BEN ASHAARI

Tuesday, August 14, 2012

TAT JEM BLUEBERRY....PALING SENANG BUAT.

rsz_dsc_7195
Salam tengah hari semia. Mula2 mat memang tak plan langsung nak buat tat macam ni. Tapi tu lah, mat gebu ni satu kelemahan dia, kalau ke kedai baking, dan ada benda2 baru, dia akan beli, lepas tu kalau tak iyea2, benda tu tak dibuatnya, membazirrr lahh, tak suka, jangan ikut ok. Tapi demi mengenangkan dah beli inti jem blueberry yang sepsel untuk tat open macam ni atau istilah halus "tat dedah aurat",  maka semalam mat buat lah juga. Sebabkan acuan tat ni agak besar, satu adunan dapat dalam 100 biji saja. Kalau anda guna saiz kecil dapat lebih. Satu lagi, jem yang jenis mat guna ni, agak mudah diletak pada tat, isi kan jem khas tadi dalam piping beg, kemudian picitkan dalam bulatan tu. Paip biar lebar, sebab nanti lepas bakar jem tu seakan mengecut sedikit. Satu yang bess, bila biskut sejuk, jem akan jadi kental seakan2 jelly, nak susun pun senang, tapi anda kena lah lapis kertas minyak untuk setiap susunan tat tadi... Ok resipi mudah seperti dibawah...

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 gram mentega
100 gram margarine (planta)
60 gram gula aising
2 kuning telur
3 camca besar penuh tepung kastard
3 1/2 cawan tepung gandum (kurang lebih)
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning makanan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, margarine dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu dan juga esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan dan dan masukkan tepung kastard, garam, pewarna kuning dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh dan rehatkan sekejap. 
  2. Bahagikan doh kepada 4 - 5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan canai antara 2 kepingan plastik setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan kuih tat pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Isikan jem blueberry khas dalam piping beg, gunting hujungnya, biar besar sikit. Tekan inti pada bahagian tengah kulit tat tadi hingga memenuhi ruang untuk inti. Buat hingga selesai dan bakar dalam oven pada suhu 170 selama 20 - 25 minit. Bila masak, biar biskut dalam dulang hingga suam, alih atas jaringan dan biar sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

dok bayangkan kelazatannya. oh... kn boh byk sikit ya jemnya.. karang kecut tu y xcun kan.

thanks cmg. mana tau terajin. ayu buat. ni nk simpan dln draf

Makngah said...

Mcm menarik jer resipi ni cik mat. dlm fridge makngah rasanya ada filling blueberry..boleh kot guna ganti jem tu kan.. oh ye, resipi samperit tu mmg superb. terima kasih sbb berkongsi rahsia :-)

cikyuz said...

adunan ni bley dapat brape banyak ek?

elle labelle said...

Bang Mat, mmg terlioqqq tgk.. kalau guna base ni utk buat tartlet agak2 sesuai tak..? Tq.

Mat Gebu said...

@ CR - Ayu, jem dia mmg sepesel untuk tat jenis macam ni, ada jual kat kedai baking..

@ makngah - sama2...dan selamat mengukis...

@ cikyuz - ikut saiz acuan, kalau acuan kecil sikit, boleh dapat 120+ macam tu, kalau saiz macam saya guna tu dpt 100 biji..

@ elle - kalau utk tartlet agak kurang sesuai..

makcikkantin said...

Salam CMG,

Resepi best lagiiii. Terima kasih, makcik dah buat resepi biskut suji brunei tu.......BEST! Terima kasih sekali lagi n selamat hari raya