BEN ASHAARI

Thursday, November 15, 2012

LEMAK CILI PADI BETIK MENGKAL

rsz_lemak_cili_padi_betik
Assalammualaikum, salam tahun baru Hijrah untuk semua umat2 Islam. Anda bercuti hari ini?...Kalau Che Mat memang bercuti tapi 'bekerja', macam mana pulak tu...err, biasalah orang rumah, jadi kerja dalam rumah. Pernah makan betik dimasak lemak cili padi?. Mat pun pertama kali masak, dan agak memeranjatkan juga, sebab rasanya sedap dan mengancam. Selalunya mat masak bening dan sekali dulu pernah masak kari dengan kerang dan juga dengan ayam. Sebenarnya mat masak ni atas saranan seorang geng FB, dia komen kata suruh mat cuba pula betik dimasak lemak cili padi. Teruja juga dengar dan hasilnya diluar jangkaan..Sedap!. Untuk resipi ini mat masak kira gaya tradisi orang2 Negeri Sembilan, tidak menggunakan bawang, hanya cili padi dan kunyit hidup ditumbuk halus. Mat tambah juga kiub ikan bilis sebagai penambah perisa selain ikan bilis kering. Jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
800 ml santan cair
400 ml pati santan
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 genggam cili padi kampung (samada hijau atau merah)
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulitnya, cuci dan belah 6, buang biji dan hiris serong sederhana tebal untuk setiap bahagian betik tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan tumbuk lumat, ikan bilis (toskan) dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan betik empuk.
  2. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya, masukkan secubit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api sederhan dan dikacau selalu. Masak hingga betik empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


3 comments:

Mummy Akmar said...

Takpernah try masak lemak betik camni..

Nampak cam sedap..

Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For Plus Size Fashion

Kjee said...

weh bole cubalah CMG. Keliling umah bnyk pokok betik. Baru je plan nk masak lemak podeh pucuk betik!

MamaFaMi said...

Hish.. mana laaa nak cekau betik mengkal ni plak... udahlah tak berapa rajin nak ke kedai. Tak pe, buat sementara waktu... mama jamu mata dulu eh...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.