MOCHA CHIFFON SPONGE CAKE...

rsz_dsc_8239

Salam semua, nampak kek ke atau nampak buah stoberi?..erkk, nampak dua2..bagus lah macam tu, muahh!!, sayang anda semua. Ini sebenarnya kek eksperimen, semalam mat salin satu resipi dari blog Nasi Lemak Lover di sini, tapi mat tambah mocha oil dalam dia, pagi tadi mat test buat, hasilnya amat memuaskan walaupun rupa paras dia agak kurang cun. Tapi takpe, nak masukkan dalam blog, kita kasi dia nampak cun. Ku lambahkan buah stoberi atasnya. Kalau takde buah stoberi dah pasti akan menampakkan sedikit kelekukan. Sebenarnya dia ok, cuma lekuk sikit, kena pulak dengan pinggan yang mat guna sedikit melengkung, lagi nampak lekuk. Anda kesah?... Mat gebu tak kesah pun, kalau Aiman, lagiiii dia tak kesahhhh.....

rsz_dsc_8259
Satu lagi kek ni mat tak bakar dalam acuan kek chiffon, sebaliknya mat guna tin spring form atau anda boleh guna tin kek jenis loose bottom, atau dasar boleh tanggal2, di kedai menjual peralatan baking ada. Kek ini juga anda boleh potong pada 3 bahagian dan disapu buttercream atau pun non-dairy whipping cream yang telah diputar, hias ikut kreativiti anda. Macam mat yang tak berapa nak rajin dan kreatif ni, hias biasa2 saja, seperti anda nampak. Rasa kek ini kurang manis dan kalau anda nak buat jenis vanilla, boleh ganti serbuk koko dengan tepung dan perasa mocha, anda ganti dengan esen vanilla sahaja. Apa2 pun DTS ucapkan terima kasih pada nasi lemak lover....kamsiah yea Nyaa...

BAHAN A :-)
4 kuningt telur gred A
20 gram gula kastor
50 gram minyak jagung
60 gram susu segar
15 gram serbuk koko
1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh mocha oil (mat tambah)
75 gram tepung kek (mat guna tepung gandum)

BAHAN B :-)
4 putih telur gred A
60 gram gula halus
1/4 camca teh cream of tartar @ 1/4 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan kuning telur, gula kastor (20 gram), minyak dan susu segar. Kacau rata hingga semua sebati. Masukkan coklat emulco, mocha oil dan serbuk koko, kacau hingga rata dan sebati. Masukkan tepung, kacau hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar @ jus lemon, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar dalam kelajuan tinggi hingga menjadi meringue yang kental. 
  3. Ambil 1/3 bahagian meringue, gaul dalam bancuhan no. 1 dengan spatula, guna kaedah kaup balik, kemudian masukkan selebihnya dan gaul rata. Tuang dalam tin bulat 8 inci (resipi asal guna tin 7 inci) dan ratakan. Pastikan tin jenis spring-form atau jenis dasar boleh tanggal, tak perlu sapu apa, biar macam tu sahaja. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140C selamat 25 minit, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar 25 minit lagi. Biar sejuk dalam tin 10 - 15 minit, sisip sisinya dengan spatula nipis, tanggalkan dan kemudian sisipkan pula bahagian bawah kek, alih atas jaringan, biar sejuk sepenuhnya. Gunakan kreativiti anda untuk kek ini, samada disapu cream dan sebagainya.
CATATAN MAT GEBU :- Ikut dari apa yang mat baca dari blog NLL, kek ni lepas masak tak perlu terbalikkan. Satu lagi kalau dapat guna tin yang bukan jenis non-stick. Pada mat lah, kalau anda nak guna tin bulat biasa yang bahagian bawahnya tak boleh tanggal, juga boleh, anda alas dengan kertas minyak dan lenser sedikit dengan mentega. Tapi bahagian tepi tin tak perlu lanser. Kalau nak buat perisa vanilla, tepung 75 gram tu anda jadikan 90gram (gantikan serbuk koko dengan tepung) dan coklat emulco dan mocha oil tak perlu letak, ganti dengan esen vanilla. Ok tu saja, selamat mencuba!!...

Post a Comment

8 Comments

  1. Adeiii melelh air luiq serta peluh bila aku ligat ini kek...
    Lama x makan kek KO Mat! Mahahahahaha

    Selamat Hr Raya ;p

    ReplyDelete
  2. @sis linn - yang ni senang nak buat...aku bz jee lah, hari ni baru lega sikit...huhu..

    ReplyDelete
  3. hai cik mat. kalau gb terjah rumah agak2 kene hambat balik tak? :D

    ReplyDelete
  4. dah lama tak buat kek Cik mat, malasnya menggebu2.. hehehe..

    tengok kek Cik Mat, menggebu2 hati nak buat kek.. ;-))))

    jom gi Sg Penchala...

    ReplyDelete
  5. salam.. urmm sedap tgk, gebu je nyum2 tp mana sukatan adunan tepung ek..

    ReplyDelete
  6. Asslmkum Cik Mat
    Aduih!!..meleleh jugak air liur bila tgk coklat yg melelh tu..Heee..Nampak gebu sangat kek tu

    ReplyDelete
  7. cantiknya kek abg mat... abg mat.. sy nak tanya.. kenapa yer setiap kali sy masak kek, bahagian atas kek tu slalu jer rentung.. huhu sedih tgknya.. suhu saya ikut betul dah.. pembakaran kek guna api atas bawah kan?

    ReplyDelete
  8. Oh, you decorated with strawberry and it look really beautiful! and the photo with chocolate,look so tempting lar! Terima kasih for mentioned Cik Mat!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.