BEN ASHAARI

Monday, November 12, 2012

GULAI PUCUK UBI DENGAN KERANG.

rsz_gulai_pucuk_ubi_dgn_kerang
Assalammualaikum...anda semua dah makan?. Hari ni macam tak nak cerita banyak, tapi tengok lah macam mana. Anda kalau pengunjung tetap DTS pasti kerap nampak mat masak gulai pucuk ubi dengan kerang. Ada yang tanya, che mat boleh yea masak pucuk ubi dengan kerang?. Kami di Johor kerap masal gulai pucuk ubi macam ini, samada dicampur kerang atau kupang sebagai rencah. Kebiasaannya jika dicampur kerang dan sebagainya, bahan2 untuk rempah ratusnya sedikit berbeza dari masak lemak putih. Serai atau bunga kantan antara yang wajib, tapi kebiasaannya serai. Pucuk ubi perlu anda celur sekejap. Ada pelbagai jenis pucuk ubi, macam yang ini mat guna pucuk ubi hijau, kalau pucuk ubi pulut (berdaun halus) juga sedap dimasak gulai. Ok, kita semak resipi yang boleh dikatakan typical masakan orang2 Johor....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 cawan isi kerang
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
15 biji cili padi merah kampung
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1 genggam ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, rebus hingga lembut, tos dan perah, kemudian hiris kasar, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kerang dan asam gelugor, masak sekejap. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan..

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer gulai pucuk ubi... akak plak buat ubi goreng berempah.. musim2 hujan ni memang sesuai sgt masak berasaskan ubi kayu mcm ni kan.. heee..

Mrs Nazar said...

aduhhh..kecur air liur dibuatnya...jadi santapan depavali lah esok...huhuhu

MamaFaMi said...

Mat...
Kalau ganti kerang dengan kupang... serasi bersama tak? Kerang baru je habis.. mama cebur dalam kuetiau hari tu.. nak beli lagi..malas pulak...

azlia said...

yush!! teliur tgk tu...slup! slup!

hana said...

baru semalam aku petik pucuk ubi aku tuh! bulan ke berapa pulak aku nak campur dgn kerang nih! huhuhu.... ngencessss