BEN ASHAARI

Monday, August 13, 2012

LEMAK NENAS DENGAN UDANG..

rsz_dsc_7125
Lemak udang dengan nenas pulak. Ini menu semalam sebenarnya. Kalau takde nenas, jangan harap lah nak masak, lagi pun belimbing kat pokok tengah berbunga. Kali ni mat guna udang Tesco saja, rasa dia agak kurang kalau nak bandingkan dengan udang laut yang segar tu. Mat rasa mungkin dari segi pemakanan si udang itu, Udang kolam kan diberi makanan buatan, yang laut tu makan makanan semulajadi. Jadi itu juga antara sebab yang rasanya agak berbeza. Namun begitu masih oklah. Kata orang hidup ni kalau kita cerewet sangat, tu tanda tak bersyukur dengan nikmat Allah swt bagi, yea dak. Dah jomm kita semak resipi....dah penat nihh, huhu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu atau nenas Sarawak saiz sederhana, kupas dan hiris kasar
10 -12 ekor udang saiz besar, dibersihkan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
6 biji cili padi (optional)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan udang ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, asam gelugor dan serai titik. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan bila mendidih, tambah nenas. Kacau rata. Jika kurang kuah boleh tambah air sedikit.
  2. Bila nenas lembut sedikit, tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga mendidih, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

3 comments:

maszull said...

assalamualaikum cik mat...semalam mama pun masak lauk yang sama ini udang masak lemak ngan nenas memang bestnya..;)

* FAR * said...

selera tgk lauk cik mat.. sy pun masak udang semalam, tp udang + kacang panjang jer, tak de nenas.. :P

Amirah md esa said...

ngencessss...esok nak bt la....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.