BEN ASHAARI

Tuesday, November 6, 2012

MAAF 'D.T.S'...AKU TERLEPAS PANDANG...

Terlepas pandang sudah..walaupun 3 bulan lebih ianya berlalu, tapi mat tetap nak buat juga entri sebagai kenangan. Pada 29hb Julai 2012 lepas masuk lah tahun ke-6 mat berblog. Tak sangka boleh bertahan lama. Tadi kat FB komen dari sorang teman, dia kata kalau bela budak dah nak masuk sekolah. Hahah..betul gak kan...Kejap...nak tarik nafass dulu...hmmmmm.....aaaaaaaaaa...legaa..hehe. Tiba2 rasa sayang tengok blog sendiri. Tau tak, sebab berblog ni lah mind set mat gebu mengalami sedikit perubahan. Alhamdulillah, jika digunakan ia untuk kebaikkan, maka hasilnya benda2 yang baik juga akan diperolehi dan begitu juga sebaliknya.

Dalam entri ringkas ini mat dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua, pada followers. pada silent readers, majalah Jelita, MyChef, teman2 FB, teman2 blog samada blogger masakan, personal, hobi dan sebagainya. Atas sokongan anda pada DTS-MAT GEBU. Mat harap tak sikit banyak blog ini dapat membantu anda dalam memberi idea memasak untuk keluarga dan juga membantu mereka2 yang baru berjinak2 ke dapur. Pada sahabat ku, Ben Ashaari, terima kasih kerana banyak membantu.....

TUMBUH RIMBUN POHON BEMBAN,
TEMPAT BERMAIN PELBAGAI IKAN,
SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN,
INSYA ALLAH "KAU" TAKKU TINGGALKAN..

BUAH DELIMA DI DALAM PETI,
DIJAMPI SERAPAH MANTRA SAKTI,
BIARLAH "KAU" MENABUR BAKTI,
WALAUPUN KU SUDAH TIADA NANTI...

26 comments:

shidah said...

suke blog cik mat gebu... stay blogging.. ;-)

Shiela said...

saya sentiasa follow DTS.. mehlaa sesekali jenguk dapo burok saya tu.. :)

Nastyna said...

congratulations. And many thanks untuk idea2 kat dapur yg selalu saya jenguk ni.

mama ju, said...

Salam sejahtera sdr Mat

Kami memang sentiasa senang dgn dts! Hari tu ke Johor Preium Outlet, ternampak Sedenak! teringin jugak satu hari nanti ke rumah sdr!

Rozuan Ismail said...

tahniah!! 6 tahun tu masa yang lama che mat

Huszaini Haron said...

tahniah mat! moga terus maju berblog!

Citarasa Rinduan said...

chaiyokkkk

Citarasa Rinduan said...

chaiyokkkk

ibundo said...

tahniah mat...
dts antara blog yang ramai peminat.

syalinda johari said...

Tahniah En Mat, saya memang minat sangat dengan blog En mat, sumber untuk saya memasak...cayook2...

Leah said...

Tahniah Encik Mat,saya lah salah saorang peminat anda yang tiada jemunya melunsuri blog anda.Banyak risipi yang terdapat di blog anda yang saya manfaatkan dan mendapat idea apa yang akan dimasak buat keluarga tersayang terutama pada bulan Ramadhan.Sekali lagi tahnia buat anda semoga segala kebaikan anda hanya Allah yang membalasnya Aamiin 3X :))

razi said...

tahniah....teruskn usaha anda.

eyeyou said...

tumbuh rimbun pohon bemban
tempat bermain pelbagai ikan
selagi nyawa dikandung badan
dapur tanpa sempadan dalam ingatan

buah delima di dalam peti
ambil sebiji untuk dirasa
enam tahun menabur bakti
ucapan tahniah dari saya

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah mat... akak peminat setia mu sejak dari blog mu yg pertama dulu... masih tersimpan elok link blog pertama mat kat fotopages akak.. blog mat memang banyak membantu.. moga terus berkarya ye mat..

re: pasal sambal jering tu.. bau dah kurang & rasa pedar jering pun dah tak terasa.. yang pasti rasanya memang sedap! mat trylah sekali kalau terjumpa jering cambah atau jering semai tu ye.. heee... leh juga buat versi campur tempoyak.. dua2 pun feberet akak & anak2..

Salmi said...

Salaam Mat, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi masakan..banyak manafaat buat saya dan keluarga. Semoga Allah merahmati mat dan keluarga

Hanim said...

Tahniah CMG....teruskan lah selagi hayat dikandung badan hehehe sbb ramai yg meminati DTS ni dan menjadi sumber rujukan harian. Insyaallah semoga DTS terus memberi manfaat tuk semua....

i'mNOTmasterchef said...

Tahniah che mat! :)

Norhayati Mohd Ramli said...

Congratulations CMG. Yati selalu juga singgah & menjenguk resepi serta ieda yang sudi cmg kongsikan.Terima kasih semoga terus maju dan dapat menghasilkan idea yang menarik untuk dikongsi bersama.

Sue said...

tahniah.. blog CMG ni la selalu saya rujuk ttg masakan. buat ke tak itu tak kesahh janji saya dpt idea dr blog ni. heheheh.. bile nak masuk mastercheff celebrity??

JUJUE AHMAD said...

salam, tahniah buat DTS.. Jue doakn blog CMG terus berjaya krn byk bg manfaat kpd jue ttg masakan n resepi2 yg blh dbuat sbg rujukan.

ROZILA said...

Salam Mat,

Tahniah,selamat maju jaya dalam masakan.

Faz lina said...

Suke baca blog maat gebu. mat gebu populor tau. kalau sebut mat gebu kebykkan kwn2 yg suke tgk resepi kat blog mesi kenal mat gebu . =)

putribongsu said...

Tahniah abg mat!Happy for u. Blog ni sumber inspirasiku utk memasak.Resepi abg mat saya cuba mesti menjadi. Cuma rupa je xsama..hehehe..psni abg mat bykkan tips2 ye..resepi+tips. Tau! ^__^

Dyna DyeNaZ said...

Tahniah...CMG..suka sgt baca blog masak2 CMG...byk sgt info berguna...semoga maju jaya...

Kak Rose said...

Tahniah Mat, dari dulu dan selamanya DTS jadi sumber inspirasi... tempat blajar memasak!

Rozita said...

tahniah!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.