BEN ASHAARI

Monday, August 13, 2012

MOCHA CHOC CHIP COOKIES..

rsz_dsc_7139
Walaupun dah beberapa kali buat dan beberapa kali juga kongsi resipi kat DTS, tapi mat letak juga. Mat sejak dulu memang tak pernah buat biskut coklat cip, tapi penangan satu resipi yang mat try test dari blog Rima, terus i pal in lap gitu. Melekat dah dengan resipi dia, cuma mat olah sikit, olah pun setakat tambah kekacang je lah. Mungkin ada pelbagai jenis resipi biskut coklat cip, tapi yang ni amat mat suka, selain kurang manis, perisa mocha yang ada dalam resipi amat2 kena dengan kekacang yang digunakan. Satu lagi resipi ini juga mudah, tak perlu canai atau terap, cuma perlu cubit dalam kuantiti yang sepadan dan dibulat2kan kemudian tekan dengan garfu. Budak2 pun suka kalau kita ajak mereka buat sekali. Kekacang seperti gajus dan badam perlu digoreng tanpa minyak hingga perang dan harum, sejukkan dan cincang kasar sebelum digunakan.....Resipi seperti berikut dan ia sama macam resipi yang pernah mat buat dulu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega (mat guna jenama Anchor)
150 gram gula perang @ soft brown sugar
3 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha oil (boleh beli dikedai baking)
120 gram coklat chip
100 gram gajus, panggang dan cincang kasar
50 gram badam, panggang dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 camca teh baking powder*
350 gram tepung gandum*
15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha oil. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata. 
  2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat2kan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

12 comments:

Citarasa Rinduan said...

Thanks cmg... Sudah tentu umai sukaaa.. Abahnya pun.. Hehee

aeinio said...

hmmm mana satu nak cuba nih... ni pon nampak sedap...

norinaomar said...

Cik Mat, saya nak tanya pasal kek coklat, apa beza guna butter dengan tak pakai butter?saya ada banyak versi tapi saya dah lupa mana yang saya cuba tu rasanya betul2 moist dan sedap.
Terima kasih

meazrynn said...

nampak sgt crunchy n sedap... :)

Batu Adventure said...

Nice blog :)mantap nih :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

m.u.l.a.n said...

nak sebalang boleh tak..??

sari said...

ermm..fev nih..kene try la lps raya hahaha

huda ♡ Azhar said...

salam mat, saya dah buat 3 adunan biskut ni sedap n senang ;-)

adibah said...

Salam Cik Mat, cookies ni jadi salah satu kuih raya tahun ni.. Ramai famili yg kata sedap.. terima kasih kongsi resepi..

adibah said...

Salam Cik Mat, cookies ni jadi salah satu kuih raya tahun ni.. Ramai famili yg kata sedap.. terima kasih kongsi resepi..

Adha Alba said...

Mocha oil klau xde ade effect xsdap o ape2 x???

Adha Alba said...
This comment has been removed by the author.