BEN ASHAARI

Sunday, August 26, 2012

LAKSA JOHOR YANG SUNGGUH AUTHENTIC..

rsz_dsc_7577
Cakkk!!.....Assalammualaikum semua, salam Ahad, dalam minggu raya ni, mat serius sibuk, aku tuan rumah, aku juga bibik, jadi blog pun dah mula nampak berdebu. Untuk hari ni kita mulakan dengan entri masak2 dulu. Semalam mat berbesar hati menerima kunjungan Kak Ummi Kuantan sekeluarga dn Puan Azlita sekeluarga, yang tu nanti kita cerita. Dan mat hidangkan makanan biasa2 saja bagi orang2 Johor, umpamanya soto dan laksa Johor. Kalau di Johore, laksanya diperbuat menggunakan ikan parang, tu pasal kata orang2 tua, 2 hari baru siap, sehari, mengerjakan isi ikan parang tadi, asingkan dari tulang, dan sehari lagi, memasak, pada mat bab masak ni ok lagi, jangan bab asingkan isi dari tulang...memang tak berapa nak rajin, dalam bahasa halus nya ((((malaassss)))). Mat guna ikan kembong dan ditambah dengan isu udang segar yang direbus dan dikisar halus, tak lupa daging ikan main kurau, kasi rendam dan kisar dan juga udang kering..pengsan tak?..Takpe, janji sedap. Satu lagi, kuah laksa ni kalau tak habis, anda keringkan dan boleh jadi serunding ikan. Resipi seperti berikut....jangan segan2 ok kalau nak mencuba... (*_______^)

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
1 kg ikan kembong (kalau guna ikan parang lagi sedap)
4 - 5 camca besar udang kering, rendam
300 gram isi udang
Isi ikan kurau masin (2 inci x 2 inci), rendam
4 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
1200 ml santan kelapa
1 1/2 camca besar kerisik
2 - 3 camca besar cili kisar
3 kuntum bunga kantan, belah dua
1 genggam daun kesom
1 genggam daun selasih
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Spaghetti secukupnya, direbus, tos dan gaul dengan sedikit minyak
Hirisan halus timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom, daun selasih dan bunga kantan
Hirisan kacang panjang @ kacang buncis
Taugeh secukupnya
Sambal belacan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan kembong, direbus, asingkan isi dan tulang, tumbuk isi ikan tadi, tulang2 ikan dikisar dan tapis. Udang dikupas kulitnya, celur dan kisar isi udang hingga halus, udang kering dikisar halus bersama isi ikan kurau masin tadi. Bancuh rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk bersama bahan kisar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga harum, masukkan bancuhan rempah dan bahan kisar tadi dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air rebusan ikan, stok tulang ikan dan juga air rebusan udang tadi. Kacau rata dan bila mendidih, masukkan isi ikan kembong, udang, udang kering + ikan kurau dan asam gelugor. Kacau rata.
  3. Tuang santan dan masak hingga mendidih. Tambah kerisik, bunga kantan, daun kesom dan daun selasih, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga kuah laksa pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA JOHORE :- Letakkan spaghetti secukupnya dalam pinggan sesuai, tuang kuah laksa atasnya (lebih sikit baru sedap). Tambah bahan2 lain secukupnya dan sudukan sambal belacan, letak belahan limau kasturi dan hidangkan.....Jangan lupa tambah ok kalau tak cukup..
CATATAN MAT GEBU :- Kebiasaannya, orang Johor akan "chap" atau gulung spaghetti tadi membentuk seakan2 sanggul. Untuk sambal belacan tu mat guna cili merah + cili padi + belacan bakar + secubit garam dan gula....Selamat mencuba semua..

17 comments:

Yatie said...

Slmt Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Che Mat sekeluarga....waduhh terliur betul tngk laksa Johor tu...rugi akak tak dtng...skrng ni masih kat Kedah, nmpk gaya kena cari laksa Kedah lah ni...kirim salam pada ayah dan bonda Che Mat ya..

Choco Ani said...

Salam Aidilfitri buat CMG n keluarga tersayang.. wahh memang sedap laksa johor terasa harum bunga kantan.. rangup timun dan tauge.. sedap nya ;)

atie @ ejay said...

salam aidilfitri buat CMG.. dah try resipi laksa johor ni.. mmg saaaangat sedap:)

lemongrass said...

Selamat hari raya Cik Mat dan keluarga.
Sedapnya lah nampak laksa johor Cik Mat ni. Kalau I yg disuruh buat, memang tak buat kot sbb malaaasssss teramatlah banyakkkknya dlm badan ni, hehehe.
by the way, kalau we all yang nak datang rumah Cik Mat, Cik Mat nak hidang kan apa eh? ;-)

CitarasaKu said...

Selamat hari raya En.Mat...wah laksa johor mengamit selera ...ish ish terasa sangat nak makan tapi malasnya hehe tunggu bila rajin sikit. Lama dah tak makan mmg teringin sangat.

Kalamhati said...

Salam Aidilfitri PCM!whohooo kecur air liur den tgk..hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam Lebaran, aduhhhh, ngancamnya laksa Johor tu. Renyah nak membuatnya, Kak Sari nak pengsan dululahhhhh ;-)

Aku Lawan Kanser said...

Salam lebaran Abang Mat... Nampak sedap betul. Mesti kena try.

ameris said...

Sedapnya mat

Ummi said...

Mat, laksa ko ni mmg terbaiiiikkk....mmg x terkata sedapnya....laksa tu sedap sbb ikan ke sbb air tangan montoks ko eh?? Kalau sbb air tgn ko, nak pinjam tangan laaa... Abg dah sampai kat area Chaah baru sebut "sedap betul laksa Mat tu, rasa nak bawak balik". Adeeii baru sebut, kalau keluar masih area Sedenak, sah akak patah balik mintak tapau....hehehhee. Apapun time kasih byk Mat, sori akak buat2 kecoh kat dapur segala...hahaha. Mak Yah duk kesian akak, akak kesian Mak Yah...Azlita menten sopanzz Mat kan...kita jek ala x sedor diri..hehe

ummisara said...

che mat,

i org utara tau...tapi i simply love laksa johor...mmmm yummy nanti i nak cuba.

hafiza suraya said...

renpah laksa paling famous kat johor ni rempah laksa sharifahla...

~::Chenta::~ said...

uuuiiii byknyer rencah nak kene carikk .. renyah mak!!

Chenta datang!!

zuwaidah said...

nampak sedap apatah lagi kalau dapat merasanya kan kan kan!!!

Nur-nba said...

Selamat Hari Raya buat Cik Mat sekeluarga.. Sedapnya melihat laksa ni.. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terliur tgk laksa johor ni. kegemaran saya, tapi susah nk jumpa yg sedap di kedai2

cikja said...

Salam
Cmg....isi ikan tu ditumbuk ke...bukan blender jer.?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.