BUBUR PULUT HITAM DURIAN...ADA UMMPH!!

rsz_dsc_0982
Bubur pulut hitam antara hidangan pemanis yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Menjadi satu tren sekarang di majlis2 perkahwinan tak kiralah sama ada di pekan, kampung waima kawasan orang elit sekali pun, ada tu mereka akan sediakan pencuci mulut seperti bubur dan pengat, terutama bubur pulut hitam. Pulut hitam ni sejenis pulut yang agak keras dan mengambil masa untuk kembang. Jadi langkah untuk menpercepatkan proses merebus, anda rendam dulu semalaman pulut hitam tadi. Kalau nak ekspress boleh gak, rebus dalam periuk tekanan. Untuk resipi ni mat letak durian, bukan durian baru beli tapi durian musim lepas yang telah kami bekukan dalam freezer. Kalau anda nak simpan durian, masa baru bukak, terus masukkan isi durian tadi dalam plastik bersih, kemudian ikat ketat, letak dalam bekas plastik kedap udara, terus simpan dalam freezer, bila2 masa kalau anda nak buat bubur atau serawa...dahh ada durian. Rasa dia masih sedap dan baunya masih harum. Oh yea, sebelum mat lupa, bagi kami orang2 Johor, kalau makan bubur pulut hitam, santan pekat satu kemestian sebagai pemangkin rasa....Kalau anda buat, jangan lupa santan pekat tu, ok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan pulut hitam, cuci dan rendam semalaman
1 biji durian saiz sederhana, ambil isinya
2 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir atau secukupnya
1 liter santan cair
500 ml pati santan
Sedikit garam
Air secukupnya
1/2 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan gula melaka, gula pasir dan sehelai daun pandan dan periuk, tuang 1 cawan air, dan rebus hingga gula larut, kemudian tapis. Ketepikan. Rebus pula pulut hitam tadi hingga kembang (kalau betul2 kembang, biji2 pulut hitam tadi akan bertukar seakan2 pop corn). 
  2. Bila pulut hitam kembang. masukkan air gula, santan cair dan baki daun pandan. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah durian dan secubit garam. Kacau perlahan, biar hingga pekat sikit, kalau terlampau pekat anda tambah air lagi. 
  3. Asingkan 250 ml pati santan tadi. Bakinya dimasukkan ke dalam bubur pulut hitam. Kacau rata dan jika kurang manis, anda boleh tambah gula pasir. Yang ni ikut tahap kemanisan yang anda suka. Tapi biarlah manis2 buah sahaja. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Baki santan 250 ml tu anda campurkan dengan tepung jagung, kacau rata dan masukkan sedikit garam. Masak atas api kecil hingga mendidih perlahan. Matikan api dan sejukkan.
  5. Cedok bubur pulut hitam bersama isi durian dalam mangkuk sesuai. Sudukan santan pekat atasnya. Bila anda nak makan, kacau santan pekat tadi dengan bubur pulut hitam dan nikmatinya. Boleh juga dicicah dengan roti atau biskut tawar..

Post a Comment

7 Comments

  1. hurmmm.. bestnyerr klu dpt ptg2 cmni.. X dapat yg real tngok gmbar n resepi pn jdi la.. huhu..

    Jom BW TintaMerah ----->

    http://tintamerah4488.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kak..sedapnyer.mkn petg2 kt bwh pokok meme xley nk bangun la lepas 2

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Cik Mat.
    Sedapnya. . Terasa lemak2 manisnya tu :D

    ReplyDelete
  4. Kak Sari suka boh santan pekat tu banyak-banyak..

    ReplyDelete
  5. maksud akak mat hebat memasak.. susah nak dapat orang lelaki rajin memasak.. hidangannya pun nampak memang sedap..

    ReplyDelete
  6. Walau pun entry ni dah lama, tp resepinya sgt berguna. TQ cik Mat Gebu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.