BEN ASHAARI

Saturday, August 4, 2012

MENGIDAM MAKAN LONTONG...

rsz_dsc_6564

Semalam kan, ini cerita semalam lah yea, walaupun entri ni anda baca pada har ini. Pagi2 mat dah rebus nasi impit, sebab plan nak buat lontong. Ngidam ni dari sebelum puasa lagi. Cuma satu je. Lontong ni bahan2 dia agak kurang lengkap. Tapi apa ada hal, kita yang buat dia, janji ada rasa ke lontong an. Cuma pada mat bahan yang takde tu agak penting gak lah, hmmm tempe dan tauhu. Apa2 pun dah selesai pun. Kalau sebut lontong pasti sinonim dengan orang2 belah selatan terutama Johor dan Singapura. Satu lagi, lontong itu sendiri ialah sejenis nasi berbentuk silinder yang dibungkus dalam daun pisang dan direbus seperti ketupat. Tapi untuk yang ini mat guna ketupat segera NONA saja lah..

rsz_dsc_6591
Kebiasaannya lontong dihidangkan sebagai sarapan pagi terutama di negeri Johor. Bahan2 sampingan sebagai pelengkap hidangan lontong terdiri dari, telur rebus, sambal tumis atau sambal kacang dan tak lupa serunding kelapa. Tapi untuk yang ni mat guna serunding ayam...bukan buat tapi beli, keluaran AGROMAS, ok juga sedapp. Ada pelbagai cara orang menyediakan kuah lodeh untuk lontong ini. Ada yang tumis dan ada macam masak lemak biasa. Mat buat macam masak lemak biasa saja, cuma ditambah dengan serai yang dititik. Udang kering tumbuk mat letak sebagai perencahnya. Resipi seperti berikut, serius senang sangat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kobis secukupnya, hiris sederhana kasar
Sengkuang secukupnya, hiris kecil
1 batang lobak merah, hiris kecil
Tauhu kering@fucuk secukupnya, potong kecil dan rendam
1 biji terung biru, didadu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
6 tangkai kacang panjang, potong pendek
1 biji ketang, dadu
1 1/2 camca besar udang kering, rendam, toskan dan tumbuk kasar
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang puith, dititik
1500 ml santan cair
500 ml pati santan
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN- BAHAN LAIN :-)
Ketupat atau nasi impit secukupnya
Sambal tumis
Serunding kelapa (atau apa2 serunding pilihan anda)
Telur rebus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan serai, bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering. Tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih, masukkan sengkuang, kentang dan lobak merah, masak sekejap. Tambah fucuk (toskan) dan masukkan juga terung kacang panjang dan kobis, kacau rata.
  2. Tuang pati santan dan masukkan serbuk kunyit, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Tambah soo hoon, kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Dalam mangkuk sesuai, isikan nasi impit atau ketupat secukupnya, tuang kuah lodeh bersama isi2nya sekali. Letak 1/2 bahagian telur rebus, serunding dan sambal tumis. Hidangkan segera....
CATATAN MAT GEBU :- Dalam resipi mat tak tulis dua bahan penting, tempe dan tauhu, tapi kalau anda buat, jangan lupa letak. Selain tu anda boleh letak atau tidak kentang dan terung. Boleh juga dicampur dengan sayur lain seperti putik jagung dan bunga kobis..Selamat mencuba!...




8 comments:

daus_7 said...

sedapnye.....dah mcm hari raya lak..hehe

Leen said...

Wah, nampak sedap..

Abe Mirul said...

Wah! Makanan kegemaran ni. Hari tu makan yg mak kawan buat,dari Johor. PErgh! Sedap...tambah2 pulak dengan sambal tempe ke sambal apa..lupa dah. Mmg meleh ar.. tapi nak buat sendiri tak reti.. Hehe!

Kjee said...

macam untuk bekfas jer che mat. jangan pulak ada yang yang yok. gurau jer tau. hehehe

faa.rosli said...

tu mkn ngan sambal n serunding ye? sedapnyee...

ibh_sue said...

Cik mat. . Lontong cik mat tu nampak sedap sgt. :)

Fadzillah said...

huii..lontong memang menjadi kegemaran..kalau bukan time raya pun mencari..

Safinah Yusof said...

cik mat, kl tak keberatan boleh bg tau mcm mana proses nk buat lontong dlm daun pisang yg silinder tu? terima kasih...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.