BEN ASHAARI

Monday, November 12, 2012

RENDANG PUCUK UBI...

rsz_rendang_pucuk_ubi
Malam semua, kencang sehh che mat, ni hari tiga entri...perghh berlagak lah kekononnya (geli jeeekk!!), tak lah, setakat resipi2 macam ni, sapa pun boleh. Kalau yang rumit dan ambik masa mo bikin, mat pun tak boleh nak update banyak kali, tak larat. Pernah makan rendang pucuk ubi?. Mat pun pestime buat dan rasa. Nak kata rendang tapi seakan2 serunding pun yea. Rasa dia sedap dan unik.Wangi dan terasa taik minyak yang terhasil dari santan yang mewah. Resipi mat ambik dari blog Kak Anymz kat sini, sebelum tu mat nampak juga Yani buat, wahh makin teruja. Kebetulan siang tadi mat masak gulai pucuk ubi dengan kerang, jadi mat kidnap sikit pucuk ubi tu dalam secekak lebih dan ku buat rendang. Sedap makan dengan nasi panas.....resipi seperti berikut, jadi kalau anda nak buat, pepandailah yea oter mana yang patut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cekak pucuk ubi
1 liter santan pekat*
5 biji bawang merah, hiris*
2 batang serai, dititik*
1 genggam penuh ikan bilis, rendam sekejap dan toskan*
1 senduk cili padi yang telah dikisar (mat guna 40 gram cili padi kampung)*
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan kerat kasar. Ketepikan. Dalam kuali, satukan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dan masak dengan api kecil hingga terbit minyak. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
  2. Tambah pucuk ubi, kacau dan masak hingga kering dan pucuk ubi garing. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....sedapppp!!

6 comments:

akuanakpahang said...

Salam CMG, baru aje dengor rendang pucuk ubi... biasa rendang ayam daging aje :)

saya gemuk saya comel..^^ said...

waaa..pestime dengor..hehe..tp nampak sgt sedap! kretip sungguh

Miamore said...

Ai... Che mat mentang2 esok raya.... Trus buat rendang ye.... Hehehe

Azrey Rozie Eiman said...

Ini betul2 dugaan! Naakkkk!

Unknown said...

As salam.
Kalau kawan-kawan ingin rasa Rendang Pucuk Ubi boleh beli secara online di www.maklongtimah.com.my atau Facebook Mak Long Timah dengan harga berpatutan.. Minimum 5pek ..penghantaran percuma

bro roSs said...
This comment has been removed by the author.