mmg mengancam ni

Ena said...

Ni menu sardin yg sy selalu buat.. rasanya lebih sedap masak tom yam kan.. huby pun suka.. kalo tak dier kureng sikit nak makan sardin

Ayu said...

Assalam chemat, sardine
so far akak belum pernah masak tom yam macam ni..selalu masak sambal, kicap and asam pedas aje..boleh dicuba next time ni..

adda syuhada said...

alahaiii sedapnya sardin...tgk kuah dia pekat tuh bikin kecur jer...teringin nk gaul ngn nasi panas2..

Cik PensiL said...

tak pernah makan lagi . nak cuba try lah .

daun limau tu boleh dinganti dengan bahan lain tak ?

maksudnya , selain daun limau apa lagi yang boleh digunakan ?

mama ju, said...

Salam sejahtera

Sedapnya resepi dia...
makan malam tadi, anak2 masak nasi goreng dgn sardin!

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Azrey Rozie Eiman said...

menarik ni che mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.