BEN ASHAARI

Saturday, November 3, 2012

BUBUR LAMBUK STAIL 'CHAM" @ BU HANG..

rsz_bubur_pedas
Salam Sabtu semua, dah makan?..Hari ni mat masak yang senang2. Pagi tadi mat masak satu jenis bubur nasi stail orang Melayu Kemboja. Kalau tanya mana che mat dapat idea, sudah tentu lah dari Novel 'I Love You Stupid (ILUS)' yang seberat 1+ kg bermuka surat 1389 tulisan Puan Melur Jelita. Bila mat baca macam terinspirasi sungguh. Sebelum ni mat buat "nasi bungkus Kemboja" yang ini, juga ideanya datang dari novel tersebut. Bubur ini sesungguhnya amat elok untuk mereka yang kurang sehat dan untuk melegakan angin dalam badan. Rasa sedap dan hangat. Ianya agak mudah dibuat tapi kalau ikut resipi asal mereka guna isi ikan air tawar. Mat guna isi ikan kembong yang dibakar dan ditumbuk hancur (mat kasi carik2 dengan garfu saja). Kalau buat bubur nasi atau moi, pada mat pilihan beras terbaik sudah semestinya beras siam yang punya kandungan kanji agak tinggi. Ok, anda dah bersedia...jomm kita lihat resipi ini dan jika anda nak tau apa kesah bubur lambuk stail Cham ini, boleh dapatkan novel I Love You Stupid (ILUS)....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan beras siam
7 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk hingga hancur)
1 kiub pati ikan bilis (optional), yang ni mat tambah sendiri
1 ekor ikan kembong saiz besar, dibakar dan ambik isinya, tumbuk kasar
1 biji petola manis, saiz kecil, buang kulitnya, cuci dan potong dadu
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Sos ikan secukup rasa
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras (kalau beras siam, cuci sekali sahaja), masukkan ke dalam periuk bersama air, daun pandan dan bahan tumbuk hancur. Kacau dan masak hingga beras kembang menjadi bubur.
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), isi ikan kembong bakar dan juga soo hoon (toskan). Kacau rata dan biar masak sekejap, gunakan api sederhana. Tambah petola dan masukkan sos ikan secukup rasa. Jika pekat, anda boleh tambah sedikit air lagi. 
  3. Masak hingga petola lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng dan taugeh sebelum dihidangkan. Jika kurang masin, anda boleh tuang sedikit sos ikan. Selamat mencuba dan berpeluhh....


3 comments:

Ummiakid @ lily said...

Perghhh...nampak sedap ni. harus cuba memandangkan mmg suka makan moi ni...tekak lak kurang sihat mmg bertepatan resepi ni...TQ cm... :)

Sweet Roz said...

baru je semalam sebut-sebut lama tak makan bubur. Alih-alih nampak entri bubur ni membuak-buak le rasa keteringinannye. Tak penah buat bubur camni. Tenkiu for the resepi

-<@ * Liana * @>- said...

Tima kasih cek mat gebu share resipi. Suka sangat resipi ni Dan suka sangat novel ILUS :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.