BEN ASHAARI

Monday, October 15, 2012

BUBUR NASI SUP AYAM BERKACANG..

rsz_dsc_1787
Sapa kata bubur nasi hanya untuk orang tak sehat badan, sakit dan sebagainya. Kalau tekak teragak anda bolh buat bila2 masa anda suka. Dan satu lagi anda boleh pelbagaikan mengikut citarasa anda. Walaupunia hanya bubur nasi, nampak simple dan ringan, tapi ia juga boleh menjadi hidangan lengkap. Membuatnya pun cukup mudah. Selalunya untuk bubur nasi, beras pilihan dah tentu yang jenis agak tinggi kandungan kanjinya. Macam yang ini mat guna beras siam dan nisbah air mat gunakan 1 bahagian beras dan 12 bahagian air, kalau anda guna 1 cawan beras siam, tambah 12 cawan air. Masak hingga beras kembang dan renihkan hingga menjadi bubur atau moi. Mat guna sup bunjut adabi dan daging ayam yang dipotong kecil. Mat guna 2 jenis kekacang, satu kacang kidney beans dan satu lagi cannellini beans dalam tin. Yang ni anda boleh cari kat Google. Dan anda boleh dapatkan di Tesco. Kacang kidney tu saja mat rebus sendiri, tapi boleh guna yang dalam tin untuk lebih cepat. Satu lagi, ia juga sesuai untuk anak2 anda.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam
12 cawan air
1 keping dada ayam, potong kecil, cuci dan toskan
1 cawan kacang "kidney beans" yang telah direbus (nak mudah guna yang dalam tin)
1 cawan cannellini beans (mat guna yg dalam tin, boleh beli di Tesco)
1 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, dititik*
1 sup bunjut adabi*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Beberapa titik minyak bijan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk bersama air, daun pandan dan bahan bertanda (*). Kacau rata dan biar mendidih, kemudian perlahankan api dan renih hingga beras kembang. Masukkan 2 jenis kekacang tadi bersama ayam dan sedikit garam. Kacau dan biar hingga bubur pekat.
  2. Masukkan mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng dan beberapa titik minyak bijan. Jika suka anda boleh tambah serbuk lada hitam. Hidangkan panas...


5 comments:

aima said...

teringin makan bubur...esok cuba ni la...

Rozuan Ismail said...

simple tapi nampak sedap.PCM pernah try nasi air x?

J~N said...

huhu .. KIV la ni...



Jemput ke blog saya : http://kelipkelipbintangkecil.blogspot.com/

Kella said...

menyelerakan!!! lama tak makan ni.. telan liuq la pulak..

Chah said...

Terpaksa telan air liur lg...dapp!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.