'BEN ASHAARI' - 36 TAHUN HARI INI..

Setiap 30hb November semenjak 4 tahun lepas telah mengingatkan ku pada tarikh lahir seorang sahabat yang aku kenal tanpa dirancang dan diduga, alhamdulillah bertahan hingga ke hari ini,  moga ke akhir hayat hendaknya, Insha Allah. Ben Ashaari, nama yang tak perlu diwar2kan lagi. Blogger yang punya tapak kukuh dalam dunia blog. Rezeki beliau makin murah dengan kehadiran Qhaliff Iman yang comel. Tak de apa sangat nak aku tulis, cuma pada aku lah kan, Ben, dia tak sombong walaupun nampak serius. Siapa yang tak kenal Ben, mesti ingat dia ni mamat berlagak sangat..erkk...sori! (nak2 kalau dia tak pakai spec mata..faham2 jee lah). Entri ini aku buat sebagai tanda ingatan untuk seorang teman yang begitu memandang hormat pada hubungan persahabatan. Terima kasih, kerana menjadi seorang sahabat yang sudi memberi bantuan, pendapat, teguran dan nasihat. Che Mat doakan Ben, Zila dan baby Qhaliff dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan dipelihara dari segala kesulitan....Selamat hari lahir Ben....

PETIK SEROJA DI TASIK CHINI,
DAHANNYA LEMBUT TAPI BERDURI,
MENJANGKAU 36 USIA MU KINI,
IBARAT POHON TEGUH BERDIRI

TUTUR BICARA IBARAT SAKTI,
BUDI PEKERTI JADI PENYERI,
JIKA DUGAAN MELANDA MU NANTI,
TABAHKAN HATI KUATKAN DIRI

Post a Comment

15 Comments

  1. hurmmm...ye la tuuuu atok gebu.... (ayat cari gaduh)





















    hepi besday papa qhaliff~~~

    ReplyDelete
  2. Agak-agak esok Ben dtg tak rumah CMG?
    Happy birthday to him..

    ReplyDelete
  3. dah 36 thn dah....?

    indahnya persahabatan kan?

    ReplyDelete
  4. Betul sangat kata2 Mat tuh..Ben ni mula2 dulu masuk tegur kita malu2 sungguh, kesian je muka...pandai2 je Mat kata Ben "muka berlagak", cuba tengok 2 3 kali...muka kesian tau Mat, encem tu tak laaa sangat...hahaha (*di mata Zila je tu..hehe). Tp sore dia mula2 akak dgr dulu mmg mcm nak pingsaann...haha.. *Mat, zip molot eh*

    Apapun, selamat hari lahir Ben, moga semakin bahagia dan bahagia selalu dengan Zila dan Qhaliff...amin. Apa azam Ben tahun ni Mat? Ada dia cakap x, Zila cakap ke...xda eh :))

    ReplyDelete
  5. Happy bestday juga pada En Ben
    sama bezday dengan saya :)
    tapi Ben tua 10 tahun dari saya.. hihihi :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari Lahir buat Ben Ashaari.. Moga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, bahagia di samping keluarga tersayang, sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T... Amin..

    ReplyDelete
  7. hehe.. apa2 pon selamat ulang tahun kelahiran untuk ben... walaupun ucap kat sini.. hehe


    Kongsi Apa Saja

    ReplyDelete
  8. Happy bestday drp kami:)
    http://akuanakpahang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. First time buka blog dia macam serabut jer...tapi face dia boleh tahan ler....lama kelamaan tiap-tiap hari mesti buka blog dia..byk story dia citer...
    happy besday.....dah tua pun...

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir kpd beliau...hihihi~

    ReplyDelete
  11. populariti abg ben dikalahkan oleh qhaliff... di mana ada nama abg ben di situ juga ada nama qhaliff... dalam entry birthday abg ben pun ada nama si kecik tu... hahaha...

    selamat hari jadi abg ben...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih mat dan rakan semua .. hehehe ... Anda terbaik !

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.