BEN ASHAARI

Wednesday, November 28, 2012

JEMPUT MAKAN SEMUA...

rsz_gulai_ketam
Salam semua, dah santap?. Hari ni che mat masak ketam, masak lemak dengan timun dan tempe. Tapi dalam masa yang sama, mat ada juga masak bening betik dan terung masak kicap. Ketam masak lemak kegemaran Bak dan mat pasti orang2 Johor khususnya turut menggemari menu seperti ini. Mat guna ketam bunga yang bersepit biru. Selain timun, anda boleh juga guna belimbing buluh sebagai sampingan dalam masakan ini. Menjadi kebiasaan kami akan mencampurkan sayur2an ke dalam masak lemak seperti ini. Ikut petua orang2 tua, kalau nak beli ketam tunggu bulan gelap, dan isi ketam agak padat. Mungkin waktu itu, ketam agak kurang aktif dan lebih banyak menghabiskan masa bersembunyi, wallahhualam....dan sebelum mat tulis resipi nak ucap tahniah pada blogger ini...sudi2 lah singgah...Jomm resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (sepit biru) @ ketam pilihan anda
1 biji timun
2 keping tempe, didadu besar
2 batang serai
2 kuntum bunga kunyit, belah 2 setiap 1 dan rendam (atau 2 helai daun kunyit, disiat)
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam disiang, buang kulit kerasnya, potong hujung2 kaki ketam yang kecil, ketuk sedikit sepit ketam tadi untuk memudahkan isinya keluar. Cuci dan toskan. Timun dikupas, kerat 3 dan belah 4 untuk setiap keratan, buang sedikit empulurnya. Ketepikan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor, bunga kunyit (atau daun kunyit) dan tempe. Masak sekejap.
  3. Tuang santan pekat dan masukkan timun, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan lauk2 lain.

11 comments:

Paly said...

auwmmm! ketam <3
bes makan ngan sambal belacan

azlia said...

ahhhh..mana tahan tgk ketam masak lomak ni..ndak2 bila wat pedas2..slurp..slurp..

Mummy Akmar said...

KETAM MY FEVERETTTTTT

krole said...

pergh!!! cedapnye kotam!!! yg bestnye terung maak kicap tu..fevret!!!

fairul azni said...

Sedapnye ketam cik mat

Kella said...

laparnya jadi..

Rozita said...

sedapnya ketam... x gatal ke CMG? hihi...

JunAina said...

KL hujan perut Aina berbunyi2 bila tengok lemak ketam tu...uwaaa...

arina abdullah said...

sedapnyaa

fatin amalina husna said...

sedappnya..lama x makan ketam nih..>.<

mommynana said...

Yummy! Ketam masak lemak. Mmg terbaek! :D

P.s : kt dah terai terung sambal versi cik mat. Mavles!!