SUP AYAM KAMPUNG.....

rsz_sup_ayam_kampung
Petang semua, sup ayam kampung kita petang ni. Pagi tadi mat goreng nasi, sebab bonda berpuasa hari ni, jadi mat masakkan sup ayam kampung untuk berbuka nanti. Dan mat rebus juga ketupat segera untuk dimakan bersama sup ayam. Selain tu boleh makan dengan mi kuning, mi hoon, kue teow,  pasta, roti, dan juga dimakan begitu sahaja. Mat masak sup yang mudah saja. Kali ni ayam kampung mat tak buang kulit, saja nak bagi sup tu sedikit berminyak, memandangkan mat tak tumis, cuma rebus sahaja bahan2 rencahnya. Ini antara sup ayam termudah dan mat pasti anda boleh buat, terutama mereka2 yang baru berjinak2 ke dapur. Sebagai penambah perisa, mat masukkan 1 kiub pati ayam Maggi, tapi yang tu optional, tak paksa guna. Satu lagi, sambal kicap jangan lupa, wajib ada sebagai pemantap rasa sup ayam tadi...Bersedia, jommm resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung muda (kurang lebih 1.3kg), disiang cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
1 sup bunjut "sup tulang" Adabi
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
4 biji buah pelaga*
6 kuntum bunga cengkih*
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji

BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit, mi kuning, mi hoon, pasta atau apa yang anda suka 
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng 
Tauhu, goreng dan hiris
Sambal kicap secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk, bersama sup bunjit, bahan2 bertanda (*) dan air secukupnya. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah daun sup yang dikerat kasar, bawang goreng dan kiub pati ayam. Masak hingga ayam 1/2 empuk.
  2. Masukkan kentang dan masa hingga kentang dan ayam empuk. Tambah garam secukup rasa dan jika anda rasa kurang hangat, boleh tambah lada hitam lagi (kisar halus). Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi impit, atau sebarang jenis mi atau pasta yang anda suka. Tambah taugeh, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap. Sedap dimakan panas...

Post a Comment

8 Comments

  1. errr.. agak2 Kak Sari buat malam ni, sempat tak?? Mahalnya tang nasi impit tu..

    ReplyDelete
  2. @ sari yusa - insya Allah sempat kak, err..nasi tu ganti dengan pasta pun ok... :-P

    ReplyDelete
  3. salam mat...

    kalau demam dan sakit tekak sup ayam kampung ni memang sesuai sekali.

    ReplyDelete
  4. sup ayam ni mmg sedapkan kalau makan dgn sambal kicap.. even mkn dgn pasta atau macaroni

    ReplyDelete
  5. wahh.. sup ayam kampong? feberet husband akak ni... kat sini ayam kampong lagi mahal dari ayam bandar lah mat... fikir 2 kali nak beli ayam kampong.. hehe..

    oh ya.. akak dah buat ayam laksamana resepi mat. sedap! anak2 suka.. mekasih ye mat.. akak dah share kat blog akak mintak dihalalkan ye...

    ReplyDelete
  6. Masak bubur nasi, tuang sup ayam kampung. Tambah chili flakes...terangkat sejuk2 ni...

    Tiba2 terasa lapo...uwaaaa...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.