TEMPOYAK UDANG BERPETAI LAGI....

rsz_dsc_8982
Tempoyak udang berpetai ibarat resipi wajib kalau cukup bahan2. Bila masak ni, teringat masa ke datangan Kak Ida 1001 Resipi dulu. Kebetulan ada stok petai dirumah, dan udang juga ada dalam 15 ekor macam tu. Jadi mat masak dengan tempoyak. Ia kurang lebih macam masak lemak, tapi penggunaan santan amat2 minima, hanya 2 camca besar sahaja, cuma nak ambik rasa. Apa2 masakan sekali pun keseimbangan rasa amat penting, macam resipi yang ini, rasa pedas adalah satu elemen yang amat perlu bagi membangkitkan rasa "hangat", tapi bukan lah pedas sampai telinga semua merah. Daun kunyit dan serai memainkan peranan amat besar dalam apa jua resipi2 tradisi. Kalau ikutkan dah beberapa kali mat letak entri di DTS, tapi bagi memudahkan pengunjung, mat tulis sekali lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar
2 papan petai, ambil isinya
1 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugoR
1 camca besar tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji cili padi merah thai
 5 biji bawang merah
2 ulas bawang puith
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah belakang udang dan buang uratnya. Cuci bersih dan toskan. Daun kunyit disiat dan sehelai lagi dimayang halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tempoyak, kacau hingga rata. Tuang sedikit air dan masukkan petai, kacau rata dan masak sekejap. 
  3. Tambah udang, daun kunyit yang disiat dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan dan kacau selalu. Akhir sekali masukkan hirisan halus daun kunyit, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas...

Post a Comment

7 Comments

  1. Salam CMG,

    Ya ampun, kecur air liur nengok sambal udang tempoyak ni. Sedappp.

    Kebetulan, saya baru lepas buat tempoyak ni. Simpan wat stok. Nanti bole la buat masak camni.

    ReplyDelete
  2. perghhh...sakit hati nengok ni tau...kecur air liur....

    ReplyDelete
  3. sukanya dapat duduk kat dapur . best ! ^^ puas hati bila dapat masak . sy student amek diploma hotel management&katering . baru sem 1 . tak sabar nak masuk dapur sem 2 (: sy belajar bkn utk bekerja , tapi utk jd suri rumah yg baek kpd bakal suami ats pmintaan dia

    ReplyDelete
  4. en mat gebu, sangat terliur tengok masakan ni... awak memang berbakat secara lahiriah...

    ReplyDelete
  5. Salam cik mat...

    situasi : buka blog..klik kat blog
    cik mat..
    - tgk gambar kat atas
    -pastu terkeluar ''uh
    sedapnye''
    -komen tutup page..trs g dapur goreng telur sbb lapar...

    p's - tolong sy terliur...






    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan CMG...
    kalau juadah ni... x lapar pun jadi lapar...kecur sungguh air liur..sedap x terhingga..yummmm

    ReplyDelete
  7. Curi gambar ek Che Mat.

    Nanti plan nak curi masa datang perkena masakan Che Mat :)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.