BEN ASHAARI

Sunday, August 5, 2012

KUE TEOW AYAM....

rsz_dsc_6679
Alaaa. tengok tajuk pun rasa macam malas nak singgah, tah hapa2, ada ke kue teow ayam?...Betul, sebab ada daging ayam saja, jadi tu je yang mat guna sebagai perencah selain sedikit perisa ayam MAGGI. Lagi pun masa goreng ni hari dah lewat petang, jadi gunakan apa saja bahan yang ada. Walaupun main lempar2 apa yang ada, eh rasa ok, not bad, tak kalah.....atau mungkin lapar agaknya kan..erkk. Mat guna kurang lebih 500 gram kue teow, lepas tu ada kucai dan taugeh, semua kasi masuk, ada tomato malang tergolek2 dalam peti sejuk, pun ku masukkan juga. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili lebih, mat buat tak berapa pedas, sebab tekak ni belum ok sangat. Kira ok lah untuk berbuka atau bersahur atau untuk makan tengah hari (untuk wanita2 yang ehem ehem yea...). Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
1 cekak kucai, kerat pendek
Taugeh secukupnya (kurang lebih 2 genggam)
1 keping dada ayam, didadu*
Sedikit lada sulah*
Sedikit garam*(*disatukan, gaul rata dan perap)
1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos lada hitam
1 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dikacau sedikit
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang puith, dicincang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecik dan kacau selalu. Tambah sos cili dan sos lada hitam, kacau rata. Tambah ayam dan masak hingga ayam empuk, jika perlu tambah sedikit air. 
  2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Gaul rata dan masukkan kicap pekat. Tambah sedikit sos ikan. Masukkan kue teow dan gaul rata2. Tambah taugeh dan kucai, kacau rata.
  3. Masukkan tomato dan tambah sos ikan jika perlu. Kacau dan masak sekejap. Matikan api dan boleh dihias dengan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan untuk berbuka atau bersahur..


No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.