BEN ASHAARI

Wednesday, November 21, 2012

PUCUK PAKU MERAH....YANG "ANGKER"..

rsz_pucuk_paku
Salam Rabu semua, anda dah santap?..Menu apa ni hari...Che Mat masak yang mudah2 dan paling utama bahan2 mentah yang tak perlukan modal. Pucuk paku merah, anda pernah dengar dan pernah rasa?. Pucuk paku merah kebiasaannya tumbuh banya di kawasan2 tanah gambut. Tu hari kami ke Kampung Kayu Ara Pasong, Pontian. Dalam perjalanan sempat juga berhenti dan kutip pucuk paku yang tumbuh melata di kiri kanan jalan. Ianya sedap dimasak air atau tumis macam mat buat kat atas tu. Rasanya sedap dan unik. Masak lemak pun boleh. Err...mesti ada yang tertanya, pesal ada perkataan 'angker' tu, apa maksudnya. Angker tu perkataan Indonesia yang bermaksud berpuaka atau 'keras'. Yelah paku kan keras tapi idok leer berpuaka, jadi pucuk paku tu 'angker' lah kan. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, disiang, cuci dan toskan
1 camca teh sos tiram
1 biji bawang besar, hiris*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
10 biji cili padi kampung hijau*
1 biji cili merah*(*ditumbuk lumat)
1 camca teh sos ikan
Sedikit garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan masak sekejap. Masukkan sos ikan dan air, kacau rata dan biar mendidih,
  2. Masukkan pucuk paku, gaul rata dan masak sekejap, guna api besar. Jangan masak lama sangat, kasi balik2kan hingga nampak pucuk paku layu sedikit sudah memadai. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Matikan api, hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng..

17 comments:

retna yusof said...

nyumm nyumm..
ako suka pucuk paku masak r3endang!!!

Perghhh. ... psstt ko x nak cuba buat ke mat? :p

ibh_sue said...

memang sedap...Ni masakan paling simple kalau kat kampung..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnye cmg.
mesti best siap letak sos ikan dan sos tiram.huuuu terliur

krole said...

huhuhu suspennya bro mat ni...igtkn ape yg angker td~

aubout vita said...


Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil Aiicco Insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar 3% dikembalikan. jika anda berminat kenalan Ini (CEO) E-mail address: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc hanya dibenarkan pada pada usia 20 di atas.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Kami memberi pinjaman daripada 500,000 euro kepada 800,000 USD.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini pada .. SR GERAD Jude pinjaman Pelaburan plc: E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com.

hajar said...

amboi... sedapnyeee.... lama dah x makan...

HimAwaRi said...

sedap pucuk paku merah nie, dulu2 masa kecik slalu ikut arwah mak g cari pucuk paku nie.. tp skrg susah nk dpt dah...kami biasa grg sayur nie n mkn gan nasi panas mmg mabeles ^_^

aNa d'sKoDenG said...

oh tidakkkk
wiken br ni br cakap2 ngan adik ipar..lama x makan bubur lambuk
kami org pantai timur..buat bubur lambuk buh pucuk paku merah ni..
buh isi ikan..lada hitam. wallaaaa...sedapnyaaaa..

CMG telah membuat aku kecurrrr...
kadang pucuk paku ni kami msk bening..buh lada hitam + isi ikan..sedapppp...~!!!

JunAina said...

Masakan simple yang menggoda perut!

Buatbest said...

walaupun angker tapi....

belum cuba belum tau..

Like!

rubyhanie said...

kat labuan kita panggil lamiding. msk tumis dengan cili kisar & udang kering sangatlah sedap.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

org t'ganu panggil ni pucuk miding.. ada org panggil paku lemiding.. bahan penting nak buat bubur lambuk versi t'ganu ni mat... akak pun pernah berhenti tepi jalan kat jln kuantan --> segamat semata2 nak petik pucuk paku ni.. mmg byk di tepi2 jalan kan.. gerammmm jerr...

kalau masak tumis air campur dengan ubi keledek manyakk syedap la mat!

norhidana said...

lama tul tak mkn pucuk paku nih, dana suke yg msh kenteng2 lg tuh... sedap tul, kt kl nih pyh nk jmpa even kt psr tani... kalu balik ayer baloi je baru dpt mkn ngn nikmat...

Asmah Yusof said...

mmg lm sgt x mkn pucuk paku merah nie b.mat...selalunya byk kat tepi parit or paya...kecik2 dulu rajin crk...srh mak msk....huhhu

sya said...

Orang Klate pgl pucuk miding,sedap ni wat masak air.Makan lak ngan ikan goreng.sedap x terkata

Scarlett O'Hara said...

Lepas baca entry ni terus gi Pasar Khamis Tiram cari pucuk paku merah ni.Dah terliur dah.

lisa alias said...

sedapnya.. teringat terus kt kg.. kt kl nih mcm susah laa nk cari... klau blik kg.. sure petik sblm nk balik.. dgn semut2 api sekali ikut masuk kete.. hahaha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.