BEN ASHAARI

Thursday, November 1, 2012

NASI GORENG KANAK-KANAK RIANG...LAGI!!..

rsz_nasi_goreng_kanak2_riang
Nasi goreng kanak2 riang lagi...Haha, saja lah tapi kan..kan. yang ni bukan kanak2 riang makan, Bak yang makan....errr ada yang tanya, CM..."Bak" tu siapa..Kalau kami di Johor, panggilan untuk ayah selalunya dipanggil "Bak"..ada juga juga gelaran ayah diganti dengan panggilan "Enche". Bak memang tak boleh makan pedas, waima kalau pedas sikit, dia terus rasa tak selesa. Jadi mat gorengkan nasi ala kanak2 riang punya. Errr...sebenarnya kan, ini mat masak siang tadi, tapi mat letak waktu malam, saja nak goda2 ..Perasan udang tu, nampak bess je digandingkan dengan nasi goreng.Kalau anda yang nak makan dan suka pedas, boleh tambah cili kisar atau cili padi yang dihiris halus....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dikareh (kalau dapat yang semalam punya)
6 tangkai kacang buncis, hiris kecil
1 biji bawang besar, hiris
2 biji bawang puith, hiris
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji telur, dipukul sedikit
Sedikit serbuk lada hitam
Kicap cair secukupnya
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
Minyak untuk menumis atau 1 camca besar marjerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak atau jika anda guna marjerin, cairkan marjerin dalam kuali, guna api kecil. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan juga udang kering tumbuk hingga harum dan bawang layu. Kacau rata.
  2. Masukkan kacang buncis dan serbuk lada hitam. Kacau lagi. Tambah nasi, gaul rata2 dan tolak nasi ke tepi kuali, masukkan telur dan bila telur sedikit mengeras, gaul bersama nasi dan kacau hingga rata.
  3. Tambah kicap cair secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan boleh disantap bersama udang goreng rangup. Kalau suka pedas tabur hirisan cili padi...

5 comments:

Citarasa Rinduan said...

bak mcm ayu suka nasi goreng mcm nie.
auwwwwww

Buatbest said...

gambar yang sangat menarik..mesti sedap tu..

Jen Jen Izaicun said...

menarik tertarik...

choclertkreatif said...

nmpak sdap,mesti sdap.resepi simple pun,kalu bak yg buat,nmpk eligent..ptg nak buat kuih apa?saya nak dok perap apam nasi..baru cuba.hrp jadi.

durra abd razak @ kocikin... said...

cantiknya set pinggan awak....suka!!!