BEN ASHAARI

Tuesday, October 16, 2012

SOMTAM BETIK

rsz_dsc_1885
Assalammualaikum, salam Selasa. Dah makan? Apa menu anda ni hari. Mat pagi tadi dah plan nak masak bening betik, kebetulan kenalan bonda beri betik mengkal semalam. Bersaiz agak besar. Jadi mat ambik sedikit dan buat somtam. Somtam ni ala2 kerabu pun boleh, rojak pun boleh berasal dari negara gajah puteh, Thailand atau orang2 kita lebih gemo gelarkan Siam. Selain betik mengkal, boleh juga guna mangga muda dan kulit tembikai yang bahagian putih. Somtam yang mat buat terkurang satu bahan. Tadi check dalam peti sejuk, rupanya kehabisan stok tomato, maka jadilah somtan seperti anda nampak. Kalau resipi asli mereka guna kacang panjang, tapi takde, ganti saja dengan kacang buncis. Tahap kepedasan bergantung pada citarasa anda. Mat letak kurang lebih 10 biji cili padi kampung, perghh berasap telinga you!!!, satu lagi, sapa2 yang ada lesung kayu khas untuk somtam boleh lah buat ikut gaya mereka....Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram betik mengkal yang sedikit kemerahan, disagat kasar
6 tangkai kacang buncis, hiris halus
2 biji tomato, buang biji dan hiris halus (tak letak sebab takde)
1 genggam udang kering, rendam, tos dan goreng tanpa minyak hingga wangi, sejukkan
1 genggam kacang tanah yang siap digoreng
1 camca besar penuh gula melaka
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (boleh kurangkan)
Sos ikan secukup rasa
Jus limau nipis secukup rasa (kurang lebih 2 biji, diperah jusnya)
Kacang tanah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga lumat, masukkan udang kering dan tumbuk hancur, tambah gula melaka dan tumbuk lagi. Tambah kacang tanah, tumbuk perlahan, tak perlu hancur sangat, kasi pecah2 sudah memadai.
  2. Gaulkan no. 1 tadi dengan betik yang telah disagat kasar, hirisan kacang buncis dan tomato (jika guna). Tambah sos ikan secukup rasa dan masukkan jus limau nipis secukupnya (masukkan sikit2 dulu, lepas tu gaul dan rasa).
  3. Alih somtam betik dalam bekas sesuai, tabur kacang tanah untuk hiasan dan hidangkan sebagai pembuka selera...


7 comments:

gadisBunga™ said...

20 bijik cili padi? bombaaa!!!

Mat Gebu said...

@ GB - hahaha, kalau ikut kan 3-4 biji saja...tapi CM suka pedas, ku letak seploh biji..hambekk, berasap kejap telinga..

Kjee said...

sedapppppnyerrr!

Saya Disini said...

sedpnye

lovelywa said...

abg mat,
sos ikan/nampla memang tak letak ke??

JunAina said...

Som tam sinonim dgn org Perlis tapi Aina lagi suka kerabu mangga!

Siti Ahyat said...

Che Mat, Mangga muda tak letak ke? Kat Shah Alam pon ada gak yg jual tp tak boleh lawan yg Ori nya... peeerrrggghhhh kecur liur ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.