BEN ASHAARI

Sunday, November 18, 2012

SAMBAL IKAN CEKIK LEHER...

rsz_sambal_ikan
Sambal ikan cekik leher?...errr ikan apa tu che mat?.. Sebenarnya ikan cekik leher tu nama lain bagi ikan selar kuning. Saiznya agak kecil, dan ada juga yang sedikit besar selebar  2 jari orang dewasa yang berjari gebu (jari che mat), kalau jari keding mungkin 2 1/2 - 3 jari macam tu. Atas permintaan Bak, mat masak sambal tumis. Ikan ini walaupun kecik, tapi sedap. Satu lagi kenapa orang panggil ikan cekik leher, adakah dia spesis, ikan cekik darah?...Sebenarnya, gaya menyiang ikan ini turut memberi nama unik. Cuma perlu ditekan pisau pada bahagian leher ikan tadi dan tarik, maka insang dan segala isi perutnya akan terikut sekali. Dari peristiwa itu, dapatlah nama ikan cekik leher, dan dijual oleh peniaga yang cekik darah...errr...kadang2 lahh, tapi selalunya orang yang jual ikan ni tak lah berkira sangat, lebih kurang saja. Sambal ikan ini, anda boleh ganti dengan ikan kembong, ikan cencaru, ikan bawal atau apa2 ikan yang anda suka, tak perlu risau sebab diakhirnya waktu, yang santap pun anda dan keluarga..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor ikan selar kuning @ ikan cekik leher, disiang dan cuci bersih*
1/2 camca teh garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan dan gaul rata)
1 bawang besar, hiris kasar
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan selar kuning digoreng hingga garing, angkat dan tos, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau rata dan masukkan air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah ikan goreng dan bawang besar. Gaul rata dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

3 comments:

lemongrass said...

Salam Cik Mat,
ikan selar kuning yang kecik2 tu memang fofular kat Perth ni especially amongst orang melayu. Setiap kali ada makan2 and ada orang hidang nasi lemak, memang ada ikan ni di goreng garing. Sedap betul meratahnya :-)

Kak Noor said...

Salam Che Mat, selalunya dapat beli fresh ikan selar ini di pasar basah atau pasar raya. Lebih murah harganya jika dibandingkan dengan ikan kembung.

rosmawati abdullah said...

Salam Che Mat..
ikan selar kuning memang favorite org kelate...ikan ni susah nak dpat di Kl..memang betul cara siang ikan ni tarik je satu kali semua settle....