BEN ASHAARI

Friday, November 23, 2012

ACAR TELUR PUYUH JEE HARI NI...

rsz_acar_telur_puyuh
Assalammualaikum, salam Jumaat. Rasa2 nak makan apa hari ni atau nak masak apa lah kan. Mat pagi tadi memang dah plan nak masak acar timun, tapi disebabkan ada telur puyuh, jadi ku campurkan sekali dalam itu acar. Terus tukar nama jadi acar telur puyuh. Acar kali ini agak berlainan sikit dari acar darat yang selalu mat buat. Acar macam ni amat2 kena kalau dimakan bersama nasi minyak, nasi beriani atau apa2 nasi berperisa. Dengan nasi putih juga sedap. Patutnya ada biji sawi, tapi habis pulak. Kalau anda buat jangan lupa letak biji sawi. Tak banyak sangat nak cerita pasal entri acar telur puyuh ni, jadi mat tulis resipi dia...Dah bersedia?..Ok jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji telur puyuh, direbus kupas, cuci dan toskan
1 batang timun, kerat 4, buang empulur dan potong jejari
1 batang lobak merah saiz sederhana, potong jejari
1 biji cili merah, kerat 3, belah, buang biji dan potong jejari
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan potong jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 cawan cuka makan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  2. Tambah bawang merah dan bawang putih belah. Masak sekejap dan masukkan cuka makan. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula (gula dalam anggaran 2 1/2 camca besar). Kacau rata dan masukkan lobak merak. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau dan telur puyuh. Kacau rata2 dan tambah timun. Gaul lagi dan masak hingga pekat sedikit. Biar timun lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda..


2 comments:

krole said...

omakai!!! nampak sedar r mat...tp kat tmpt krole ni tak ada jual telur puyuh~kalau telur ayam le ke bat acar camni mat?

gadisBunga™ said...

telur puyuh power che mat! makan sebijik je pun, kuor angin kalah makan 3 bijik telur ayam!


ngeee~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.