BEN ASHAARI

Sunday, August 12, 2012

MI HOON LADA HITAM YANG......GRRR...

rsz_dsc_7067
Salam semua, baru lah sempat nak masukkan entri..Rasa malas dah, kalau ada masa dan mood, baru lah update, ini mungkin berlarutan hingga hari raya nanti, huhu. Nak share menu berbuka semalam, yang amat2 simple dan senang sangat2. Makin dah nak hujung2 puasa ni, tak berapa jalan dah nasi2, nak makan benda yang ringkas saja...Hmmmm, megi pun sedapp kan. Semalam mat goreng mi hoon lada hitam, campak2 je apa yang ada, malas nak meriah2 bagai. Cuma mat kurang puas hati sikit sebab takde sayur2 hijau dalam dia, cuma letak taueh saja. Kalau ada sayur sawi ke, baru nampak lagi menawan, ada hijau2. Mat goreng dalam 200 gram mi hoon yang belum direndam. Ia tidak pedas cuma berangin sikit. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut
2 genggam taugeh atau secukupnya
1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
10 ekor bersaiz besar, kupas kulitnya dan bersihkan
1 camca teh lada hitam serbuk (mat guna serbuk lada hitam "aji-shio")
1 kiub ikan bilis (optional)
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 biji tomato, didadu
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan udang dan kacau rata. Bila udang masak, masukkan kiub ikan bilis. Tambah telur, lada hitam serbuk dan tauhu, gaul rata. Masukkan sedikit garam (jika perlu).
  2. Tambah mi hoon dan gaul rata. Jika mi hoon agak keras, tuang sedikit air. Masuk taugeh dan gaul rata. Akhir sekali tambah tomato yang didadu, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan.

4 comments:

misshannajr said...

menu ni bg saya dah cukup rajin nak buat..yang cukup malas adalah makan kurma dgn air masak jer miahaha..malu kat CMG tau :P

Mat Gebu said...

@ misshannahr - erkk..apa plak nak malu...yg tu pun ok dahh...sunat makan kurma... *_____^

balimbang.com said...

mesti sedap ni.....mau dicuba nanti..

adda syuhada said...

dlm malas2 tu siap gk mihun..kalau adda terus tapau kt bazaar la klu malas..kihkih..tp adda suker sgt kalau bihun goreng cmnih..rasa pedas2 lada itam tu best..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.