KENAPA AKU SUKA 'BATU PAHAT'....SEBAB DIA....

rsz_daun_selom

....bukan saja bess, tapi che mat suka pasar dia dan suasana rasa lain sangat. Nak cari ulam2 melayu semua senang, bawah satu bumbung, lepas tu anda akan rasa aura 1 Malaysia, baik peniaga cina, melayu dan india (err...yang india mat terlepas pandang pulak) semua berniaga secara harmoni, pelanggan pun sama, pelbagai bangsa dan ugama, orang cina dia pun cakap melayu..perghh ber'air'. Ulam atas tu nama dia daun selom, nampak segar sangat, sedap dimakan macam tu, dibuat urap atau dimakan bersama laksa asam...

rsz_lokio

Lokio pun ada, alah yang selalu mat masak tu, yang kat sini....Kalau masa belum masak macam ni lah rupanya. Harga agak tinggi dalam RM 12 sekilo, tapi kalau anda beli sekilo, alamatnya jira kiri kanan pun merasa lah, sebab banyak, kecuali kalau keluarga anda ramai penduduk nya, yang tu tak boleh nak kata apa lah kan. Hmm. mat suka lokio nih, manis, sedap digoreng sama cencalok (kat sini pun ada jual cencalok, budu, sebut je apa..mak dengan bapak je yang takde!!)...

rsz_tenggek_burung

Satu lagi yang mat rasa anda juga kurang tau, ulam atas ni nama dia daun tenggek burung, comel je rupa dia, rasa dia...err, tak pernah rasa, cuma tau je ini daun tenggek burung. Mak Usu mat yang duduk di Pontian suka makan pucuk tenggek burung sebagai ulam, cicah sambal air asam atau sambal belacan..

rsz_lotong

Ada juga lontong, kalau nak tau ini lah lontong ori, yang dimakan bersama masak lodeh. Lontong ialah beras yang diisi dalam kelongsong daun pisang berbentuk silinder, kemudian diikat atas dan bawah dan direbus untuk beberapa jam. Rasa dia sedap dan ia tahan agak lama. Cicah dengan serunding, rendang atau kari juga sedap....lepas tu ada lagi.

rsz_kudapan

Siapa yang suka cemilan2 atau jajan orang2 kita, kat sini pun ada. Macam2, ada kueh boulu, rempeyek, kueh karas, kek, dodol, wajik sebut jelah kuih tradisi orang2 Johor, semua ada sampai pening lah pala nak pilih yang mana. Harga berpatutan, tak mahal. Ishh rempeyek dalam gambar atas tu bikin kecur air liur guaaa siaa, tadi boleh lupa mo beli...dann yang paling mat suka...

rsz_ikan_comel
Kat sini ada gak jual ikan2 perhiasan. Oloooo comel2 lah, ikan2 tu semua, dulu mat penggemar ikan2 hiasan, dan antara nama2 komersial ikan perhiasan yang mat masih ingat, swordtail, molly fish, rainbow australian fish, tiger barb, rasbora, angle fish, gold fish, neon tetra fish dan banyak lagi. Sebab tulah mat suka Batu Pahat, ini je yang sempat mat ambik gambar, susah lah orang ramai shopping masa ni, yelah waktu pagi sekitar jam 10, nak ambik gambar lagi, nak belanja lagi, lepas tu tempat parking susah, kena parking jauh. Jenuh jalan, dengan beban belanja kat tangan, termasuk ikan, kerang, sayur dan macam2..sebiji macam troli bergerak sudah si mat gebu....Tu jelah entri hari ni...sampai jumpa, assalammualaikum.....

Post a Comment

13 Comments

  1. segor2 nye ulam dia...auuww..i miss tempeyek so much..hihi

    ReplyDelete
  2. nama pasar melayu tp mcm2 org ade kt situ hehehe ... meriah!~~~

    saya org batu pahat hehe

    ReplyDelete
  3. Saya orang batu pahat!!! Tenggek burung tu sedap, rase die kelat2 sikit.. Next time che mat try la rase.. Sedappp, lg2 klu mkn ngn asam pedas :)

    ReplyDelete
  4. Bagusnya artikel ni. Kalaulah diamalkan ulam-ulaman ini pasti sentiasa sihat .
    Saya orang Muar.Dulu selalu gak ke Batu Pahat.

    ReplyDelete
  5. wah seronok rupanya pasar batu pahat nampak segar2 semuanya.. ada seorang kawan yang duduk batu pahat katanya dia selalu beli ikan buntal yang ada dijual disana..

    ReplyDelete
  6. baru tahu kat Batu Pahat macam-macam ada....ada sambunga citer nie lagi tak...?

    ReplyDelete
  7. Ni macam suasana kat Pasar Melayu je. Betul ke Mat?

    ReplyDelete
  8. bangga org batu pahat bila membc blog akak ni..tak yah pi jauh2,satu tempat je mcm2 ada..

    ReplyDelete
  9. CMG, pasar batu pahat memamng macam tu.. meriah. mesti CMG pergi pasar kering kan..

    ReplyDelete
  10. Tak nak tanye ke kenapa bro pilih gadis Batu Pahat he...23x

    lalallalalala

    ReplyDelete
  11. weee,bangga tuh Batu Pahat saya ade dalam blog ni...tenggek burung,sedapppp sgt...makan dgn sambal belacan,makan x toleh2 punye..ehehe

    ReplyDelete
  12. sedapnya cik mat,daun selom tu kalau katbp senang nak dpt mcm nie kalau kat pasar melayu mcm ada kalau brg terpakai pun meriah kalau kat mua sukar nak cari ulam kecuali pasar tani atau pasar besar.saya sayang batu pahat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.