BEN ASHAARI

Tuesday, November 20, 2012

BEBOLA GETUK UBI GORENG

rsz_ubi

Petang semua. Masa untuk update blog masakan agak panjang, dan jika dalam waktu itu ada hal lain yang perlu diuruskan maka tertangguhlah entri yang kita tulis. Macam hari ni, mat siap2 settle kerja semua dalam jam 12.30 tengah hari, lepas tu mulakan sesi ambik gambar hingga jam 1 lebih, lepas Zohor plan nak update entri, tapi ada hal lain pulak. Kenalah tangguhkan...jam 5 lebih petang barulah ada masa untuk sambung balik..huhu..penat dan ada masa malassssss dah, lagi2 bila kita bersusah payah masak, ambik gambar dan buat entri, tiba2 ada unta bongok lagi bangang curi bulat2 resipi dan gambar dan mengaku dia punya. Bosan sungguh kes2 macam ni. Tapi apa nak buat, mereka ni ibarat parasit. Jom lah kita cerita pasal entri ni pulak...

rsz_ubi1
Pernah makan getuk ubi yang dibentuk bebola, dicelop bancuhan tepung, kemudian digoreng hingga kuning keemasan. Makan pulak dengan sambal kicap. Getuk ubi ialah ubi yang direbus hingga empuk, tapi bukan sampai empuk yang terlampau sangat. Kemudian dicampur dengan kelapa parut muda, sedikit garam (jika perlu) dan sedikit gula. Tumbuk ubi tadi dengan anak lesung batu hingga lumat dan mesra dengan semua bahan2 tadi. Selain dimakan dengan sambal kicap, sambal tumis juga sesuai sebagai pencicih. Kala di kampung2 ia dihidangkan pada waktu sarapan tapi atau minum petang Ok, kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya (anggaran 1 kg)
Kelapa parut putih, secukupnya (kurang lebih 1 cawan)
Sedikit garam dan gula
1 1/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
Sedikit garam
1 biji telur, dipukul sedikit)
Sedikit pewarna makanan kuning telur
Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas ubi, potong kecil, cuci dan rebus hingga empuk, tapi jangan sampai terlampau empuk hingga lebik. Toskan ubi, masukkan kembali dalam periuk dan masak sekejap untuk mengeringkan air ubi. 
  2. Alih ubi ke dalam bekas, masukkan kelapa parut putih, sedikit gula (anggaran 1 camca besar) dan sedikit garam (yang ni kalau masa rebus tadi dah letak garam, tak perlu letak garam lagi, atau letak jika perlu). Tumbuk dengan anak lesung batu hingga semua sebati.Ambil 1 camca besar penuh, kepal2kan dan bentukkan bebola. Buat hingga siap. Ketepikan.
  3. Bancuh tepung beras bersama telur, sedikit garam hingga sebati. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah pewarna kuning makanan, kacau rata.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terenda. Ambil beberapa biji bebola getuk ubi, masukkan dalam bancuhan tepung, kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap..

13 comments:

mommynana said...

Iskk..Laaama xmakan ubi getuk ni cik mat..suke sgt masa kecik2 makan tak ingat sape buat arwah opah ke mak yg watkan. Tq share recipe ini... ;)

Azwa Azee said...

oh myyyyy...one of my favorite. kenapa tayang????????????

Mat Gebu said...

@ mommynana - salam dan terima kasih sudi komen. Tulah, resipi tradisi sering mengimbas kenangan.. (*__^)

mommynana said...

Sama2..betul tu mmg byk kenangan dgn resepi ni.. ;)

MamaFaMi said...

I LIKE!

suekiey .. said...

salam..comelnya ubi getuk tu..kita suka sgt resepi en.mat ni..setiap kali tgk mat update resepi baru rasa semangat ..kita ni budak baru blajar buat blog seronokmdapat join blog mat yg ramai peminat ni..

misz aisya said...

my fevereto! makan panas2 waktu minum petang. tengs share. suke2 yeayyy!

ctjay shoppe said...

Sedapnye...masa kt johor senang nk jumpa,bila dh duduk kt kedah ni,payah.

ctjay shoppe said...

Sedapnye...masa kt johor senang nk jumpa,bila dh duduk kt kedah ni,payah.

mrs kayrul said...

ubi getuk nie klu buat sendiri memang berbaloi makan..dpt byk plak tu...klu beli kat luar 3 ketul rm 1

Oda Aman said...

sedapnya..terus rasa nak buat sendiri sebab beli kat sebelah ofis saya RM2 baru dapat 5 ketul yg comel2 je =(

dayah ismail said...

sedapnye..rasa lapar..hehe

kakang said...

dah boleh dikomersilkan