BEN ASHAARI

Sunday, November 4, 2012

EMPING PADI MUDA....ANDA PERNAH MAKAN?

rsz_empeng_padi_muda
Pernah makan empeng padi muda?..Mat sebenarnya tak biasa makan sebab jarang jumpa, tapi kalau bonda dan arwah datuk, mereka memang biasa. Terutama bonda yang masa kecilnya banyak dihabiskan di Rembau, maka secara tak langsung pendedahan awal beliau mengenai emping padi ini lebih dulu diketahui. Empeng Padi biasanya dari padi muda yang agak hijau, disangrai atau digoreng tanpa minyak hingga satu dua biji padi tadi beraksi seperti bertih atau pop corn, dan padi muda tadi terus dimasukkan ke dalam lesung kayu dan ditumbuk hingga leper. Kemudian dialih ke dalam nyiru dan ditampi untuk membuang kulit padi atau antahnya. Cara makan kalau mengikut kebiasaan, empeng padi dicampur dengan gula enau atau gula melaka yang di racik halus dan kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam. Gaul rata dan dibiarkan sekejap agar empeng menjadi sedikit lembut. Boleh dimakan dan rasanya unik dan baunya juga harum. Empeng yang anda nampak tu, bukan mat buat, tapi abang sulung mat beli....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Empeng padi muda secukupnya
Gula enau atau gula melaka, diracik halus
Parutan putih kelapa
Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Amat mudah, anda cuma perlu gaulkan empeng padi tadi bersama gula enau @ gula melaka, parutan kelapa dan sedikit garam. Gaul rata dan biarkan sekejap. Anda sesuaikan rasanya sendiri, ikut selera. Boleh hidangkan...

17 comments:

aeinio said...

adehhh dah lama tak makan benda ni...

Hayati said...

kamisebelah utara sana panggil ni ringi CMG.

Maksu Ros said...

salam Cik Mat lama dah tak makan emping hijau ni , dulu2 tok kak ros selalu buat tapi kelapa tu gaul dengan garam dan gula pasir je

syapex said...

mmmm... teringat masa kecik2 dulu. mak sy selalu buat, tp skrg ni dh jarang. kalau jumpa kt psar mlm mesti beli... tp rasa x sama...

Muhammad Mustaqim Razali said...

Pernah masa musim padi dekat rumah moyang. Memang sedap

izahdaut said...

kalau kampung saya kat lipis panggil "kalu".. memang sedap makan gini.. sronok gotong royong buat menda alah ni, pastu makan ramai2... rindu zaman kanak2..

aNa d'sKoDenG said...

sungguh lamaaaaaaaaaaaaaaaaa x makan emping gini. mana mau cari?? kg da tadak org tanam padi....

Ina said...

Betul la...lama dah tak makan emping nie.Dulu setiap kali musim padi mesti buat emping nie..sekarang dah tak ada dah.Padi pon di tuai guna mesin terus masuk lori hantar ke tempat pengumpulan padi...

Jom bercuti Di Langkawi...mai cek mai..

ummi_khalish said...

saya suka saya suka......bestnyerrrrrrrrrrr...CMG pos kat mesir skit..hehehehe

lina said...

Ya Allah rindu nya....tengok gambar pun jadi...Tq En Mat share...

mazni safiah Embong said...

masa kecik selalu makan,kalau ada kuah serawa pun sedap jugak

ct cheery said...

lama giler tak mkn benda alah ni..kecik2x dulu arwah tok slalu buat..best dijadikan kudapan.

aDisH.sHidA said...

dah lama x makan..dulu2 mak selalu jugak buatkan...huhuhu...

caramello said...

Sedapnyer che mat oi..dulu time tolong omak2 dgn uwan2 jaga padi dpt la rasa, skrg xde dh, satu lagi che mat, jagung kikis nipis2 pastu makan dgn gula & kelapa cmni sodap xhengat

Rai said...

lama dah tak mkn emping ni... ingat dulu, kalau balik perlis, mesti mak beli...

faa.rosli said...

faa penah makan...nenek buat..

Anna Rozana said...

Dia Perlis emping ni dgaul den an ikan masin Dan bawang goreng.sedap jugak hehe