BEN ASHAARI

Thursday, November 15, 2012

MAGGI KARI KERANG...ADA BERANN?..

rsz_megi_kari_kerang1

Kita makan maggi kari kerang pulak. Benda senang, guna bahan2 yang ada kat rumah saja. Modal pun tak besar, kerang tu kalau takde, anda boleh ganti dengan udang, daging, ayam, sotong atau fishcake juga sesuai, tapi nama ubahlah taruk yang sesuai. Tauhu pulak guna tauhu pok, sebab pada mat kalau kita masak mi kari, tauhu pok lebih sesuai, kerana ruang dalam tauhu yang berongga akan menyerap kuah kari tadi. Nampak lain ke maggi kari mat tu?..Sebenarnya mat letak sedikit santan, dalam 2 camca besar. Mat ambik sikit santan dari cendol yang mat bikin awal tadi. 

rsz_megi_kari_kerang2
Sebenarnyakan makanan segera juga kita boleh ubah suai jadikan ia lebih menarik. Cuma perlu sedikit kreativiti dan insya Allah, pasti menjadi. Cuma maggi kari kerang yang mat buat ni kurang satu bahan, taugeh, kalau ada taugeh lagi sedap. Enak dimakan panas2 dengan perahan limau kasturi. Kalau anda suka, boleh juga diletakkan sedikit tauhu kering atau fucuk (rendam dulu sampai lembut), tak perlu letak banyak. Amacam, boleh buat?. Kalau macam tu mat tulis serba ringkas resipi maggi kari kerang ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket Maggi perisa kari, asingkan rencahnya
1 camca besar sambal tumis
3 pelepah sawi, siang berasingan tangkai dan daunnya
1 genggam isi kerang
2 keping tauhu pok, potong 4 setiap 1
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 hirisan nipis halia, mayang halus
2 1/2 cawan air
2 camca besar pati santan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan kucai sebagai hiasan
Hirisan cili merah sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Limau kasturi, dibelah 2 sebagai hiasan
Telur rebus, belah 2 sebagai hiasan
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan (mat tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia, hingga harum dan layu. Masukkan sambal tumis dan perencah kari maggi. Kacau rata dan tuang air, kacau dan masukkan batang sawi. Masak hingga batang sawi lembut.
  2. Masukkan maggi dan masak sekejap. Tambah santan, daun sawi, isi kerang dan tauhu pok. Masak hingga mi maggi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur dengan hirisan kucai, cili merah, bawang goreng dan letak belahan limau kasturi serta telur rebus. Kalau guna taugeh, boleh taburkan taugeh. Hidangkan panas....


16 comments:

Zaihashim said...

Salam cik mat.., sedapnya nmpak megi kari ni.., tiba2 je terasa lapar... ^__^

faa.rosli said...

nak kne prepare bnyak bahan jugak ni..hihihi

cikpuanteddy said...

nak kena carik kerang gak neh...mcm mi kari yg real..hehehee

inahar ali said...

perghhhh..menjejes ayaqliuq akak wehh!! mmg terlebih braaaaannnn!!!

dayah ismail said...

singgah di sini
sedapnye,,terasa nak makn manggi
hehe

MamaFaMi said...

Tak boleh tak boleh tak boleh...
Sekarang belum boleh makan maggi lagi sebab Syahmi lom habis peksa SPM. Lepas peksa nanti bolehlah enjoy makan maggi shakali shakali...

Miz Elle said...

Bestnya Abg Mat.. tapi saya dalam proses nak kurangkan berat badan laa.. Abg Mat ada tak resepi yang guna mee kaca jepun tu.. apa nama saya lupa lah.. lebih kurang Sharitake gitu..kalorinya sangat rendah!! :-)

MéuzAngelo™ XXIII said...

kalau macam ni tak cukup sepinggan.. haha
[link blog saya kat sini]

Faz lina said...

yum yum dapnyer

gadisBunga™ said...

simple je tapi nampak sedap giler!

eray said...

perrghh meleleh air liur ku, sedapnya nampak..

http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/07/wanita-mengandung-menyusukan-bayi-yang.html

sis intan said...

apa2 yang en.mat masak wpun simple, mmg nampak sedap :D

Cik P.A. said...

slurpppp ...adoii xtau nk lunch apa hari ni...singgah tgk sini pulak nmpk sedapppnye la haaiiii

Hasanah Muslim Shop said...

hujan2 ini maggie mmg sodap!

Kak Noor said...

Slurpp.... sedapnya. Meletop!

mis fatin said...

perghh.. nampak sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.