BEN ASHAARI

Monday, November 5, 2012

LEMPENG KELAPA CICAH SAMBAL TUMIS UDANG.

rsz_lempeng_kelapa
Balik2 resipi sama, kalau tak lempeng kelapa, lempeng pekak macam Sue Joshua buat kat sini, kalau tak pun pancake, paling canggih pun cekodok. Hmmmm, mengeluh gak, bila entri blog kerap benda2 yang sama tapi mat memang suka letak benda2 biasa sebagai entri. Yang mudah dan sedang2 saja. Bukan apa, sebagai penyeri dunia blog masak2. Maklumlah kita ni cuma orang2 biasa, jadi nak masak benda yang canggih manggih tu agak kurang arif. Bila kita memasak, yang paling utama ada orang nak makan. Secanggih mana resipi yang kita cipta atau dehaka, tak berguna kalau takde siapa nak rasa atau nak makan. Jadi kita masak lah ikut selera orang2 yang akan memakannya. Kadang2 anda nampak mat buat sesuatu yang agak baru (konon2 laaa...walhal orang lain berkurun buat dahh), ia cukup membimbangkan kalau takde sapa yang nak. Mat buat dalam kuantiti yang sikit sebenarnya, sebagai ujikaji. Malam ni entri lempeng kelapa dan sambal tumis udang...resipi seperti di bawah...

LEMPANG KELAPA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 3/4 cawan air (kalau nak pekat, guna 2 cawan air)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan diatas kecuali garam. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sekejap
  2. Panaskan kuali atau mat guna non-stick pan saiz 4 inci, dengan sedikit minyak. Tuang 1/2 senduk atau ikut kesesuaian kuali anda. Ratakan adunan hingga rata. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang. Kalau nak permukaan lempeng nampak garing, anda titikkan sedikit minyak sebelum diterbalikkan. Angkat.
  3. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Pastikan anda lenser sedikit minyak pada kuali sebelum anda letak adunan lempeng tadi. Hidangkan bersama sambal tumis udang, ikan bilis, kuah kari atau sos kegemaran anda...
SAMBAL TUMIS UDANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa (mat guna jenama Adabi)
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, kacau hingga sebati dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula atau secukup rasa. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama lepeng kelapa.

8 comments:

Choco Ani said...

Salam CMG tak kisah la menu ulangan ke apa ke .. asalkan dapat membantu bagi yang mencari.. tul tak ? haaa lempeng tu bak sikit haaa sambal udang jgn habis kan okeh ;)

Mat Gebu said...

@ choco Ani - betul2...terima kasih...errr ada lagi kat dapur, xceli buat utk bonda berbuka puasa..sambal udang pun ada lagi..

SuteraTerengganu Silk said...

makan lempeng kelapa time hujan2 camni best jugakkan cmg? thank u for sharing the recipe ;-)

adda syuhada said...

sedapnya CM..hujan2 nih sedap gk pekena cmnih..betul kan CM kalau buat pelik2 xde org makan membazir gk..mcm adda selalu wat separuh jer kalau wat apa2..sbb 2org jer kt umh..kalau lebih bru bwk g umh bbysitter ckit..

hainom OKje said...

OKje memang biasa buat ni Mat... senang, cepat, simple, kenyang dan sedap...

OKje lagi simple ...he....he...santan ngan tepung je!

Norzie hany said...

Teringat zaman kanak2 dulu,bonda selalu buat lempeng kelapa ni.

puteri rimba said...

betul cik mat,kang masak pelik2,org tak mo makan rugi jugak...alahaiiii cik mat buat saya terliur la lempeng tu time sejuk2 nih..heeheee

Engineers Love Cooking said...

Salam CMG, boleh juga tambah cheese untuk tambah kesedapan lagi. Boleh lihat kat blog saya di http://cooking-engineer.blogspot.com/2012/03/lempeng-kelapa-berkeju-cheesy-coconut.html