FLUID ART MOVEMENT - CABAR KREATIVITI ANDA!


Sempena sambutan 100 tahun Petronas Lubricants International (PLI), pihak PLI telah melancarkan satu kempen menarik, 'Fluid Art Movement ialah satu hasil seni abstrak on-line pertama di dunia dan yang lebih menariknya team Formula One Mercedes AMG Petronas, Michael Schumacher dan Nico Rosberg diberi penghormatan menghasilkan karya pertama mereka. Ia diinspirasikan dari slogan "A Century Of Fluid Innovation" yang digunakan oleh syarikat PLI. Fluid Art Movement telah dilancarkan oleh CEO PLI, Encik Amir Hamzah Azizan. 

Majlis telah diadakan di Sunway Pyramid dengan disertai oleh pelumba2 negara seperti Dominic Ang, Melven Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin..

(Sumber gambar : Broframestone)

Dengan kempen ini diharapkan ia dapat meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai keupayaan PLI dalam penjanaan enjin seiring dengan kepesatan dunia automotif masa kini. Dan yang lebih menariknya anda juga boleh ikut serta dalam menghasilkan seni abstrak on-line pertama ini dan memenangi hadiah hebat... Macam mana pulak tu?..

Mudah saja. tunjukkan kreativiti anda dengan melukis seni abstrak 'Fluid Art Movement' anda sendiri. Seperti gambar atas tu, mat gebu yang buat dan jangan lupa tulis juduk hasil seni anda. Ia mudah dan menyeronokkan. Gunakan imaginasi anda yang tiada batasan untuk menghasilkan seni abstrak yang menarik. Anda boleh masuk ke sini  www.pli-petronas.com atau terus ke www.fluidartmovement.com untuk mengetahui cara-caranya dengan lebih terperinci. Apa yang penting anda kena log-in dulu. Kemudian anda boleh post hasil karya seni anda sebaris dengan peserta-peserta lain. Ia telah bermula sekarang dan berakhir pada 31 December 2012, tak berapa lama lagi, dan.....

Apa pulak hadiahnya?..Cukup manarik dan lumayan. Jika karya seni anda terpilih, hadiah untuk 2 orang menyaksikan Grand Prix America 2013 dengan semua perbelanjaan ditanggung, dalam ertikata lain ianya PERCUMA, memang menarik! Jadi apa tunggu lagi, sertai sekarang. Siapa tau kali ini tuah anda pula... (*___^)

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.