BEN ASHAARI

Sunday, November 25, 2012

IKAN PARANG MASAK KICAP...

rsz_ikan_parang_masak_kicap
Ikan parang, nama cukup mengerikan, tapi memang yea. Ikan yang berisi halus namun tulangnya berselirat.Tak sesuai untuk kanak2 atau warga emas yang kurang awas tahap penglihatannya (kecuali kalau pakai cermin mata). Kalau nak makan pun pasti berada di bawah cahaya terang, makan dengan sopan tanpa perlu banyak bicara yang boleh menjadikan anda terleka yang boleh mengakibatkan anda tercekik...errr, teringat Kak Ummi Kuantan pernah alami kes tercekik dulu...tapi tak pasti ikan apa. Orang Johor antara penggemar ikan parang dan salah sorangnya ialah ayahanda ku. Selain dimasak asam pedas atau singgang, Bak suka masak kicap, tapi jangan pedas, dia memang tak boleh makan pedas, jadi masakan semua ala2 kekanak rabena, yelah dah mak dia dulu tak masak pedas, tak boleh nak salahkan juga kalau anak juga tak biasa makan pedas. Mat gebu lain lah, dia dah banyak hybrid, pedas pun dia ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingan ikan parang (mat belah 2 setiap satu), cuci bersih dan toskan*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan gaul rata)
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
2 biji bawang besar saiz sederhana, potong bulat dan leraikan
1 biji cili hijau, hiris serong kasar2
1 biji cili merah, hiris serong kasar2
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, potong 3 dan diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/4 cawan kicap manis (mat guna kicap JALEN)
4 -5 camca besar kicap lemak (mat guna kicap JALEN)
Sedikit air jika anda ingin kuah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan parang tadi hingga masak, tak perlu sampai garing sangat. Angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lenih 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, leek (toskan) dan halia hingga harum.
  2. Tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan tambah kicap manis dan kicap lemak. Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan dan gaul rata. Tambah hirisan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga bawang lembut. Jika anda nak kuah tambah sedikit air lagi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

3 comments:

gadisBunga™ said...

masa kicap is my faveret. ada lauk ni, sambal belacan dengan ulam - makan nasi tak pandang kiri kanan dahhhh!

mommynana said...

Mmg mables cik Mat! Masak kicap ni plg mudah nak masak. :D

krole said...

gua lbih suke ikan parang ni msk asam pedas...tol tu bro mat...bla mam ikan ni kena fokus sbab byk tulang ngeee~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.