AYAM GORENG REMPAH KARI..

rsz_ayam_goreng_tepung_beras
Musim ayam pulak. Hari ni mat masak benda yang mudah. Singgang ikan, kacang buncis goreng dengan udang campur sohoon, lepas tu kari ayam nyonya "MyChef" yang tadi tu dan ada 4 keping kepak ayam, yang mat dah perap dengan rempah kari dan bahan2 lain, dan mat goreng. Tu semua  mat buat pagi tadi, sebab jam 11 lebih elektrik sudah K.O. Ini resipi mudah. Perap ayam tu awal2, kalau semalaman lagi bagus, lagi sedap. Sebelum goreng mat gaul dengan putih telur dan golek2kan dengan tepung beras. Goreng dengan api sederhana. Sepatutnya campur hirisan daun kari masa perap. Tapi mat sudah terlupa (dah tua), kalau letak, sah2 lagi meletop...errr konon2lah meletop. Selain kepak ayam, bahagian peha ayam boleh digunakan. Cucuk2 dulu dengan garfu pada bahagian ayam tadi agar rempah ratus boleh terserap. Ok, kita semak resipi, tapi sebelum tu, esok Jumaat 9hb November, jam 8 pagi Puan Melur Jelita penulis ILUS (I Love You Stupid) akan bersiaran di Nasi Lemak Kopi-O di TV9, Jangan lupa saksikan!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ayam bahagian kepak, cuci bersih dan cucuk dengan garfu
1 camca besar penuh rempah kari daging Baba's
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 inci halia*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris*(*dikisar halus)
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 putih telur, dipukul sedikit
Tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dilap kering dengan paper towel. Masukkan ke dalam bekas, gaul bahan kisar halus, serbuk kari, jus limau kasturi, hirisan halus daun kari, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata2 dan perap sekurang2nya 2 - 3 jam atau semalaman.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gaul ayam tadi dengan putih telur, kemudian golek2kan ayam tadi dengan tepung beras. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  3. Ayam yang telah siap digoreng tadi boleh dikerat pada bahagian lebih kecil jika anda suka. Hidangkan bersama sos kegemaran anda. Sedap dimakan panas2..

Post a Comment

7 Comments

  1. yumm...rempah kari.. ada rasa pedas2 tak ? (:

    ReplyDelete
  2. slm cik mat gebu..dh lamaaa nk tyaa..hrp2 mendapatkan responnya..

    cik mat gne camera ape tuk published gmbr sehebat ni..

    sume resepi makin stunning dgn gambar2 ni..

    ReplyDelete
  3. Makasih cek mat gebu share resipi. kebetulan ayam dalam fridge masih ada lagi leh try wat. Sedapnyerr...:-)

    ReplyDelete
  4. Terbaik mmg suka ayam goreng berbanding dimasak dgn cara lian :)

    ReplyDelete
  5. (dayah nak carik carik idea nak masak apa..terperasan pageviews gerak laju giler..! yelah .. lunch time kan.. makcik2 cam dayah nih mmg ambik kesempatan belek belek resepi nak masak utk dinner..hehe.. dayah rakam..nak upload kat blog dayah :D izinkan dayah ye?)

    mekacih in advance , tapi kalau tak selesa kasik tau la , dayah akak remove video nye.. :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.