BEN ASHAARI

Wednesday, November 7, 2012

HANYA KARI IKAN ENCER UNTUK HARI INI...

rsz_kari_ikan_tenggiri
Salam Rabu, hari ni agak ketat juga masa, dan masak pun hanya yang mudah dan cepat. Bonda kata masak kari ikan cair atau encer sudah lahh. Jadi mat masak pagi2 tadi,selain kari ikan encer, ada juga tumis kobis dengan udang campur tauhu. Lepas tu mat masak nasi. Ok beress dah. Maka berangkat lah ke tempat2 yang sepatutnya untuk membeli barang2 dapur. Nak cerita sikit. Mat rasa sejak Tesco Kulai ubah susun atur barang2 jualan mereka, terutama bahagain makanan dalam tin, dan bahan2 kering, ia lebih menyukarkan kita untuk mencari. Satu lagi agak membuang masa. Bayangkan selalunya barang A ada di bahagian selatan, tiba2 sekarang dah pindah ke kutub utara. Masalah disini bukan keran malas nak berjalan ke hapa, cuma kita ni mengerjar masa dan barang yang nak dicari pun cuma satu dua sahaja di bahagian itu. Bila masa nak bayar juga masalah, 2 kuanter sahaja dibuka...yang nak membayar ni ramai dah berderet2, termasuk aku...haishh, pakkal je ada barang yang perlu, kalau tak rasa malas nak pi...Penat....jadi balik tadi kami santap apa yang ada je lah termasuk yang mat masak pagi tadi....Syukur alhamdulillah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan tenggiri + 1 bahagian kepalanya, dibelah 2, cuci dan toskan
1 biji terung, belah 4 dan kerat 2, rendam
1 biji tomato saiz besar, belah 4
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 keping asam gelugor
1/3 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 1/2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 tangkai daun kari*
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
1 camca teh penuh halba campur*
2 tangkai daun kari*(*bahan tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris halus
1/2 inci belacan
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda (*), mulakan dengan halba campur, kemudian daun kari dan bahan2 lain. Tumis hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga cili garing. 
  2. Tambah bancuhan rempah kari tadi. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sekali sekala. Tuang air secukupnya. kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan. Biar sekejap.
  3. Tambah terung, asam gelugor dan pati santan, kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api...Hidangkan..


3 comments:

eyeyou said...

CANTIK JER AMEK PIC TU..DAN TENTUNYA MESTI SEDAPPP!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul ler mat.. kita ni kdg pegi beli barang dapur kering sebulan sekali je.. dah kalau dia tukar.. memang susahlah nak cari.. pegi lagi bulan depan pulak pun masih terpinga2 sebab mind set dah tertulis barang tu kat sini kat sini rupa2nya dah tukar.. tp otak ni agak susah sikit nak ingat kalau dah pegi sebulan sekali kan.. hehe.. mmg betul.. benda2 cenggini menyusahkan kita nak pulak kalau kita mengejar masa..

apa2pun kari tu nampak sodapppp walaupun katanya encer.. hehe..

JunAina said...

Aina kat kajang ni dah lama tak pergi Tesco dok memikir nak tawaf tesco penat benau... Sekarnag ni cari je supermarket biasa dak pong econsave yg tak besar sanagt tu. Tak le letih kaki nak berjalan... Sejak2 nak masuk life begin at 40 ni dah tak larat jalan manya2...ehehee...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.