BEN ASHAARI

Thursday, November 22, 2012

NASI GORENG PUN OK...'ON' SAJA....

rsz_nasi_goreng_cikcakbor
Morning!! and assalammualaikum....ok tu je bahasa Inggeris yang aku tau...hehe. Pagi sangat entri che mat ni hari. Yelah semalam macam ke pukau ok, sebelum jam 10 malam, mat dah tergolek dog, terus lena takde dibuai apa2 mimpi, terus je sedar2 dah jam 5.30 pagi. Kebetulan semalam hujan, cuaca pun dingin....errrr, ke sebab aku bukak econ?..hmmm.. Tak kesah lah. Pagi ni sebab bonda berpuasa, mat kasi goreng nasi untuk sarapan, senang keje. Campak2, tabur dan gaul rata, kasi sesuai rasa, lepas tu siap dimasak. Makan panas, cuaca pulak mendung pagi ni, tu yang konon2 pasang lilin, tengah2 tangkap gambar, cuaca jadi terang balik pulak. Menu nasi goreng antara yang popular di Malaysia, dan rasanya antara yang kerap mat letak kat DTS. Resipi biasa2 saja....tak susah punya...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk (semalam punya), dileraikan
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
Sebesar ibu jari isi ikan masin tenggiri (kalau takde guna jelah apa2 ikan masin pun asal berdaging)
2 camca besar ikan bilis nasi (ikan bilis jenis halus), rendam sekejap dan toskan
1 camca besar sambal tumis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis nasi hingga garing, tolak ke tepi kuali dan asingkan sedikit untuk hiasan. Kemudian tumis hirisan bawan besar, bawang putih dan ikan masin tenggiri (potong kecil). Masak hingga bawang layu.
  2. Masukkan sambal tumis, mix vege dan gaul rata termasuk ikan bilis tadi, tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras dan hancurkan. Masuk nasi dan gaul rata, guna api sederhana besar.
  3. Rasa dan tambah sedikit sos ikan atau secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng yang diasingkan tadi, bersama hirisan daun sup. Hidangkan untuk sarapan atau bila2 sahaja..

8 comments:

mommynana said...

Salam. Selamat pagi CMG. Uih! Sedapnye. Baru kelmarin buat nasi goreng campak-campak je. Haha. Mmg simple je. Janji sarap. Tak sarapan xbestla rasa seharian tu. Lemau je. ;)

Saya Disini said...

selamat pagi..sedapnye nasi goreng

Diana said...

Simple tapi sedap sangat lah...
Tengok gambar pun dah terliur..
Adehhh...

Ieta Mat Sa'ad said...

BLOG ni yang pa...ling sy suka jengah sbb ba...nyak resepi yg berguna bila time dah takdak idea nk msk apa... tqvm CMG...teruskan memberi idea utk kami na... hehe....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam cm, wahh nasi goreng siap ada ikan masin lg.nyum3

akuanakpahang said...

Salam CMG, On aje mmg best nampak gayanya :)http://akuanakpahang.blogspot.com/

Cik P.A. said...

emmmm memang terbaikkk!!

Hasanah Muslim Shop said...

Salam CMG,

Nak tanya sikit, sos ikan brand apa yg sedap ye? Kalau kedai2 biasa macam tak ada.

Huhu...dah lama berkenan tp tak tahu. TK

-mrsmohd