BEN ASHAARI

Tuesday, August 7, 2012

UDANG TEMPOYAK DENGAN PETAI..

rsz_dsc_6872
Salam semua, apa khabar?. Anda berbuka apa tadi?. Mat masak yang biasa2 saja, tapi sebab ada petai terus dalam kepala awal2 lagi mat memang nak masak udang tempoyak dengan petai. Mat guna cili padi + cili merah untuk resipi ini. Petai dalam 2 papan macam tu dan 10 ekor udang bersaiz besar. Resipi mat rasa dah beberapa kali mat buat, dan pernah juga mat jamu pada Kak Ida 1001 Resipi masa beliau dan suami singgah ke rumah mat tak lama dulu, cuma yang dulu tu takde petai. Selain udang, kalau anda agak berani, boleh cuba guna sotong, tapi jangan beli sotong yang besar sangat, biar saiz sederhana dan masak sekor2, tak perlu kerat pendek2, cukup sekadar anda kelar2 sotong tadi. Kalau guna ketam pun ok juga, tapi pilihan mat tentulah udang yang siap dikupas kulit, bukan apa senang nak makan, lagi2 pun puasa macam ni, leceh nak kupas2 kulit bagai. Resipi seperti dibawah, dan kalau untuk bersahur pun sesuai sangat. Yang tak makan petai tak perlu lah letak yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang bersaiz besar, buang kulit dan cuci bersih, toskan
2 papan petai, ambil isinya
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 camca besar tempoyak
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
15 biji cili padi merah thai
1 batang serai, dihiris
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan tempoyak, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan petai dan santan, kacau dan bila mendidih, masuk udang dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan masak sekejap. Matikan api dan hidangkan bersama nasi....


7 comments:

Mas said...

MENGANCAMM..............

JIJI YU said...

cunnye papa hias

Mama-ILuvU said...

cik mat, meng-giur-kan betul petai tu :-)

p/s : Pada yang mencari tips/suplemen bagi menjayakan penyusuan boleh berkunjung ke blog saya
http://mama-iloveu.blogspot.com/2012/08/testimoni-4-oz-ke-7-oz-dalam-masa-2-hari.html

kkida @ 1001resepi said...

sedap mat....kkida nak sikit...:)

che'pi said...

aiyo... godek blog pepagi nie.. memang mencabar... hahaaha ... petai tu nampak lazat ajew...

imie fatiema © said...

alolo sedapnya,menu nilah saya masak tuk suami bila sahur bolan pose ni..feveret..

BeRRy MuMMie said...

terliur gila la

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.