BEN ASHAARI

Tuesday, August 14, 2012

MAKARONI SUP TOMYAM..

rsz_dsc_7258
Hujung2 puasa ni makan ala kadar sudah lah kan. Macam semalam mat masak tomyam, lepas tu rebus makaroni dan maka dengan itu tomyam...selamattt sudah. Tekak ni masih nak juga yang masam2 pedas dan beraroma. Kalau ada daun ketumbar lagi sedap. Sayang mat cuma ada saleri saja, jadi lah, asal ada. Kita yang buat dia. Mat masukkan apa saja bahan2 yang ada, lobak merah, cendawan butang dalam tin, saleri, tomato dan mat guna ayam. Kalau ada udang, boleh juga campurkan sekali. Ada orang tak suka makan dengan nasi, mi dan sebagainya, lebih sedap dimakan begitu saja. Tapi mat suka maka dengan nasi atau mi hoon. Tak kesah lah, apa gaya sekali pun anda nak pelbagaikan ikut selera anda. Resipi macamyang dulu2 juga

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ayam secukupnya (yang ni anda agak2 lah..mat guna 1/4 ekor ayam)
1 biji tomato, didadu
1 batang saleri, hiris
1 batang lobak merah, hiris
10 biji cendawan butang
10 biji cili padi merah thai, dititik
1 biji bawang besar belah 6
1 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
3 helau daun limau purut
1 kiub ayam (optional)
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 1/2 camca besar pes tomyam (sebarang jenama pilihan anda)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit sos ikan
Sedikit serbuk lada hitam 
Air secukupnya
Makaroni, direbus hingga lembut dan toskan
Hirisan daun sup/ketumbar untuk hiasan.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong pada saiz kecil, dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk tuang air secukupnya. Masukkan serai, daun limau purut, cilipadi, bawang besar, halia, lengkuas dan pes tomyan. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ayam dan juga kiub ayam ( jika guna). Masak hingga ayam 1/2 empuk. Tambah lobak merah, saleri dan cendawan. Biar mendidih perlahan hingga ayam empuk. Tambah sos ikan secukup rasa, sedikit garam jika perlu, sedikit gula dan serbuk lada hitam.
  3. Akhir sekali tambah jus limau kasturi dan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makaroni dan tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

2 comments:

bersama kak Es said...

baru semalam dok teringin nak makan... sedap ni

azril said...

Mane nk dapat macaroni besar gitu che mat? Brand ape?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.