BEN ASHAARI

Saturday, November 10, 2012

ASAM PEDAS LAGI...DAN LAGI...DAN LAGI...

rsz_asam_pedas_kepala_ikan
Salam Sabtu, hari ni 10-11-12 kan..nombor cantik tu....Dan mat gebu masak asam pedas lagi. Kalau yang perasan, dalam seminggu mesti ada asam pedas. Lagi2 kalau dapat ikan segar. Nak masak kari rasa muak, jadi masak asam pedas. Mat guna sejenis ikan karang yang dipanggil 'parrot fish'. Daging dia sedap, lembut, lemak dan berperisa. Sebab saiz ikan ini agak besar, jadi mat masak bahagian kepalanya sahaja, itu pun isi dia masih banyak. Bagi budak2 tidak digalakkan makan kepala ikan, tak elok untuk minda, Kalau yang dah kertu2 ni rasanya ok kot, tak salah, tapi ada juga yang tak nak....hmm, takpe tiada paksaan, sapa nak makan dipersilakan, sapa tak nak, sila duduk jauh2. Resipi biasa2 saja, dan sesiapa yang baru berjinak2 nak masak asam pedas, anda boleh cuba resipi yang mat bagi ni, insya Allah menjadi, tapi pastikan ikan yang anda guna segar...tu je petua paling utama, selain rasa masam, manis, pedas dan masin harus seimbang....dah bersedia?.. Ok jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan parrot fish (atau ikan pilihan anda, samada kepala atau kepingan isinya)
1 pokok sawi jeruk, potong dan rendam (optional, boleh ganti dengan terung, bendi atau tomato)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk penuh cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1 inci kunyit hidup, hiris
1/2 inci halia, hiris
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Gunakan api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau hingga sebati.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih. Kalau kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Kacau perlahan dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah). 
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...

5 comments:

Nour Eyza said...

terliur la dengan asam pedas cik mat. teringat asam pedas mak kat rumah. i think asam pedas johor pun sedapp dibandingkan dgn asam pedas yg x pure. yela, yg pure Melaka kn? hehee

Rozuan Ismail said...

sedapnya asam pedas. sebelum ni pernah try tapi tak menjadi

Amie said...

Bahagian pipi kepala ikan ni memang sedap Mat! Kenya-kenyal gitu... walaaaa ngences sudah aku!

sury_masury said...

Sedap cm..nnti blh try resepi cm ni..:-)

Watanabee said...

pernah nmpk kat pasar ikan ni..tapi tak tau nama dan tak tau nk masak apa..lepas ni leh try masak...yeay!..thanks abg Mat!