AYAM PEKALONGAN RESIPI INDONESIA..

rsz_dsc_0484
Salam Ahad, sehat semua. Hari ni Sedenak hujan, jadi cuaca agak dingin dan mendung, dan bantal pulak macam melambai2 jeee...Tapi rasa2 macam nak baca ILUS lahh..karya Melur Jelita tu. Ok entri pertama mat ni hari, nak share dengan anda semua satu resipi dari Indonesia, yang mat ambik dari blog Datin Seri Shahriah di sini. Resipi dia agak mudah, bahan2 tak banyak dan rasa not bad...sedap dan sesuai makan dengan nasi putih panas, atau roti juga. Cuma mat masak kering sikit, kalau kat blog datin, masakan dia nampak berkuah. Cara memasak dia agak unik sedikit kerana ayam direbus hingga masak. Dan kalau anda nak masak nasi ayam, dah boleh guna air rebusan tadi. Untuk kali ni mat tak buang kulit ayam tu, saja lah kan nak bagi nampak lain sikit. Kalau anda tanya mat, rasa dia macam mana, hmmm rasa dia agak ringan dan lemak2 sebab ada guna santan. Tidak pedas dan sesuai dengan kanak2. Cili padi dalam gambar tu sebagai hiasan dan tambahan saja, kalau anda tak nak, boleh abaikan. Ok sebelum kita lIhat resipi, jomm singgah blog pilihan DTS di sini...Terima kasih atas masa anda..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 14 - 15 bahagian, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, didadu
4 ulas bawang puith, cincang halus
2 cm lengkuas, ditumbuk
3 biji cili merah. ditumbuk
1 cm belacan, dihancurkan
4 camca besar jus asam jawa
250 ml pati santan
Gula dan garam secukup rasa
10 - 15 biji cili padi merah thai, dititik
1 - 2 biji tomato, dipotong kiub besar2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi direbus dalam air bergaram hingga masak, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lengkuas, cili merah dan jus asam jawa, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan ayam dan santan, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan cili padi dan tomato. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih hangat dan lauk2 lain..
CATATAN MAT GEBU :- Mat masak 1/2 ekor ayam sahaja dan mat guna 2 biji cili merah. Satu lagi mat tak tumbuk bahan diatas termasuk belacan, tapi mat kisar kasi hancur, bukan sampai halus.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nak kena try ni Che Mat. Arwah abah Nadia asal dari Perkalongan. Tapi bukanlah ori dari sana. Tak tahu generasi ke berapa. Lahir di Batu Pahat.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... Tan Sri CMG :)))) terima kasih kerana sudi mencuba resipi yang i pun dapat dari sebuah buku resipi Indonesia tetapi chef yang memasak itu adalah seorang minah salleh.. ;) Amboii gelaran tu bukan main lagi GEMPAK! hehee.. anyway tq so much... kecur tak sudah ni... *baru balik dari merewang* :D

    ReplyDelete
  3. saya rasa resepi macam sama mcm masakn terengganu..nama dia ayam golek atas darat :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.