BEN ASHAARI

Wednesday, August 8, 2012

NASI LEMAK UNTUK BERBUKA....

rsz_dsc_6949
Salam semua, berbuka apa tadi. Mat masak nasi lemak. Sebab siang tadi mat gentel biskut raya, jadi agak lewat sikit siapnya, maka disebabkan rasa sedikit ketidak rajinan diri, ku masakkan nasi lemak sebagai juadah berbuka puasa. Sambal tumis pun ada semalam punya, jadi kira kerja dah makin mudah lahkan. Sambal tu sambal sotong, huhu, jadi mat makan sambal dia saja dan benda2 lain. Nasi lemak satu menu yang biasa sangat, kalau masak bulan2 puasa, ada yang kata, tak berapa bess sangat, sebab ni kan menu untuk hari2 biasa sebagai sarapan. Pada mat takde beza menu untuk bulan puasa atau biasa, kecuali kalau bulan puasa atau Ramadhan tu, kurma wajib ada lah. Dan kalau arwah datuk kami dulu, dia suka makan manisan seperti pengat atau bubur semasa berbuka puasa. Resipi seperti biasa2 yang mat pernah masak dulu.....takpe kasi tulis sekali lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (Moghul), rendam 30 minit dan toskan
6 cawan santan (guna santan segar)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1/3 camca teh halba
1 biji bawang besar saiz sederhana, belah 4
1 inci halia tua, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng (tak letak)
Telur rebus, dibelah dua
Ayam @ ikan goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker, masukkan serai, daun pandan, halba, bawang besar, halia dan bawang putih. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa. Kacau perlahan. Tutup periuk nasi dan masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar hingga nasi betul2 masak. 
  2. Gemburkan nasi lemak dengan chopstick, tapi pastikan anda jangan kareh nasi tadi berulang2 kali, ini akan mematahkan  beras basmathi, cukup dengan mengaul 3 - 4 kali sahaja. Terus off kan suis rice cooker dan biar sekejap.Hidangkan nasi lemak bersama bahan2 sampingan. Boleh hidangkang untuk berbuka puasa atau bila2 masa anda rasa sesuai.


6 comments:

Hans said...

terbaik
sedap kut berbuka dgn nasi lemak :-)

faa.rosli said...

baru niat nak berbuka ngan nasi lemak td tapi xjadi..kalo x sama kita.hihihi

pijja amani said...

salam Mr Mat, mcm mana nak dapatkan nasi berderai sebijik2? harini saya cuba masak nasi lemak, pada akhir pemasakkan nasi tersebut terdapat santan pekat di keliling periuk nasi.adakah jika santan terlalu byk menyebabkan struktur nasi xcantik atau kena biarkan nasi betul2 sejuk baru blh dihidangkan?

Soo Hae Daa said...

Sdp..!! Cik mat..kte bt murtabak lipat smlm..sdp..!! Thnx for the recipe..!!

Mat Gebu said...

@ pijja amani - salam, saya guna beras basmathi. Perihal masalah puan tu, ia juga terjadi pada saya. Tapi jangan gusar. Bila nasi yang kita masak dalam rice cooker bertukar off, maksudnya lampau bertukar dari "cook" pada "warm"..puan biarkan sekejap dalam 5 minit, kemudian puan guna chopstick dan perlahan2 gembur kan nasi tadi. Insya Allah kepala santan tu akan bergaul dengan nasi lemak.

azrina albat said...

salam kenal cik mat...perggh nampak sedap, nanti nak try la...tq atas info kat ats tu, sy pun selalu alami masalah tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.